8 gambar: Suami tabah bersihkan tempat kemalangan ngeri Isteri digilis lori

June 18, 2014
KUALA LUMPUR – Seorang suami terpaksa menahan sebak sambil mengutip sendiri beberapa organ dalaman isterinya yang berselerakan di atas jalan selepas mangsa maut digilis sebuah lori pasir dalam kejadian di Taman Segar, Cheras di sini semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Hafiz Ab. Rahman yang menunggang motosikal dalam perjalanan menghantar isterinya, Noorshah Ahmad, 34, ke tempat kerjanya dari rumah mereka di Taman Seri Budiman, Mahkota Cheras dekat sini.
Noorshah bekerja sebagai kerani di sebuah kedai roti di Taman Shamelin.
Menurut Hafiz, kemalangan yang meragut nyawa isterinya itu berlaku berhampiran pusat beli-belah Cheras Leisure Mall dan keadaan lalu lintas ketika itu sesak menyebabkan dia menunggang motosikal dengan menyelit antara kenderaan lain yang melalui jalan itu.
“Namun sebaik tiba di tempat kejadian, saya yang menunggang motosikal terpaksa melalui di celah sebuah lori membawa muatan pasir dan sebuah kereta Mercedes-Benz berwarna perak.
Noorshah


“Kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an itu tiba-tiba menghimpit motosikal saya dan isteri sehingga menyebabkan kami terjatuh ke bawah lori yang bergerak itu,” kata Hafiz ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur di sini semalam.
Hafiz yang tidak bekerja kerana sedang menuntut agama di sebuah madrasah di Seri Petaling dekat sini berkata, dia sempat menyelamatkan diri dengan merangkak keluar dari bawah lori tiga tan itu.
Katanya, sebaik terselamat dia menoleh ke belakang untuk melihat nasib isterinya dan tanpa disangka tubuh isterinya cedera teruk kerana digilis salah satu tayar lori tersebut.
“Saya tidak dapat berbuat apa-apa selain berlari ke jalan dan mengutip organ dalaman isteri saya seperti jantung, hati dan paru-paru yang berselerakan di atas jalan,” kata Hafiz dengan nada sedih.
Cerita Hafiz lagi, pemandu lori berusia 33 tahun berkenaan telah berhenti bagi memberi bantuan manakala kereta Mercedes-Benz itu lari meninggalkan lokasi kejadian.
Jelasnya, mereka yang sudah beberapa tahun mendirikan rumah tangga dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd. Adam Mishary berusia enam bulan.
Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Markandan Subramania mengesahkan kejadian itu dan sehingga petang semalam pemandu kereta tersebut belum membuat laporan polis.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0617&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz350Gw3ywc 
Hakcipta terpelihara 




kemalangan ngeri 7kemalangan ngeri 6
kemalangan ngeri 5
kemalangan ngeri 4
Selepas terjatuh, Hafiz lantas bangun dan melihat isterinya maut digilis. Dia terus membuka baju dan menutup mayat isterinya dan kemudian mengutip cebisan daging isterinya untuk membersihkan kawasan tersebut. Luluh hati saksi di tempat kejadian melihat kejadian menyayat hati ini. Pemandu lori tersebut nyata tidak lepas tangan dan membantu manakala pemandu Mercedes terus memecut menghilangkan diri.

kemalangan ngeri
kemalangan ngeri 3

kemalangan ngeri 1

LUAHAN SAYU MUHAMMAD NOOR FARHAN CHE BAKAR ISU CERAI

June 11, 2014

Sebagai seorang lelaki mungkin amat berat bagi Muhammad Noor Farhan Che Bakar 24, untuk menempuhi apa yang di alaminya hari ini.
Beliau hanya insan biasa yang masih muda dulunya tidak di kenali oleh sesiapa pun kecuali keluarga dan kawan-kawan terdekat dengannya.

Wajah sedih Farhan suami Abby Abadi di Mahkamah.

Namun setelah dirinya memilih untuk mendirikan rumahtangga dengan seorang pelakon Jelita bernama Abby Abadi namanya mula di kenali dan menjadi sebutan.
Dengan raut wajah yang handsome dan mempunyai latarbelakang seorang insan yang amat baik, amat lah sesuai dirinya untuk bersama seorang insan cantik dan terkenal seperti Abby Abadi walaupun jarak umur mereka agak jauh.




Mereka memilih untuk mendirikan rumahtangga jalan yang terbaik untuk mereka berkongsi kasih sayang mereka, di awal pernikahan mereka rata-rata amat menyanjungi apa yang mereka lakukan dan semua mendoakan jodoh mereka berkekalan.
kehidupan mereka amat bahagia dengan foto-foto mereka amat senang untuk di lihat dilaman-laman sosial, namun dalam seminggu dua ini timbul desas desus di media sosial yang hubungan mereka kini bergolak, apabila Abby memuat naik status di laman sosial supaya mendoakan kebahagian mereka berdua.




Hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur Abby memfailkan cerai dan mendakwa Farhan sudah 2 kali melafazkan cerai terhadapnya, keputusan kes ini akan di sebut 11 jun nanti.
Namun dalam setuasi ini Farhan nampak lebih tertekan berbanding Abby mungkin faktor usia dan pengalaman mebuatkan farhan begitu sugul dan sedih sehinggakan tidak mahu di temu bual oleh para wartawan, berbanding Abby yang nampak lebih terbuka.
Pada Farhan dan Abby mungkin dugaan untuk anda, bukan semua orang mahu apa yang berlaku seperti anda beruda alami mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, jadi kehidupan mesti di teruskan walau apa pun status anda.

Sumber: BrotherSam

Bekas model Playboy terkenal, Felixia Yeap berasa kecewa

June 9, 2014
 



6 Jun – Bekas model Playboy terkenal, Felixia Yeap berasa kecewa dan kesal apabila gambar-gambar seksi lamanya kembali menjadi tumpuan ramai dengan komen lucah dan negatif.

Berikutan itu, Felixia telah mengambil keputusan untuk memadam kesemua gambar-gambar tersebut. "Siapa saya untuk menyuruh mereka berhenti daripada terus mencemuh dan memberi komen lucah pada gambar milik saya di Facebook, justeru saya mengambil keputusan untuk memadam semua gambar seksi itu.

"Saya juga perlu mendapatkan bantuan pembantu peribadi bagi melakukan tugas terbabit dan menjangkakan semuanya dapat dipadam sebelum Ramadan ini," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Tambah model berusia 28 tahun itu lagi, dia turut berasa sedih apabila komen berbaur lucah yang ditulis telah mengundang persepsi negatif kepada dirinya.

"Apa yang mereka komen pada gambar lama itu mengenai masa silam saya sebelum berhijab. Saya rasa golongan yang memberikan komen lucah ini merasakan diri mereka sangat baik dan lebih berkuasa daripada tuhan serta tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan."

Dalam pada itu, Felixia berharap individu yang berbuat demikian supaya berhenti dari menulis komen-komen berunsur negatif kerana ia sedikit sebanyak menyebabkan emosinya terganggu.

"Saya Cuma boleh menyedarkan mereka apa yang mereka buat itu keterlaluan dan tidak sepatutnya dilakukan kepada saya yang kini sedang mendalami Islam."

Powered by Blogger.
Back to Top