5 Cara ‘Curi’ Komitmen Si Dia!

Keserasian antara awak dan si dia boleh membuatkan si dia jatuh hati kepada awak. Namun, adakah kamu mampu mencuri hatinya? Atau merasakan si dia menjauhkan diri dari awak ?


Ada 5 cara bagaimana awak boleh ‘mencuri’ komitmen si dia untuk menarik perhatian si dia.

1.    Berikan perhatian kepadanya
Cuba kamu keluar dari zon selesa kamu dan berikan sedikit perhatian kepadanya. Tunjukkan kepada si dia yang kamu sentiasa peduli dan ambil berat tentang dirinya.

2.    Jaga penampilanmu
Menjaga penampilan kamu sangat penting untuk menambat hatinya. Bayangkan jika kamu di tempatnya, adakah kamu akan menerima pasangan yang selekeh? Oleh itu pikatlah hatinya dengan penampilan yang kemas dan cantik.

3.    Buat si dia terpesona dengan kepintaranmu
Tidak bermakna kamu memerlukan IQ yang tinggi untuk memikat si dia. Sebenarnya cukuplah sekadar kamu ‘memancingnya’ dengan kepakaran dan kepintaran yang ada pada diri kamu seperti membincangkan tentang sesuatu yang berkaitan dengan pendapat dan fikiran. Tunjukkan kepadanya kamu seorang gadis yang bijak dan rasional. Nah, si dia pasti terpikat dengan kepintaran kamu dalam menyuarakan sesuatu pendapat.

4.    Bermain dengan imaginasi
Bagi sesetengah pendapat, berimaginasi dalam perhubungan sangat tidak digalakkan kerana takut segala imaginasi kamu berdua seperti perkahwinan, mempunyai keluarga dan anak-anak tidak akan tercapai. Sebenarnya berimaginasi bersama boleh menyebabkan si dia jatuh hati kepadamu. Jadi, jangan takut untuk berimaginasi dengannya. Saat berimaginasi, kamu perlu berhati-hati dan jangan ‘terlebih-lebih’ pula ya!

5.    Relaks & enjoy
Lelaki memang suka berseronok dan selalu menganggap sesuatu tu sebagai fun thing. Jadi belajarlah untuk relaksdanenjoy. Jangan terlalu lurus dan serius dalam hubungan. Ada masanya kamu perlu pandai berseronok dengannya. Barulah hatinya menjadi milikmu!

credit : remaja


3 Comments