CABARAN 30 HARI | HARI 5: 3 PERKARA YANG INGIN DIKATAKAN KEPADA BEKAS KEKASIH

September 5, 2014
Assalamualaikum w.b.t

CABARAN 30 HARI | 3 PERKARA YANG INGIN DIKATAKAN KEPADA EX . Tengok laah cabaran kali ni. Semalam kemain terpinga-pinga nak update apa untuk cabaran semalam. Kali ni mesti bercurah-curah Idea nak kasi up untuk cabaran hari ni. haha. Kalau senarai 50 agak-agak mesti ramai sahut cabaran ye tak. haha..


Untuk ex zaman sekolah dulu:
  • Walaupun kita tak bertegur sapa sekarang, tapi Mimin still mengikuti perkembangan semasa. 
  • Cuba laa wish sikit birthday aku oi, Takkan lupa terus kott. haha
  • Kenapa kita tak boleh bertegur sapa? ibarat macam musuh pulak. Sampai sekarang tertanya-tanya kenapa.. hmm
Untuk ex sebelum zaman study:
  • Semoga Muhamad Syamil ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan terlepas dari azab seksa kubur-NYA. Al-fatihah.
  • Saya memang tak percaya awak pergi dulu masa tuu, sedangkan ramai ucapkan takziah kat wall awak, Sampai saya jumpa artikal berkenaan awak kat Utusan Online. Jodoh pertemuan semua ditangan-Nya, dia bijak mengatur langkah segalanya.
  • Saya masih nak awak kotakan janji utk nyanyikan lagu yg awak petik guitar sendiri masa birthday saya. Alaahh,, time awk kena marah dengan GF awk tuu, haha. Dalam mimpi pun jadilahh . haa. semuanya mustahilkan. takpee. Semoga awak tenang di sana. Al-Fatihah..

Okay, tu sahaja. macam berat daa dilepaskan pulak. Bagus cabaran ni. Walaupun dia tak tau. tapi dah luahkan. yee tak. 

6 beleter:

Anizz Annisa said...

sedih plak. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan org2 beriman... al fatihah.. dan mimin, semoga bahagia bersama arip... #ehh.. hihihi

Teja Evalea said...

Mst terkejut kan.. ada hikmahnya

Dkna Abza said...

Wah... senarai tu hehehe

yaya_flanella said...

InsyaAllah akan dtg yg lebih baik :)

Cik Sue said...

Alfatihah ,semoga dia aman di sana

Nazlee Ismail PCL said...

Wahh sweet memories. Dgn arwah.tubterharunya pcl..alfatihah utk arwah.

Powered by Blogger.
Back to Top