KAYAK ♥

December 18, 2011
12 DEC - 14 DEC 2011 | adalahhari yang sangat tak penat sampai mimin panggil balik sunburn ke muka mimin yang putih gilerr ni. Program ni sangat best . tapi ada laaa sesetengah yang buatkan mimin rasa tak best. Firstly da laaa mera dengan faezah takde. Lepastu senior yg lain pun takde sangat bosan laa.

OUH MY KAKI YOU TANGAN !
haha . tredmark group mimin punya group dapat coach yang gile gile kepala. Pecah perutt dibuaatnya
nway ! tak banyak pic dan takde pic pun nak ditunjukkan. 

 

Pelajar IPTA, IPTS dan POLITEKNIK Akan Dapat Baucer RM200

December 11, 2011

Pelajar IPTA, IPTS dan POLITEKNIK Akan Dapat Baucer RM200

Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:



Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

Tutorial | marquee bergerak (pic bergerak2 di sidebar)

December 10, 2011
Tutorial | marquee bergerak (pic bergerak2 di sidebar) | Tutorial kali ni di minta dari adik manis cikk chi dekat facebook. Terima Kasi ye dik sudi terjah blog Mimin. Hehe. Mulanya nak ajar dia dalam FB je . Tapi bila fikir-fikir bila lagi mimin jumpa cikk chi kan ? Lagi pun Mimin belajar pun dari cikk lyssa Faizureen. Sape tak kenal kan Lyssa ni !!

Okay jom start! Sekarang mimin ajarkan step by step heh .. 
  1. Pilih laaa pic yang nak di masukkan. banyak banyak pun takk pe 
  2. Setting size pic tu. jangan besar sgr . setakat size nya 210 okay laa tu kalau Mimin edit kat photoscape atau photoshop je . kalau pandai guna software lain . lagi bagus 
  3. Dah siap edit ? sekarang upload pic yang korg pilih dan betulkan size tu dekat imgur.com untuk dapatkan kod pic tu td okay!
  4. Lepas tu , bolehlah pergi kat Dashboard > Design > Add a Gadget > Html/JavaScript 
  5. copy kod ini pulak
<div style="background-image: url(&quot;http://dl.glitter-graphics.net/pub/303/303771ob8r4r0z04.png&quot;); border: 3px double #C12267; height: 300px; overflow: auto; width: 240px;"></a><center>
</center>
<marquee onmouseover="this.start()" onmouseout="this.start()" scrollamount="7" direction="up" align="center">
<center><img style="width: 143px; height: 204px;" src="URL GAMBAR DI SINI" /></center>
<center><img style="width: 143px; height: 265px;" src="URL GAMBAR DI SINI" /></center>
<center><img style="width: 144px; height: 245px;" src="URL GAMBAR DI SINI" /></center>
<center><img style="width: 142px; height: 213px;" src="URL GAMBAR DI SINI" /></center>
<center><img style="width: 138px; height: 234px;" src="URL GAMBAR DI SINI" /></center>
</marquee>
<center></center><center></center></div>

          6. kalau tak jadi bg tau k. Good Luck !

TIPS | Penjagaan Mata

December 3, 2011

Hargai mata cantik anda

Sayangilah mata anda, sesekali anda mengalami masalah mata, selamanya akan anda hidapi masalah mata. Contohnya, kalau anda mengalami rabun mata. Haa ! lama kelamaan anda akan merasai rimas. Rasa hilang nikmat pandangan bila tak pakai cermin mata. Penat tau pakai cermin mata ni sebenarnya.


Bagaimana pula penggunaan kanta lenkap ? Banyak buruknya dari baiknya. Apa yang nak mimin pesan. Jaga kebersihan ketika menggunakan kanta lengkap ini. Sekiranya ada debu atau hama, ia sangat berisiko tinggi. Kalau abaikannya. Boleh berisiko untuk mengalami BUTA.

Tips Penjagaan Mata

  1. Bagi pengguna baru, ada tentu keliru bahagian dalam atau luar kanta lekap. Perbezaan mungkin tidak ketara tetapi pastikan ia kelihatan seperti separuh bola. Letakkan kanta lekap pada jari hingga terlihat bentuk yang dikatakan. Kemudian, bawa kanta dengan bahagian ‘dalam cawan’ menghadap mata anda. Jika kanta yang dipakai berbentuk U sempurna, bermakna itulah posisi betul.

    Sesetengah kanta lekap mempunyai tanda laser, misalnya jenama produk. Ini juga boleh membantu menentukan bahagian dalam atau luar kanta lekap.

  2. Pastikan anda membasuh tangan dengan sempurna sebelum memakai kanta lekap. Elak menggunakan sabun yang terlalu banyak kandungan pewangi, minyak atau produk yang mengandungi lanolin yang boleh melekat pada permukaan kanta lekap. Sesetengah doktor menasihatkan supaya memakai kanta lekap yang sama pada mata sama.
  3. Sentiasa pastikan anda mencuci tangan sebelum mengeluarkan kanta lekap. Jika anda berdiri di depan sinki, pastikan anda menggunakan tisu yang bersih untuk menutup lubang saluran sinki bagi mengelak kanta lekap terjatuh ke dalamnya.
  4. Untuk mengeluarkan kanta lekap, pandang atas atau sisi sambil menarik bahagian bawah mata. Dengan menggunakan jari, gerakkan kanta lekap secara perlahan-lahan dan berhati-hati ke bahagian putih mata anda. Dari situ, kepit kanta lekap perlahan-lahan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari dan keluarkan dari mata.
  5. Peringatan, jangan sesekali berkongsi kanta lekap. Ini boleh mengundang padah pada mata anda.

TIPS | MUDAH MENGINGATI ILMU

November 10, 2011
Tips | Mudah mengingati Ilmu | ALLAH mengurniakan tahap kecerdasan akal fikiran yang berbeza-beza kepada manusia. Ada yang kuat ingatan, ada yang sederhana dan ada yang lemah. Pelajar yang bijak dan kuat ingatan memadai dengan hanya P&P dalam kelas telah menguasai sesuatu ilmu dengan baik. Itu adalah kurniaan Allah kepadanya dan amat jarang yang mendapat kelebihan macam ini pada masa kini. Kebiasaannya pelajar memerlukan kepada ulangkaji yang berulang kali baru dapat menguasainya. 


Kebanyakan pelajar biasanya berdepan dengan masalah sukar untuk mengingati ilmu yang dipelajari. Perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk mengatasi masalah ini ialah ;


PERTAMA : Menghindarkan diri daripada dosa. 

Dosa yang dilakukan mengakibatkan hati menjadi hitam. Inilah hijab yang menghalang untuk mendapat ilmu. Seorang pelajar hendaklah sentiasa menghindarkan diri daripada sebarang dosa agar ilmu mudah diperolehi. Terdapat pelajar yang boleh mengingati isi kandungan yang diajar oleh gurunya walau pun tidak mengulang kaji pada waktu lain. Kenapa ?. kerana hatinya suci bersih dan berkat.

KEDUA : Tingkatkan amalan kerohanian dan amal soleh untuk membersihkan hati dan untuk memperolehi keberkatan daripada Allah SWT. 

Sentiasa menjaga solat fardu, menunaikan solat-solat sunat, berzikir, membaca al-Quran setiap hari dengan perhatikan makna-maknanya. Amalan-amalan soleh ini akan mencapai keberkatan daripada Allah SWT dalam menuntut ilmu.

KETIGA : Menghafal dalam keadaan fizikal yang sejahtera dan segar, minda yang lapang dan rehat. 

Mengingati sesuatu merupakan proses yang berat ditanggung oleh akal. Ia memerlukan tenaga yang sempurna daripada tubuh badan yang cergas. Proses mengingati ilmu akan menjadi sukar bila fizikal dalam keadaan letih seperti mata yang mengantuk dan sebagainya. Sekiranya anda dalam keadaan begini dinasihatkan melakukan perkara yang lebih ringan seperti menyalin nota atau membuat latihan-latihan mudah. Kalau menghafal pun hanya akan membuang masa. Dapatkan rehat yang secukupnya untuk mengembalikan kecergasan. Rehat yang terbaik ialah tidur yang mencukupi dan waktu minda yang lapang ialah selepas bangkit dari tidur. Sebab itu kita dapati ramai pelajar yang cemerlang memanfaatkan masa pada awal pagi untuk mengulang kaji dan menghafal pelajaran


KEEMPAT : Memberi tumpuan sepenuhnya semasa menghafal. 

Terdapat pelajar yang menghafal sambil mendengar muzik, menonton tv, menghantar sms dan lain-lain lagi. Kalau begini caranya menghafal sampai dua jam pun, dijamin gagal mengingatinya dengan sempurna. Kita hendaklah benar- benar fokus perkara yang ingin diingati tanpa memikirkan perkara lain. Allah jadikan akal manusia tidak dapat fokus terhadap dua perkara dalam satu masa. Ini adalah fitrah kejadian manusia. Walau pun tidak dinafikan terdapat pelajar yang dapat mengulang kaji pelajaran sambil mendengar muzik dan sebagainya. Ulangkaji dan menghafal adalah dua perkara yang berbeza.

KELIMA : lafazkan hafalan anda sehingga didengari oleh telinga anda sendiri. 

Bila mulut yang menyebut, telinga yang mendengar dan mata yang memandang akan memudahkan akal menerima hafalan tersebut berbanding menghafal tanpa bersuara. Kenapa anda dapat mengingati lagu Inggeris dan Hidustan?. Jawapannya ialah kerana biasa mendengar berulang kali. Inilah kehebatan nikmat mendengar yang merupakan salah satu sumber ilmu.


KEENAM : Ulangi hafalan anda sehingga benar-benar mantap. 

Tiada had berapa kali yang perlu diulang. Selagi hafalan masih samar dan kabur, ulangi berulang kali. Jangan rasa jemu dan mudah berputus asa. Lebih memudahkan untuk mengingati bila difahami kandungan yang dihafal. Contohnya kita mampu mengingati ayat al-Quran yang dihafal tapi lebih mudah kita mengingatinya dengan difahami makna ayat-ayat tersebut.

KETUJUH : Tulis perkara yang anda hafal tanpa melihat teks. 

Perkara ini penting untuk memastikan ingatan anda benar-benar mantap atau sebaliknya. Ia juga baik untuk mengelakkan berlaku kesilapan bila menjawab soalan yang sebenar. Semak hafalan yang ditulis tadi dengan teks sebenar. sekiranya terdapat kesilapan, ulangi menghafal sekali lagi sehingga benar-benar diingati.

KELAPAN : Istiqamah dalam menghafal. 

Untuk mengingati ilmu adalah mustahil hanya dengan sekali hafalan. Hafalan secara berkala dan sistematik perlu dipraktikkan setiap masa. Hafalan boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu hafalan baru dan hafalan lama. Ilmu yang telah diingati jangan dibiarkan begitu sahaja. Ia perlu di‘refresh’ secara berkala bergantung kepada sejauh mana kemantapan sesuatu hafalan. Jangan sia-siakan masa yang telah dihabiskan untuk mengingatinya, kemudian dibiarkan lupa begitu sahaja. Kesimpulannya, hendaklah disediakan jadual pembelajaran untuk membahagikan masa antara hafalan baru dan ‘refresh’ hafalan lama.

KESEMBILAN : Semak hafalan anda dengan rakan yang lain. 

Amalan ini amat praktikal untuk memantapkan sesuatu hafalan berbanding menghafal bersendirian. Bagi mata pelajaran Bahasa Arab, memperdengarkan dan mendengar soalan dari pihak lain amat mustahak untuk melatih pelajar menguasai kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Dengan ini pelajar dapat membiasakan diri bertutur dengan Bahasa Arab dengan lancar dan fasih. Sekurang-kurangnya pelajar tidaklah kekok dan pelik bila menghadapi ujian syafawi ( lisan) kelak.

KESEPULUH : Tampal nota atau bahan yang penting di tempat yang biasa dan kerap dilihat. 

Ini bertujuan memantapkan hafalan yang penting seperti formula sains atau matematik. Bila diyakini mantap, gantikan dengan nota yang lain. Buangkan gambar-gambar artis kesayangan atau poster yang tidak berfaedah. Hiasi bilik ‘study’ anda dengan perkataan, formula dan ilmu yang bermanfaat.


KESEBELAS : Tips yang terakhir ialah doa dan tawakkal. 

Pastikan setiap usaha yang anda lakukan seiring dengan pergantungan dan penyerahan diri kepada Allah Yang Maha Pengurnia. Dialah yang menguatkan ingatan, Dialah yang Melupakan. Semuanya dalam KekuasaanNya. Oleh itu, setiap kali sama ada sebelum atau selepas menghafal panjatkan doa kepadaNya tanpa rasa jemu. Yakinlah bahawa doa anda itu akan diterima dan sentisa berbaik sangka dengan Allah. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat pahala kerana doa itu adalah satu ibadat. Tidak akan rugi dan menyesal seseorang yang banyak berdoa di akhirat kelak. 

Mudah-mudahan sebelas tips yang dinyatakan ini dapat dijadikan panduan dan semoga membantu anda mengingati ilmu yang dipelajari walau pun teknik dan pendekatan belajar berbeza-beza di kalangan pelajar.

Tips | mencari pasangan

October 24, 2011
Mencari pasangan untuk dijadikan sebagai teman hidup bukan la mudah seperti memilih baju di shopping complex. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut : 


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


Muhammad syamil bin malik

October 10, 2011
Muhammad Syamil bin Malik | Nama  yang susah Mimin nak lupakan sampai bila-bila dan tak akan lupakan sampai bila-bila. Esok 06 oktober 2015,  genap 4 tahun pemergiannya. Di mana 06 oktober 2011 tarikh keramat bagi Mimin bila pada tarikh ini adalah tarikh kelahiran arwah ayah mimin Hj Adam bin Maarop dan tarikh ini juga Mimin kehilangan orang yang pernah bersusah senang gelak nynyi sedih nangis dengan Mimin iaiti muhammad syamil bin malik.

Pemergian arwah syamil sangat tragis. Di mana, dia terlibat 1 kemalangan di Machang. Masa tu arwah syamil menuntut di uitm, Machang.


Perkenalan yang singkat tetapi bermakna. Ehh.. macam nal troback pulak. Nanti tak cukup hari nak tulis. Fanatik habis dengan Faizal Tahir. Sebelum dia pergi, dia sempat nyanyikan lagu selamat malam dan lagu 150 juta by fynn jamal kat Mimin.

Ehh ! Trowback betul. Myka zaman lepasan SPM
Ni past entry yang mimin update semula, Mimin nak biarkan semua tu jadi kenangan yang tersemat dalam hidup mimin ni. Semoga Allah merahmati dan meletakkan kau dalam kalangan orang-orang yang beriman. Klik berita harian untuk tengok incident yang berlaku 4 tahun lepas. AL-FATIHAH


Powered by Blogger.
Back to Top