Giveaway 2014 Mialiana.com

September 30, 2014


Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

SEPTEMBER GIVEAWAY PARTY HOSTED BY LOLA CAVIAR

Cara penyertaan :
  1. Blogger warganegara Malaysia
  2. Copy banner dan backlink ke entry ini.
  3. Hasilkan satu entry dengan tajuk " September Giveaway Party hosted by Iola Caviar".
  4. Klik icon lolipop dibawah

CABARAN 30 HARI | HARI 30 : PERKARA BANGGA UNTUK TAHUN NI

Assalamualaikum w.b.t

CABARAN 30 HARI | HARI 30 : PERKARA BANGGA UNTUK TAHUN NI. Wahh, cabarannya kali ni yang nak buat panjang-panjanglah, Haha,. Tipu je, Mimin tak serajin tu.. Nak nampak Mimin lagi rajin, haa.. review gambar je hari ni.

 PonPes Imam Bukhari, Solo, Indonesia (19 Januari 2014)


Diploma Pengajian Perniagaan (Pengurusan) (Mac 2014)


Hadiah HariGuru dari pelajar Tadika Pelangi Elite, Taman Pelangi Semenyih (23 May 2014)

Holiday dengan family ke Port Dickson (24 May 2014) 

Lahirnya Dasuki Wazein Islam (15 April 2014)

Mak dapat pergi umrah kali ni (11 JUN 2014)

Solo, ( 03 Julai 2014)

A Famosa Water World, Melaka ( Ogos 2014)







CABARAN 30 HARI | HARI 29: BUNGA KEGEMARAN DAN MAKSUD TERSIRATNYA.

September 29, 2014
Assalamualaikum w.b.t




CABARAN 30 HARI | HARI 29: BUNGA KEGEMARAN DAN MAKSUD TERSIRATNYA. Bunga kegemaran mimin adalag bunga konvo. kehkehkeh, Sebab bunga konvo ni banyak yang tersurat dan tersirat. Memberi 1001 kenangan bukan untuk Mimin je, untuk sesiapa saje. Bunga konvo ni juga sudah buat ibubapa, mak gembira. Bilalah nak dapat lagi ..... hihi. susah ooo. banyak dugaan.

CABARAN 30 HARI | HARI 28 : 5 PERKARA BERMULA DARIPADA "ANDAINYA"

September 28, 2014
Assalamualaikum w.b.t

CABARAN 30 HARI | HARI 28 : 5 PERKARA BERMULA DARIPADA "ANDAINYA". 


  1. Andainya Mimin tak leka masa kat tol Batu 9 tempoh hari, mesti Mimin tak cium kereta myvi akak gemuk tu -..-
  2. Andainya perniagaan yang mimin sedang berjalan lancar, tak payah susah susah nak cari sales sekarang. 
  3. Andainya arwah apak ada lagi, mesti dia suka, birthday dia tahun ni jatuh pada raya haji kali ni.
  4. Andainya Mimin tahu isi hati ibu sekarang ni,mesti mimin tak buat ibu sentap, sakit hati, terguris, dll
  5. Andainya dapat tahu nasib yang akan datang, Mimin nak bermula dari sekarang. Tapi tak tahukan, Jadi, Mimin pun buat step-by-step... 


CABARAN 30 HARI | HARI 27 : MOOD MIMIN HARI NI

September 27, 2014
Assalamualaikum w.b.t


CABARAN 30 HARI | HARI 27 : MOOD MIMIN HARI NI. Hari ni mood kurang baik sikit. Macam-macam perkara Mimin fikir. Hari ni kena balik kampung tujuan utama ada kelas. Tapi, masalah problemnya, Mimin baru lepas cium kereta orang. Kereta Mimin bonet depan ternaik sikit. Nak bukak bonet enjin tuu tak boleh. Nak betulkan belum ada kesampaian hari ni. Ni balik kampung fikir macam-macam. Nak bagitahu kee tak pasal kereta tu. Banyak termenung Mimin minggu ni, Nanti mimin update lah pasal kereta mimin tu, mana tau dapat service kat tempat yang jujur dan murah.

CABARAN 30 HARI | HARI 26 : GADJET KEPUNYAAN MIMIN

September 26, 2014
Assalamualaikum w.b.t



CABARAN 30 HARI | HARI 26 : GADJET KEPUNYAAN MIMIN. Cabaran kali ni, gadjet yang mimin ada Galaxy Note 3 dan Blackberry bakal R.I.P

CABARAN 30 HARI | HARI 25: BERITA YANG TAK SEDAP DI DENGAR

September 25, 2014
Assalamualaikum w.b.t



DHIA WAREESHA ISLAM BT MOHD RAFIZI

CABARAN 30 HARI | HARI 25: BERITA YANG TAK SEDAP DI DENGAR.  Bangun-bangun pagi je dapat cerita daripada mak, anak buah mimin dua dua demam, Wareesha demam panas. Wazein pulak kena demam campak. Alaahaai, Tak dapat tengok dia hari ni, Esok insyaallah nak jengah dia semua. 


AKIBAT MENGABAIKAN

Assalamualaikum w.b.t




Alhamdulillah, mimin sudah tersenarai dalam pemenang Mini GA september Cash RM300 by Emas putih, akibat tak mengharap menang, Mimin tak tuntut hadiah tu. Last buat tuntutan semalam. Tapi baru hari ni Mimin teringat GA kakuzu ni seminggu je. Adehh. kecewa. Hope dapat buat tebusan lagi. 




CABARAN 30 HARI | HARI 24: RUMAH IMPIAN ANDA

September 24, 2014

Assalamualaikum w.b.t

CABARAN 30 HARI | HARI 24: RUMAH IMPIAN ANDA. Dengan kemampuan sekarang yang memang tak mampu memiliki rumah sendiri, hanya rumah impian jee laaa jadi impian. Kalau tercapai, sujud syukur, kalau tak tercapai.. apa adanya. Sekali sekala berangan. Apalah salahnya. Rumah idaman mimin rumah yang selesa untuk mimin sekeluarga duduk, yang tak payah modal lagi untuk bawak anak bercuti pergi taman tema air. Haha, budget sikit lah, cover buat rumahbesar macam kat atas tuu. haha. Mimin pilih rumah besar macam dalam gambar tu, sebabnya rumah mimin takde ruang langsung. Penuh dengan baju. semua baju. haa, kalau boleh mimin nak ada tempat khusus untuk baju, kasut dan accessories yang lain. hihi

CABARAN 30 HARI | HARI 23: PEKERJAAN SELAIN KERJA YANG DISANDANG SEKARANG

September 23, 2014

Assalamualaikum w.b.t

CABARAN 30 HARI | HARI 23: PEKERJAAN SELAIN KERJA YANG DISANDANG SEKARANG. Allhamdulillah, buat masa sekarang mimin bersyukur dengan kerja yang mimin buat sekarang. Tapi, kena buat lebih baik kan. so, kalau boleh mimin nak kerja dengan setaraf bidang yang mimin belajar masa Diploma dulu. Susah jugak untuk jawatan admin ni. Ada rezeki, adalah. Takde, fokus apa adanya.  

CABARAN 30 HARI | HARI 22: DESTINASI PERCUTIAN YANG DIIDAMKAN

September 22, 2014
Assalamualaikum w.b.t


CABARAN 30 HARI | HARI 22: DESTINASI PERCUTIAN YANG DIIDAMKAN: Pulau Perhentian menjadi pilihan mimin. Mimin pernah buat kertas kerja untuk pergi ke Pulau Perhentian ni, tapi tak dapat pergi sebab ketua jabatan masa tuu tahap tegas tak bertempat. Geram betul. Akhirnya, pergi bercuti kat Port Dickson je, Dah imagine teruk teruk nak pergi Pulau Perhentian, sekali tak menjadi pulak. Frust habis. Hope nanti dapat honeymoon kat sana. Haha. over mimin.  

CABARAN 30 HARI | HARI 21: TEMPAT YANG DIIDAMKAN

September 21, 2014
Assalamualaikum w.b.t


CABARAN 30 HARI | HARI 21: TEMPAT YANG DIIDAMKAN. Hari ni sudah 21 hari untuk cabaran 30 hari, Maksudnya hari ni 21 haribulan kan? Apapun.. Selamat ulang tahun kelahiran Mimin Adam. Meningkat sudah umur mimin ni. Diam tak diam. Tempat yang diidamkan dan tak pernak lagi pergi, Mimin teringin nak pergi jiran negara kita yang paling hampir. Iaitu Brunei. Tahap kemadunan Islam yang tinggi di negara tersebut. Masjid Omar Ali Saifuddin ni, menarik perhatian Mimin, di mana menara dan kubah emas marmer, dengan halaman dan taman yang rimbun penuh air mancur, yang dalam Islam melambangkan syurga. Bukan tu saja, Dalam masjid ni ada lif untuk orang awam melihat panorama Brunei. 

CABARAN 30 HARI | HARI 20: QUOTES KEGEMARAN MIMIN

September 20, 2014
Assalamualaikum w.b.t


CABARAN 30 HARI | HARI 20: QUOTES KEGEMARAN MIMIN. Quotes sepertidi atas ni, adalah pembangkit mimin bila dah putus asa. Mimin ni cepat jugak putus asa, bila mimin tanamkan azam, jangan jadi orang yang cepat putus asa. Mimin pasti boleh lalui semuanya. yeayyhh ! Mimin can do it

CABARAN 30 HARI| HARI 19: 1 MAKANAN KEGEMARAN MIMIN

September 19, 2014
Assalamualaikum w.b.t


CABARAN 30 HARI| HARI 19: 1 MAKANAN KEGEMARAN MIMIN. Hari ni kita cerita lagi berkenaan dengan makanan. yeayy ! makanan lagi. Makanan kegemaran mimin kalau pergi mana mana kedai makan, mimin akan order nasi paprik. Barulah puas hati dengan perut. Sebab utama mimin suka makan nasi paprik sebab save budget. Ada nasi dan ada lauk. Mimin x suka makan nasi keras. Biasanya kedai makan kan nak untung lebih, Masak nasi keras keras. So, ini lah makanan kegemaran mimin. Antaranyalah.. sebab mimin banyak jugak makanan yg mimin suka. haaa.

Keputusan Rasmi Pemenang Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com

September 18, 2014
Assalamualaikum w.b.t

Rupanya mimin tersenarai dalam pemenang Giveaway Mamaniza.com rupanya. Mimin tak mengharap pun sebenarnya. Sebab selalunya takde tuah dikaki. haa. Tak sangka pulak. rezeki jangan ditolak. Maut jangan dicari..


Terima Kasih Mamaniza ! Terima Kasih Asha (Sponsor)

GA September by Karya Mahirah

Assalamualaikum

Mimin baru nak join Giveaway ni, hope tak di reject lagi ye KM ;)
[Sila Tekan Banner Diatas Untuk Join]


GA September by Karya Mahirah dianjurkan oleh Karya Mahirah dan di sponsor oleh:

CABARAN 30 HARI | HARI 18: SIRI TV KEGEMARAN

Assalamualaikum w.b.t


CABARAN 30 HARI | HARI 18: SIRI TV KEGEMARAN. Untuk cabaran kali ini adalah rancangan bersiri yang diminati. Diam tak diam mimin rupanya minat kpop bukan tu je, mimin dah pengaruh ibu, kakak dan abang ipar terjebak dengan tengok rancangan drama korea. haaa.

  1. The Women's Room
  2. The Master Sun
  3. Good Daughter Hanna
  4. Boys Over Flower
  5. The Herits

Madah ber'kpop' je kan. Sapa suka drama korea angkat kening... hehe

CABARAN 30 HARI | HARI 17: 5 PERKARA YANG MIMIN RINDU

September 17, 2014
Assalamualaikum w.b.t

CABARAN 30 HARI | HARI 17: 5 PERKARA YANG MIMIN RINDU, cabaran kali ini berkenaan dengan perkara yang mimin rindu. Tipulah takde perkara yang mimin rindu.

PERTAMA, mimin rindukan arwah apak mimin, Memangtak boleh nak sangkal. Dulu kalau balik kg Pandan, mesti perkara utama nak jumpa parents, sekarang mestilah rasa kekurangan itu. Sebab  tu laa mimin rasa rindu sangat moment yang pernah ada dengan mereka.
KEDUA, mimin rindu jam mimin yang hilang kat A Famosa, Waterworld. huhu. menangis betul bila jam tu hilang. adehhh.
KETIGA, mimin rindukan zaman full time study. rindu dengan semua classmate mimin DPM B batch 2014.. Rindu rindu rindu.
KEEMPAT, rindu nak jalan jalan kat melaka, karok kat melaka, lepak lepak kat sana.
KELIMA, rindukan anak buah mimin yg dua orang tuu.. weeehuuuu

CABARAN 30 HARI| HARI 16 : BAGAIMANA MIMIN 10 TAHUN LAGI

September 16, 2014


Assalamualaikum w.b.t

Kita merancang Allah menentukan. Tah hidup tah mati. Kita tak tahu lagi. Setiap perancangan mestilah ada dalam diri seseorang. Jika Mimin dipanjangkan umur, kehidupan yang mimin impikan adalah sebuah keluarga yang bahagia dengan memiliki suami, cahaya mata, asset kekal dan dapat anak buah yang ramai. huhu

CABARAN 30 HARI | HARI 15 : SURAT KEPADA SESEORANG

September 15, 2014
Assalamualaikum w.b.t



Tajuknya kelakar laa pulak. haha. msurat kepada seseorang. Maksudnya apa. kalau daripada pengalaman mimin sepanjang kehidupan ni, mimin dah banyak tulis surat. haha. Dari zaman sekolah rendah yang mesti ada ending nya pecahkaca pecah gelas, lepas baca harap balas. Memori betul. siap letak kat dalam album lagi tuu. Tapi bila dah pindah randah ni tah mana mimin letak semua tu. Ada lagi tah tak. 

Zaman duduk kat asrama jangan cerita laa, Haha, kakak angkat lah adik angkat lah abang angkat lah dah sebati. Dulu Bf mimin tak romentik nak tulis tulis surat ni. Tapi sweet sweet omeyy laa. 

Lepas tuu, wujud blog ni sebab daa belajar jauh. kononnya, sekali takde jodoh pulak. sekerat jalan jee lah

Sekarang, mimin ada interaksi dengan kawan baik mimin, Kami interaksi melalui email. kenapa tak pilih kaedah macam Whatsapps, wechat, dll tuu. Sebab unik. Nak wujudkan moment masa akan datang nanti. Biar saling mengingati antara satu sama lain. Insyaallah. 

CABARAN 30 HARI | HARI 14 : CERITA KASUT SAYA

September 13, 2014
Assalamualaikum w.b.t

First of all, miminbuat entry bukan laa bertarikh 14 September. Hal ini sebabnya, pakcik mimin dalam keadaan tenat. Banyak perkara nak diuruskan untuk hari ni, dengan nak masukkan adik ke sekolah tahfiz di Tangkak. Alhamdulillah pakcik dalam keadaan yang stabil. Kami sekeluarga doakan pakndak kuat semangat lawan penyakitnya. Amin.

Berkenaan kasut. Haha. Mimin ni tak se"ladies" kawan-kawan yang lain. Mimin jenis apa yang ada mimin guna jee. Bila memerlukan baru terhegeh-hegeh nak p cari. haha. Konon konsep cermat dan jimat. lebih kurang laaa. haa

CABARAN 30 HARI | HARI 13 : 5 BLOG KEGEMARAN

Assalamualaikum w.b.t


Malas nak cerita panjang lebar. Antara blog kegemaran Mimin
1. Aina Roseberry
2. Fizgrapic
3. Blog Kerana Manisnya Epal
4. Diarisifroggie
5. PCL

CABARAN 30 HARI | HARI 12 : 5 WISHLIST MIMIN

September 12, 2014
Assalamualaikum w.b.t


Siapa tak ada permintaan dalam kehidupan dia, memang dia sangat pelik orangnya, Sebab setiap manusia yang ada di dunia ingatkan kehidupan yang sempurna dan menginginkan sesuatu untuk puaskan hati sendiri. Bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri. Tanpa ada paksaan atau keganasan yang terzahir. Berikut adalah 5 wishlist mimin
PERTAMA mimin impikan kehidupan yang dapat membantu orang tua Mimin. Lagi pun makin hari bukan mereka makin muda. Takkan selamanya nak biarkan mereka kerja sepanjang hayat dia. Yang ni mimin akan usahakan,
KEDUA mimin nak biaya segala keperluan adik angkat mimin yang Abdul Hamid Rashid. Mimin tak nak dia tersisih atau merasakan kekurangan. hee, maksudnyaa senarai untuk buat perjanjian dengan diaa memang panjang lebar. belum lagi ceramah dari mimin, Haha, tuu semua untuk kesedaran. bukan senang nak dapatkan kesenangan.
KETIGA wajib majukan business family. Chayookk!
KEEMPAT habiskan degree dengan jayanya. Hopefully. Taknak menyusahkan ibu lagi. haihh. banyak pengorbanan dia.
KELIMA dapat tunaikan Haji untuk diri sendiri dan ibubapa angkat mimin. Mak dah pergi, insyaallah umrah lagi sekali kan. hehe

CABARAN 30 | HARI 11: KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK

September 11, 2014
Untuk cabaran kali ni mimin terpaksa hold. Busy sangat. Hehe....

CABARAN 30 HARI | HARI 10: APA YANG ADA DALAM HANDBEG ANDA

September 10, 2014
Assalamualaikum w.b.t


CABARAN 30 HARI | HARI 10: APA YANG ADA DALAM HANDBEG Mimin. Mimin ni sebenarnya bukan laaa penggemar pakai beg segalanmya ni. Selalu kena marah sebab tak pakai beg. Lepas tuu banyak kali tercicir. Handfon setakat ni hp touch light pernah hilang masa sem 4 kat dalam wayang. Tourist  dari mana tah yang jumpa. jujur dia dapat bagi balik kat mimin semula. Bab IC jangan ceritalah. so far dah 3kali mimin buat IC. haha. hilang pertama tuu terselit kat katil -..- kedua kena curi dengan Indon kat Airport Solo. Duit, pernah jugak hilang. tapi tak pernah jejak puluh-puluh, Alhamdulillah. Dah kerja ni wajib adaa laa kan beg. Itu pun atas ihsan dari Kakak, 

Dalam beg tu mimin letak

  • Resit, invoice, slip
  • Duit, IC, Lesen kereta, kad-kad point (mesra, smile, Tesco)
  • Gel Gamat   
Tu jee lahh,yang lain takyah tau... hehe

CABARAN 30 HARI | HARI 9 : 5 LELAKI MENARIK PERHATIAN MIMIN

September 9, 2014
Assalamualaikum w.b.t

CABARAN 30 HARI | HARI 9 : 5 LELAKI MENARIK PERHATIAN MIMIN. Cabaran untuk hari ni macam desperate sangat. haha. Rasa macam kelakar laa pulak. Nak senaraikan. Kang pakwe pakwe stalk kecik hati depa. ehh ! haha. gurau gurau.

Actually Mimin confused dengan tajuk kali ni. Tapi Mimin betulkan baliklah. Bagi nampak specific. Disebabkan Mimin belum kahwin atau bertunang. 5 lelaki menarik perhatian Mimin sepanjang hidup Mimin:

  • Adam Bin Marop. Tentulah apak Mimin. Apa yang tertarik dengan arwah apak ni, dia berjaya buat keluaran enam puteri yang cantik molek. hehe. Bukan tuu je, dia gigih kerja untuk mencari rezeki yang halal di menara MIDF sampai hingga nyawa dia terakhir walaupun dia tahu dia daa tak larat kerja yang ditanggung terlampau berat untuk dipikul sama dengan kesihatan dia tak stabil. Kalau Mimin tahu siapa boss apak ni, siaplah dia. Dia juga gigih kumpulkan anak-anak dia yang banyak merantau time raya. Ye lah, Mimin dari baby duduk dengan makcik sebagai anak angkat dia. Lepas tu, adik-adik yang Layla Witra dengan Syakila, apak hantar belajar sampai kat Indon. Kakak-kakak Mimin yang Dahlia, Dalila dan Atiqah dah berkeluarga. Lagi sayu hati buat mimin tertarik dengan apak, bertahun-tahun dia tahan sakit dan mampu tersenyum untuk anak-anak dia dan cucu dia. Semoga apak tenang di sana ye. Al-fatihah.



  • Sallehuddin Bin Ab Rashid, merangkap pada ayah angkat Mimin. Menariknyaa perhatian mimin bila dia sangat ambil berat terhadap sakit mimin, makan minum mimin, keselamatan mimin. Dia the best. nak descibe nanti penat pulak korg nak baca.
  • Abdul Hamid Rashid Sallehuddin Bin Abdullah, Dekat gambar atas ni dia yang kecik sekali. Adik angkat mimin. Mamet ni orangnya tabah. Tahun ni ada bagi tahu secara formal yang dia anak angkat tapi dia steady. Tak memberontak dan menerima seadanya. Lagi yang tertarik memori kepala dia sangat awesome. Setakat ni almari piala dia yang monopoli -..- Semua piala tu terdiri dengan pertandingan hafazan yang diwakli oleh dia, dituruti dengan kedudkan dalam kelas dan tekwando dia. Dia manja gilooo dengan mimin. hehe. lagi lagi time dia nak pawww mimin. haha.

  • Dasuki Wazein Islam Bin Mohd Rafizi. Haa, yang ni pulak cucu lelaki pertama dalam keluarga Hj Adam. Huihh ! taktergambarlah sayangnya kami dengan wazein ni. huhu

  • Mohamad Arif Akmal Bin Sa'yon, yang pandai amik hati mimin. kahkahkah! Tertarik dengan dia sebab kepandaian dia dalam akademik. Last Sem masa dekat poli, dia langsung tak study. yang dia tahu jawatan yang dia sandang. Penasihat Akademik merangkap mama pun dok bebel bebel dia. dia langsung tak peduli. haha. tapi dia dapat score untuk last sem tu. The best bro. Semoga cepat dapat kerja. Dia pun.. resume dia tak laku bak hang. haha. senasib...



CABARAN 30 HARI | HARI 8 : 5 LAGU KEGEMARAN MIMIN

Assalamualaikum w.b.t

CABARAN 30 HARI | HARI 8 : 5 LAGU KEGEMARAN MIMIN. Cabaran kali ni ter Miss sikit. Mimin terlupa nak update. Bukan terlupa. Ada banyak urusan hari tadi. Bila sampai rumah terlupa ada pakaian belum sidai. Siap sidai, lipat baju yg dah kering. Bila daa keluar cerita MY HEART2, baru laaa recall ada benda x buat lagi. huhu. Mimin tak berapa fanatik bab bab laaguni, sebab mimin suka buat lagu sendiri. Haha. itu semua sebab tak hafal lirik. Memori loss agaknya. 

Antara lagu yang Mimin suka:

  • Kimia (cover by NajwaLatif) yang  original x berapa best.
  • Kau Pergi Jua by Iamneeta
  • Cuba Teka by Tasha Manshahar & Syed Syamim
  • Be Mine By Tasha Manshahar & Syed Syamim
  • Setelah Kau Tiada by Cakra Khan

Ni semua lagu peberet mimin. Lagunya kalau perhatikan lagu yang mimin suka semua smooth. Tak menjerit.Haha, Sebab apa tuu tak pasti. Tapi best. hee ;)

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

September 8, 2014
Assalamualaikum,



[Siapa nak join sila tekan banner di atas]

Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers 

CABARAN 30 HARI | HARI 7: SEJAUH MANA PENDIDIKAN PENTING DALAM DIRI SENDIRI

September 7, 2014
Assalamualaikum w.b.t

CABARAN 30 HARI | HARI 7:  SEJAUH MANA PENDIDIKAN PENTING DALAM DIRI Mimin. Memang tak boleh nak sangkal kalau pendidikan penting dalam kehidupan. Sampai sekarang Diploma Mimin tak laku laku ni, Hantar resume sana sini depa dok senyap takde khabar berita. Nak jadi cerita laa ni kena kerja dengan kakak sendiri, huhu. Tapi takpe . Mimin x anggap benda tuu beban selagi ianya rezeki yang Halal. 




Okay, kat sini Mimin keliru sikit dengan tajuk ni. Nasib baik ada blogger tegur. hehe. so, pendidikan amat penting. Kenapa penting? Dari segi perbualan kita dapat menilai tahap pendidikan seseorang itu. Pendapat mimin lagi, pendidikan juga dapat mengubah cara hidup kita sedia ada. betul tak. err, salah ke?

Cabaran 30 Hari | Hari 6 : Apa Yang Mimin Makan Hari Ini

September 6, 2014
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni punya task tak berapa nak mencabar. Sebab bab makan ni benda fav Mimin. Semua orang pun daa nampak hasil daripada "suka makan" kat Mimin ni. Naik, semua naik. haha. Hari ni makan simple. Tapi banyak kali makan. Haha. Ishh, memang payah lee sebut pasal makanan ni.



Hari ni Mimin punya breakfast merangkap lunch. Cabonara.
Sedap memang sedap. Kalau makanan ala Italy ni cepat lapar balik. mihmihmih. Lepas makan pergi jumpa supplier, jumpa customer terus shoot p Eheh Bazaar. Tengok ramai peniaga Online buka Booth. confirm rambang mata uoolssss.. haha.
Macam macam jual naaa, memang cuci mata betulbetul. tak lepaskan peluang. haha
Kat sana pun mimin makan lagi. nyummyyy.. sedaap Nutella Pod ni.


Haa ! tuu jee laah mimin makan untuk hari ni. Tak berapa nak healthy sangat. hehe..



CABARAN 30 HARI | HARI 5: 3 PERKARA YANG INGIN DIKATAKAN KEPADA BEKAS KEKASIH

September 5, 2014
Assalamualaikum w.b.t

CABARAN 30 HARI | 3 PERKARA YANG INGIN DIKATAKAN KEPADA EX . Tengok laah cabaran kali ni. Semalam kemain terpinga-pinga nak update apa untuk cabaran semalam. Kali ni mesti bercurah-curah Idea nak kasi up untuk cabaran hari ni. haha. Kalau senarai 50 agak-agak mesti ramai sahut cabaran ye tak. haha..


Untuk ex zaman sekolah dulu:
  • Walaupun kita tak bertegur sapa sekarang, tapi Mimin still mengikuti perkembangan semasa. 
  • Cuba laa wish sikit birthday aku oi, Takkan lupa terus kott. haha
  • Kenapa kita tak boleh bertegur sapa? ibarat macam musuh pulak. Sampai sekarang tertanya-tanya kenapa.. hmm
Untuk ex sebelum zaman study:
  • Semoga Muhamad Syamil ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan terlepas dari azab seksa kubur-NYA. Al-fatihah.
  • Saya memang tak percaya awak pergi dulu masa tuu, sedangkan ramai ucapkan takziah kat wall awak, Sampai saya jumpa artikal berkenaan awak kat Utusan Online. Jodoh pertemuan semua ditangan-Nya, dia bijak mengatur langkah segalanya.
  • Saya masih nak awak kotakan janji utk nyanyikan lagu yg awak petik guitar sendiri masa birthday saya. Alaahh,, time awk kena marah dengan GF awk tuu, haha. Dalam mimpi pun jadilahh . haa. semuanya mustahilkan. takpee. Semoga awak tenang di sana. Al-Fatihah..

Okay, tu sahaja. macam berat daa dilepaskan pulak. Bagus cabaran ni. Walaupun dia tak tau. tapi dah luahkan. yee tak. 

Giveaway Blogwalking bersama Mamaniza.com

September 4, 2014

Assalamualaikum

Dengan ini, dilancarkan Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com

Bermula 9 pagi 1 September dan akan tamat pada 12 malam 10 September 2014

Tujuan giveaway ini :  Untuk memperkenalkan blog-blog baru dalam dunia blogging serta dapat juga menambah rakan-rakan baru dalam list follower anda. 

Sila FOLLOW BLOG mereka :


Sila LIKE PAGE mereka :


Sila FOLLOW IG mereka :
[nor_farihan] [aimimiddleton] [shidaradzuan] [ct aman] [huda] [asha]

Senarai Hadiah :
Goodie Beg - 40 pemenang (Mama)
Top up RM 10 - 9 pememang
Top up RM 5 - 5 pemenang
Wang Tunai RM 30 - 2 pemenang
Dish Wash Concentrate Shaklee - 1 pemenang
Potrait - 2 pemenang
Novel - 1 pemenang
Shawl - 5 pemenang
Fridge Magnet + Bookmark LE - 3 pemenang
Button Bagde + Bookmark LE - 2 pemenang
Agent Dorship Sophie - 20 pemenang
Brooch - 2 pemenang
Header Blog - 1 pemenang
Keychain - 1 pemenang
Buku Motivasi - 1 pemenang
Coin Purse dan Bookmark - 5 pemenang
Nota : Diharap semua peserta dapat memenuhi syarat yang ditetapkan, dan enjoy blogwalking oke!

Okay, dengan ini Mimin rasmi join GA dari mamaniza.com ni. wish me luck uolls ;)

Cabaran 30 Hari | Hari 4 : Buku Kegemaran Saya

Cabaran 30 Hari | Hari 4 : Buku Kegemaran Saya. Memang mencabar betul cabaran untuk hari ni kan, pasti ramai yang tengah recall buku  kegemaran memasingkan. haha.. Sebab Mimin pun tengah tercari-cari buku apa yang Mimin suka baca. Maka teringatlah buku yang Mimin pernah dapat semasa konvokesyen bulan 3 hari tuu.

 

Buku ni buku motivasi diri untuk melangkah kaki ke alam pekerjaan. Banyak tips yang boleh diguna pakai, Mimin dapat buku promo jee, Actually buku ni tebal. Ada banyak level macam dalam gambar kat atas tu. So, siapa siapa boleh memiliki buku ni untuk jadikan pembakar semangat untuk melangkah kerjaya,

CABARAN 30 HARI | HARI 3 : SESUATU YANG MENGUATKAN ANDA

September 3, 2014
Assalamualaikum .

Cabaran 30 Hari | Hari 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Anda | Walaupun dah terlewat dua hari, Mimin tetap nak sahut cabaran dari seorang ahli dari kelab ben Ashaari ni. hehe.


Sesuatu Yang Menguatkan Mimin sampai Mimin berdiri semula bila terjatuh, tersungkur, tergolek adalah mereka di atas ni banyak menyokong Mimin secara langsung dan tidak lansung dalam kehidupan seharian Mimin ni. Pahit Manis Asam Garam dalam kehidupan Mimin banyak lalui bersama mereka semua. Tak ada sesiapa yang dapat gantikan mereka semua ni. Kalau ada pun mestilah tak samakan. Bila arwah ayah Mimin meninggal pada 14hb Okt 2013, secara tak langsung telah membangkitkan kami adik beradik susah senang sentiasa bersama. Okay itu sahaja untuk hari ni :)



Powered by Blogger.
Back to Top