GUNTING DALAM LIPATAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua readers :D

Apa rasa kalau memiliki rakan yang seperti itu, yang baik, yang rapat, yang banyak membantu tetapi. niat rakan pulak sebaliknya yang kita fikirkan mungkin sakit hati, kecewa, sedih atau macam macam lagikan benak otak kita berfikir. mau taknya , rasa dah macam isi dengan kuku.



tup tup ! dia main tikam belakang kat kita. niat dia yang kita tak tahu, apa salahnya rakan tu beri tahu kenapa dia tak suka kita, benci kita, marah kita. ini tak, sebaliknya yang dia buat. rakan tu bermuka manis didepan kita, bahasa dia, perlakuan dia, tapiii... sooodeeehhhhhhh =='


KENALI MEREKA YANG BERSIKAP BEGINI

  1. Berpura-pura baik 
macam yang mimin cakapkan tadi, di depan dia baik. 
dia pandai mainkan peranan dia sebagai seorang rakan yang menyokong kita 
walaupun kita susah atau sebaliknya. 
kalau boleh masalah boleh kongsi sama sama laaa. 
tapi, tanpa pengetahuan kita, dia seboleh-boleh nak larikan diri daripada kita.

  2. Suka Menghasut
menghaut kita untuk membuatkan orang lain juga membenci kita. 
Dia menyusun strategi cantik untuk menjatuhkan kita.
 hati-hati. silap hari bulan kita kena pulau dengan orang macam ni

  3. Tidak Berpuas Hati
jangan pelik kalau dia laa orang yang pertama membangkang apa jua idea yang kita lontarkan,
seakan-akan menyokong hasil kerja kita, tapi bila kita perlukan dia. dia langsung tidak ambil peduli apa kerja tersebut. sedangkan ini team work.

  4. Mulut Manis
cuba kita bersuara, 
pasti kita akan dipuji dan menunjukkan seolah dirinya seorang rakan yang baik.
sebolehnya dia akan menjaga hati kita.
dan tak mahu hati kita terluka. haa ! baru laa kita masuk strategi dia, 
kita mudah percaya dia dan mengatakan dirinya sangat baik.

  5. Hasad Dengki
yang ini pula, dia tak mahu kita lebih dari dia. 
apa sahaja yang kita miliki. banyak aspek bukan kalau 
cerita mengenai HASAD DENGKI ni. cepat laa sedar, 
dia bukan laa rakan yang sanggup bersusah payah

Banyak lagi kita boleh simpulkan ;)
 mimin nak sambung buat kerja ni. terima kasih luangkan masa anda membaca entry mimin . 
ada komen apa-apa tak ? setuju tak apa yang mimin katakan ni ?
klik button komen tu cepat. hehe


4 Comments