KAYAK ♥

December 18, 2011
12 DEC - 14 DEC 2011 | adalahhari yang sangat tak penat sampai mimin panggil balik sunburn ke muka mimin yang putih gilerr ni. Program ni sangat best . tapi ada laaa sesetengah yang buatkan mimin rasa tak best. Firstly da laaa mera dengan faezah takde. Lepastu senior yg lain pun takde sangat bosan laa.

OUH MY KAKI YOU TANGAN !
haha . tredmark group mimin punya group dapat coach yang gile gile kepala. Pecah perutt dibuaatnya
nway ! tak banyak pic dan takde pic pun nak ditunjukkan. 

 

Pelajar IPTA, IPTS dan POLITEKNIK Akan Dapat Baucer RM200

December 11, 2011

Pelajar IPTA, IPTS dan POLITEKNIK Akan Dapat Baucer RM200

Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:



Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

Tutorial | marquee bergerak (pic bergerak2 di sidebar)

December 10, 2011
Tutorial | marquee bergerak (pic bergerak2 di sidebar) | Tutorial kali ni di minta dari adik manis cikk chi dekat facebook. Terima Kasi ye dik sudi terjah blog Mimin. Hehe. Mulanya nak ajar dia dalam FB je . Tapi bila fikir-fikir bila lagi mimin jumpa cikk chi kan ? Lagi pun Mimin belajar pun dari cikk lyssa Faizureen. Sape tak kenal kan Lyssa ni !!

Okay jom start! Sekarang mimin ajarkan step by step heh .. 
  1. Pilih laaa pic yang nak di masukkan. banyak banyak pun takk pe 
  2. Setting size pic tu. jangan besar sgr . setakat size nya 210 okay laa tu kalau Mimin edit kat photoscape atau photoshop je . kalau pandai guna software lain . lagi bagus 
  3. Dah siap edit ? sekarang upload pic yang korg pilih dan betulkan size tu dekat imgur.com untuk dapatkan kod pic tu td okay!
  4. Lepas tu , bolehlah pergi kat Dashboard > Design > Add a Gadget > Html/JavaScript 
  5. copy kod ini pulak
<div style="background-image: url(&quot;http://dl.glitter-graphics.net/pub/303/303771ob8r4r0z04.png&quot;); border: 3px double #C12267; height: 300px; overflow: auto; width: 240px;"></a><center>
</center>
<marquee onmouseover="this.start()" onmouseout="this.start()" scrollamount="7" direction="up" align="center">
<center><img style="width: 143px; height: 204px;" src="URL GAMBAR DI SINI" /></center>
<center><img style="width: 143px; height: 265px;" src="URL GAMBAR DI SINI" /></center>
<center><img style="width: 144px; height: 245px;" src="URL GAMBAR DI SINI" /></center>
<center><img style="width: 142px; height: 213px;" src="URL GAMBAR DI SINI" /></center>
<center><img style="width: 138px; height: 234px;" src="URL GAMBAR DI SINI" /></center>
</marquee>
<center></center><center></center></div>

          6. kalau tak jadi bg tau k. Good Luck !

TIPS | Penjagaan Mata

December 3, 2011

Hargai mata cantik anda

Sayangilah mata anda, sesekali anda mengalami masalah mata, selamanya akan anda hidapi masalah mata. Contohnya, kalau anda mengalami rabun mata. Haa ! lama kelamaan anda akan merasai rimas. Rasa hilang nikmat pandangan bila tak pakai cermin mata. Penat tau pakai cermin mata ni sebenarnya.


Bagaimana pula penggunaan kanta lenkap ? Banyak buruknya dari baiknya. Apa yang nak mimin pesan. Jaga kebersihan ketika menggunakan kanta lengkap ini. Sekiranya ada debu atau hama, ia sangat berisiko tinggi. Kalau abaikannya. Boleh berisiko untuk mengalami BUTA.

Tips Penjagaan Mata

  1. Bagi pengguna baru, ada tentu keliru bahagian dalam atau luar kanta lekap. Perbezaan mungkin tidak ketara tetapi pastikan ia kelihatan seperti separuh bola. Letakkan kanta lekap pada jari hingga terlihat bentuk yang dikatakan. Kemudian, bawa kanta dengan bahagian ‘dalam cawan’ menghadap mata anda. Jika kanta yang dipakai berbentuk U sempurna, bermakna itulah posisi betul.

    Sesetengah kanta lekap mempunyai tanda laser, misalnya jenama produk. Ini juga boleh membantu menentukan bahagian dalam atau luar kanta lekap.

  2. Pastikan anda membasuh tangan dengan sempurna sebelum memakai kanta lekap. Elak menggunakan sabun yang terlalu banyak kandungan pewangi, minyak atau produk yang mengandungi lanolin yang boleh melekat pada permukaan kanta lekap. Sesetengah doktor menasihatkan supaya memakai kanta lekap yang sama pada mata sama.
  3. Sentiasa pastikan anda mencuci tangan sebelum mengeluarkan kanta lekap. Jika anda berdiri di depan sinki, pastikan anda menggunakan tisu yang bersih untuk menutup lubang saluran sinki bagi mengelak kanta lekap terjatuh ke dalamnya.
  4. Untuk mengeluarkan kanta lekap, pandang atas atau sisi sambil menarik bahagian bawah mata. Dengan menggunakan jari, gerakkan kanta lekap secara perlahan-lahan dan berhati-hati ke bahagian putih mata anda. Dari situ, kepit kanta lekap perlahan-lahan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari dan keluarkan dari mata.
  5. Peringatan, jangan sesekali berkongsi kanta lekap. Ini boleh mengundang padah pada mata anda.
Powered by Blogger.
Back to Top