Letak Lagu Youtube Tanpa Video (New Version)

July 29, 2013
ASSALAMUALAIKUM :) SALAM SEJAHTERA
Hari ni mimin nak tunjukkan sikit tutorial berkenaan letak mp3 dalam blog,
siapa ada follow step tutorial mp3 blogskin yang ini
sekarang macam daa tak function sangat. mimin un tengah godeh-godeh lagi untuk adakan balik music yang tiba-tiba menyepi. so, boleh laa folow tutorial yang mimin ambil dari lyssa faizurin.

 
1. Cari lagu yang korang suka kat youtube :
2. Then , ikut step macam kat bawah ni haa .
follow step macam dalam gambar kat atas.

3. Sudahh kan ? Ok , sekarang nak masuk kan dalam blog
4. Dashboard > Design > Add Gadget > Html/JavaScript
5. Paste kod tersebut . Contoh kod jadi macam ni :

<object width="560" height="349"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/8UhFOwsXgQc?version=3&amp;hl=en_US&amp;rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/8UhFOwsXgQc?version=3&amp;hl=en_US&amp;rel=0" type="application/x-shockwave-flash" width="560" height="349" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>
6. So , kalau tak nak nampak Video tukarkan dan tambah kan jadi macam ni :

<object width="200" height="25"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/8UhFOwsXgQc?fs=1&autoplay=1&amp;hl=en_US&amp;rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/8UhFOwsXgQc?fs=1&autoplay=1&amp;hl=en_US&amp;rel=0" type="application/x-shockwave-flash" width="200" height="25" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>
7. Ok . Kalau dah siap . Boleh lah SAVE !

8. Cuba bukak blog korang . menjadi kan ? HEHE .

p/s : lagu dalam ni lagu cinta muka buku


credit: Lyssa Faizureen

Keek : Elfira Loy Bonceng Zain Naik Motor

July 18, 2013

Jom tengok Keek Elfira Loy Bonceng Zain Naik Motor

Kredit Video : Keek Elfira Loy

Qi Razali Beli Cincin Untuk Nelydia Senrose?




Menerusi laman sosial Twitter dan Instagram milik Qi Razali, pelakon drama Friday I'm In Love ini difahamkan sedang menjalani sesi penggembaran Art Attack.

Pelakon lelaki ini dikatakan akan berada di negara tersebut selama dua bulan dan ini bermakna dia akan pulang ke Malaysia pada September depan.

Meskipun baru sebentar berjauhan dengan Nelydia Senrose, pelakon ini sudah mula melahirkan rasa rindu terhadap kekasih hatinya itu dan perasaan tersebut turut dilahirkan menerusi laman Twitternya




Qi Razali menunjukkan sebentuk cincin untuk orang tersayang

Dalam pada itu, pelakon lelaki ini turut memuat naik sebuah video melalui lama Instagramnya, di mana menerusi video tersebut Qi telah menunjukkan sebentuk cicin dan menyatakan bahawa cincin berkenaan adalah untuk orang tersayang.

Doakan pasangan ini kekal di dunia hingga ke akhirat. Insya Allah . Amin :D

Dayana Tidak Redha Ashraf Muslim Kahwin Dua

ashraf


Desas desus yang didengar mengenai Ashraf Muslim akan berkahwin kali kedua 
akhirnya terjawab apabila selebriti itu sendiri mengaku telah bernikah di Thailand pada 7 Julai yang lepas.

Jika sebelum ini media melaporkan yang isteri pertama Ashraf, 
Noor Dayana redha jika suaminya mahu bekahwin lain, 
tetapi ternyata ianya tidak benar apabila bapa mertua Ashraf menyangkal dakwaan itu.

Daripada mula pun anak saya tidak rela atau redha. 
Apa yang dikata seperti dalam surat khabar yang anak saya redha, 
itu bukan dari anak saya. Itu satu penipuan yang besar. – Harian Metro

Selain dari itu, Kosmo! Online pula melaporkan yang Hj Lokman kecewa 
kerana menantunya seolah-olah tidak sabar mahu menikahi wanita 
yang bernama Wan Sakinah Ahmad Saburi tanpa menunggu keputusan mahkamah berkenaan permohonan kebenaran poligami.

Kami sebenarnya menyesal kerana dia tidak maklumkan pada kami termasuk isterinya sendiri. Kalau mahkamah beri keizinan berpoligami,
 kami redha dan terima keputusan. Ini belum lagi mahkamah buat keputusan,
 dia telah bernikah di Thailand.

Untuk pengetahuan umum, 
Ashraf telah bernikah dengan isteri pertamanya pada 24 September 2011 
di Makkah dan difahamkan masalah rumahtangga mereka berpunca 
kerana belum dikurniakan zuriat sepanjang dua tahun berkahwin.


Elfira Loy dan Zoey Rahman bercinta ?

July 6, 2013
Hai ! Assalamualaikum :D

Musim Ehsan dan Effa sdah Habis. Sekarang Musim Elfira Loy dan Zoey Rahman. Siaran baru TV3 yang menampilkan pasangan ini. Dengar kata orang ramai bercinta. Betul ke Elfira Loy dan Zoey Rahman Bercinta ? Jom kita tengok ulasan berita hari ini di akhbar Utusan Malaysia.

Belum mahu bercinta




JIKA diimbas kembali gosip-gosip yang melanda artis terutamanya artis di usia remaja, Elfira Loy antara artis yang paling banyak dikaitkan bercinta.

Bukan calang-calang artis yang dikaitkan dengan dirinya, semuanya aktor terkenal yang sudah menempa nama dalam industri.

Jangan silap, bukan artis tempatan sahaja yang dikaut oleh pelakon remaja berkening tebal ini, pelakon dari Indonesia juga antara yang berada dalam genggaman gosip cinta Elfira.

Antara aktor yang pernah dikaitkan bercinta dengan Elfira termasuklah Randy Pangalila, Zizan Razak, Baim Wong dan Zoey Rahman.

Baru-baru ini begitu galak pencari gosip mengatakan bahawa Elfira kelihatan begitu intim dengan Zoey Rahman.

Masakan tidak, gambar-gambar di laman sosial Instagram menunjukkan betapa rapatnya mereka seolah-olah sudah muncul bibit-bibit percintaan.

Lalu, soalan berkaitan dengan kisah cinta tidak diketahui ini ditanyakan. Seperti yang dijangka, Elfira menafikan dakwaan yang dia kini sedang bercinta dengan Zoey.

Bagi Elfira, hubungan rapat antara mereka berdua sudah terjalin dalam masa yang lama lagi, bukan ketika dia digandingkan bersama dalam sebuah drama bersiri Demi Dia.

"Saya sudah kenal Zoey sejak kecil lagi, Malah, bukan saya sahaja, keluarga kedua-dua pihak pun saling mengenali antara satu sama lain.

"Malah, kalau diikutkan, setiap kali saya berlakon dengan pelakon lelaki, pasti saya akan dikaitkan bercinta dengan mereka.

"Padahal sebelum ini ada juga saya ambil gambar berdua dengan Zoey, tetapi tidak pula dihebohkan.

"Bila dah berlakon bersama, baru ada yang mengatakan kami bercinta dan sebagainya. Itu yang saya musykilkan," kata pelakon remaja ini sambil tersenyum.

Jelas Elfira yang kini sedang menuntut diploma dalam jurusan Seni Persembahan & Komunikasi, Kolej Damansara Utama (KDU), dia tidak menafikan hubungan dengan Zoey memang rapat.

"Kalau hendak dibandingkan bagaimana rapatnya hubungan kami berdua, saya rasa hubungan kami seperti adik-beradik. Dia abang dan saya adik.

"Sebab itu bila kami berganding bersama sebagai suami dan isteri walaupun kekok tetapi selesa kerana sudah mengenali dia lama," katanya sambil tertawa.

Tambahnya lagi, dia tidak kisah gosip seperti ini berkeliaran kerana ia menunjukkan bahawa lakonannya bersama dengan Zoey memang menjadi.

"Saya tahu bagaimana hubungan kami berbanding mereka di luar. Itu sudah cukup. Lagipun ia menunjukkan betapa lakonan kami dilihat dan dinilai oleh penonton hingga dikatakan bercinta," katanya.

Menjelaskan persoalan sama ada dia sudah bertemu cinta hati atau tidak, ujar Elfira, dia masih lagi belum berminat untuk menjalinkan sebarang hubungan uda dan dara yang serius.

"Buat masa ini, saya lebih selesa untuk fokus pada pelajaran saya dahulu dan rasanya itu yang terbaik buat diri saya.

"Lagipun, dengan usia yang baru mencecah 19 tahun, saya merasakan terlalu awal untuk bercinta. Malah, saya belum terfikir lagi untuk bercinta dan sebagainya," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130705/hi_01/Belum-mahu-bercinta#ixzz2YBfz1jGB
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Powered by Blogger.
Back to Top