Kemalangan Maut Melibatkan Bekas Pelajar Politeknik Merlimau Melaka,

January 28, 2014


Inalillahiwainalillahirojiun.
Luqman Hakim, bekas pelajar Politeknik Merlimau Melaka, sama batch dengan Mimin telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh di cucuri rahmat serta amalan amalannya di dunia dapat terhindar dari azab seksa kubur.

Umur bukan penentu kematian, maka bersiap sedialah untuk menghampiri kematian, kemalangan, kesakitan bukan punca kematian. Tetapi ia adalah AJAL.

Walaupun arwah tidak pernah bertegur sapa, tapi Mimin yakin dia seorang yang mudah didekati oleh orang ramai. lagi lagi arwah satu team futsal dengan Arif Akmal.




Mari sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Semoga rohnya di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin

Pondok Pensantrian Imam Bukhari, Solo


Pengalaman pertama aku menjejakkan kaki di negara jiran. Solo, Indonesia. Penduduknya yang majoriti beragama Islam. Aku ke sini bersama kakak ketiga aku, Atiqah atas urusan adik-adik aku yang belajar di sekolah Pondok Pensantrian Imam Bukhari. Sekolah tahfiz yang terkenal di Solo.  Sekolah Pondok kat sana di panggil 'Pensantrian'. Bermula daripada 18 Januari sampai 22 Januari aku berada di sana. 

Rasa agak lama juga 4 hari 4 malam tu. Baru lewat 1 jam dengan waktu di Malaysia pun dah rasa lama. Belum pergi lagi negara yang lewat 12 jam. Tak buat apa pun bila waktu malam, sebab kat sini pukul 10 malam suasana dah sepi. Rasa dah banyak tidur pun rasa lambat jee masa nak bergerak. 


Ni Masjid Imam Bukhari. Teringat gambar arwah apak bergambar depan masjid ni. Setibanya di Pondok Pensantrian, cepat-cepat aku cari adik-adik aku nak ajak keluar makan. Laparr weyhh ! sampai sana dalam pukul 12 tengah hari. Tapi, ingat mudah ke nak angkut adik-adik keluar makan. tak!! Kena minta kebenaran Ustazahnya dulu. Usatazah pula ntah ke mana laaa pulaa.

first time naik "angkut" alaa-ala teksi tapi lebih kepada bas.

Ni bakso warong depan pondok pensantrian Imam Bukhari. Sedap ! Langsung tak sama dengan bakso dekat Malaysia.

Roti yang tak ada di Malaysia. Sedaaappp ! sedap sehingga simpan esok hari buat breakfst. hihi. Kalau korang datang sini, jangan lupa dapatkan roti ni tau. Lokasinya di depan Masjid Imam Bukhari



Ni tempat membeli barangan Herba.. habis 3.06 Juta Rupiah kat sini.. Port tempat mak beli ubat macam Habatussauda, minyak aroma Therapi kat sini. Harga boleh tahan murah. Sebab tu mak selalu beli borong kat kedai ni.




Yang ni MUKA penat shopping di wholesale Solo. Besar, Murah, ramai orang, sempit, panas tak ada air cond. sangat menguji kesabaran ketika bershopping. huhu 

Ni adik bongsu Mimin. (Syakila)

Pizza Hut Indonesia... lain dengan Malaysia. siapa cakap "sama je".. Mushroom soup dia superb awesome sedap.  Layanan pun tip top. haa... beza sangat dengan Pizza Hut  Malaysia.

 Adisumarmo International Airport. Ni kisah nak balik dah. kalau Mimin cerita kisah shopping,, tak cukup page nanti Mimin karang. huhu.


Akibat cuaca dan persekitaran di sana kurang memuaskan.. Ini lah hasilnya yang Mimin dapat. pheww ! memang tak menyudah Mimin demam. demam berulang,,
okay! sampai di sini saja kisah Solo dan Mimin. HAHA


Solo, Indonesia

January 16, 2014
ASSALAMUALAIKUM..
Buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh... EXCITED ! menggantikkan rutin harian arwah apak yang ambil adik-adik yang belajar di Solo, Indonesia. Agak-agak apa yang menarik kat sana? Mak dah kirim macam-macam ni untuk shopping kat sana..



Tadika Pelangi Elit, Semenyih

January 7, 2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah pengalaman pertama bekerja selepas habis belajar. Menjadi salah seorang tenaga pengajar di sana. Sebenarnya aku takde pengalaman pun jadi tenaga pengajar di mana mana sekolah. haha! makanya jadilah tenaga pengajar yang tak bertauliah.

Tak tau nak gambarkan perasaan bila pelajar yang comel-comel ni panggil aku Teacher ! Oh My Good.. ini adalah tanggungjawab yang besar.. and one more thing.. mimin ni actually panas baran tau. tapi bila kat sini mimin jadi penyayang pulee. haha

Hari ni adalah hari kedua kat Tadika Pelangi Elit. Alhamdulillah.. dah namanya Elite.. kena usaha keras untuk mereka semua ni bijak pandai belaka... So, karenah manja dia. of cos kena pandai atasi..






One day ! Teacher akan rindu uolls semua. Aniq, Amoi, Dhia Aleesya, Adib, Faris, Darwish,
Powered by Blogger.
Back to Top