Tahniah Fauziah Gous

waahh! congratz Fauziah Gous yang sekali lafaz sah menjadi isteri Zafran :) Untuk majlis malam berinai tema Pakistan dipilih kerana keluarga Fouziah dikatakan mempunyai darah keturunan dari sana. Majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung pada 29 September di Hotel Marriot Putrajaya.









Majlis pernikahan telah berlangsung di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam.
Mas kahwin yang dihantar ialah sebanyak RM1,112. Manakala wang hantaran ialah RM50,000. Pihak lelaki turut membawa 7 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang oleh pihak perempuan. Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah sireh junjung, set barang kemas dan mas kahwin, set wangian, senaskah Al-Quran, cek hantaran, tas tangan dan kacamata, manisan dan coklat.
Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula berupa sireh junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, kaflin dan kacamata, tali pinggang, sebatang pen dan clutch, set wagian dan penjagaan kulit, manisan strawberi dan manisan kurma.

sumber

0 Comments