5 Perkara Menggambarkan Perasaanmu

March 31, 2013


Setiap orang pasti ada ‘cinta dalam hati’ bukan? Namun, yang membezakannya adalah ia terluah atau hanya sekadar terbuku di hati sahaja. Tidak dinafikan, ramai yang pandai meluahkan isi hatinya, namun tidak kurang juga yang malu untuk berbuat demikian. Jadi, buat kamu yang masih takut-takut untuk meluahkan isi hati jom lakukan lima perkara yang boleh menggambarkan perasaan kamu kepada si dia.


1) TUJU LAGU KEPADANYA

Selain meluahkan isi hati kamu itu melalui kata-kata, apa kata kamu guna pendekatan dengan menujukan lagu kepadanya. Pastikan setiap bait-bait lirik lagu itu cukup bermakna sehingga mampu menyebabkan si dia mengerti apa yang cuba kamu sampaikan kepadanya.

2) LUAHKAN MELALUI SURAT @ KAD UCAPAN
Sekiranya kamu segan untuk meluahkan isi hati melalui percakapan, tuliskan isi hati kamu itu pada sekeping surat ataupun kad ucapan. Minta si dia baca tetapi cuba elakkan daripada membacanya di hadapan kamu kerana ia akan memberi kesan yang pelik dan kekok kepadanya.

3) BERI HADIAH YANG BERMAKNA
Jika kamu benar-benar mahukan perhatian daripadanya, berikan hadiah yang paling istimewa untuknya. Dari situ si dia pasti dapat mengagak apa yang terbuku dalam hati kamu. Tetapi ingat, tidak bermakna kamu perlu memberinya hadiah yang mahal-mahal sehingga kamu terpaksa mengikat perut.

4) LUKIS SESUATU YANG MENGGAMBARKAN ISI HATIMU
Selain itu, kamu juga boleh melukiskan sesuatu yang boleh menggambarkan isi hatimu kepada si dia. Contohnya seperti lukisan hati yang tertulis nama si dia di dalamnya atau apa sahaja yang menampakkan kamu sedang angau dibuai asmara.

5) BERMAIN DENGAN BAHASA TUBUH
Bahasa tubuh juga boleh membantu kamu untuk menggambarkan perasaan kamu kepadanya. Ketika kamu sedang berbicara dengan si dia, cuba kamu renung dan tatap matanya atau mungkin juga memberikan senyuman yang paling manis ketika kamu bersama. Dari situ si dia pasti dapat meneka bahasa tubuh kamu menggambarkan betapa kamu menyayanginya.


2 beleter:

Lynn Munir said...

Semua akak setuju. Tapi bab yang saling memeberi kejutan tu tak berapa setuju....takut lepas terkejut terus TERKUJAT. Ahaks ;-)

Lynn Munir said...

Hehehe..tapi bagus untuk yang baru mula nak bercinta nih :-)

Powered by Blogger.
Back to Top