Semakin hari semakin sayang

April 1, 2013

Assalamualaikum, salam sejahtera, 
Hari ni mimin nak kongsi sama sama mengenai cara untuk memupuk lagi kasih sayang kita dengan  pasangan kita, boleh praktikan juga untuk kawan-kawan dan sahabat-sahabat kita  dan dengan orang yang rapat denga kita.


jom ketahui 5 rahsia bagaimana memupukkan kasih sayang antara kamu berdua 
untuk jangka masa yang panjang.

1) Sentiasa menghormati antara satu sama lain

Rahsia yang perlu kamu tahu untuk mengekalkan hubungan kamu dengan si dia adalah, saling menghormati antara satu sama lain.

2) Sentiasa beri kejutan

Apa kata kamu beri sedikit kejutan istimewa padanya seperti menghantar kad ucapan, bunga, hadiah atau sebagainya. Si dia pasti akan terharu dengan kejutan yang kamu buat itu.

3) Ambil berat tentang keluarganya

Tunjukan sedikit keperihatinan kamu terhadap keluarganya. Dengan bertanya khabar tentang kedua ibu bapanya si dia pasti dapat mengagak bahawasanya kamu memang benar-benar ikhlas mahu bersamanya.

4) Berkorban demi hubungan

Selain daripada sentiasa mengucap kata-kata cinta pada si dia, pengorbanan kamu juga membuktikan bertapa besarnya cinta kamu padanya. Bak kata orang “berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa”.

5) Luangkan masa bersama

Tiada salahnya jika kamu berdua curi sedikit masa untuk keluar bersama contohnya seperti makan malam atau mungkin juga menonton wayang. Elakan daripada membiarkan hubungan kamu berdua tergantung tanpa tali. Takut-takut sang kekasih hati berubah hati pula.

2 beleter:

Khairul Zamri said...

berbunga-bunga sekrang nie haha

Lynn Munir said...

Bab 'memberi kejutan' ni tak berapa nak setuju takut lepas terkejut terus TERKUJAT. Tak dapek nak menolong lepeh tu Cik mimin ;-)

Powered by Blogger.
Back to Top