HARI YANG PENUH DENGAN KEJUTAN

October 14, 2014
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, Mimin tarik nafas lega siapkan 2nd Giveaway. Tahniah kepada pemenang. Yang menang tak menuntut hadiah tu, Mimin minta maaf. sebab pihak dalizgrafix hanya menerima sehingga hari Ahad lepas. Ayoo awak -awak semua. Kenapa tak tuntut. Rugi betul. Bukan senang nak dapat barang free. 

Kepada pemenang Mimin, Mimin mohon maaf sebab delay ambil details awak-awak semua. Bukan Mimin sengaja nak buat macam tu, Situasi tak benarkan Mimin. Minggu lepas banyak pekara berlaku. Mimin terpaksa ulang alik Batu Pahat > Selangor sehingga tiga kali atas dasar keadaan pakcik mimin yang kritikal masa tu. Kali terakhir bila sampai je Selangor, Mimin dikejutkan dengan berita pemergian Pakcik Mimin kerahmatullah. Allah lebih sayangkan Pakndak. 


12 beradik kini tinggal 11 beradik, sangat terasa kehilangan arwah pakndak. Dia alami kencing manis pada awalnya, Lama juga dia menghidap penyakit tersebut. Sebelum masuknya bulan September dan dimasukkan ke hospital Muar atas sebab rawatan hemodalisis B.  Pada raya Aidiladha (Hari lahirnya), Pakndak nampak sihat. Menghiburkan 11 adik beradiknya dengan lagu Zaiton Samion. Pada hari tersebut, Pakndak makan semahu-mahunya. Kek secret recipe pun dia makan. Akibatnya, keesokkan harinya dia ditahan wad. Tambahan lain, dia kena serangan Jantung secara tiba-tiba. Mungkin penat. Sebab pihak hospital Muar tidak menerimanya dan dihantar ke Hospital Batu Pahat. 

Selama seminggu, Pakndak kena tahan wad. Pihak hospital tak dapat lakukan rawatan seperti pesakit lain. dan menerangkan penggunaan darah khinzir untuk membantunya. (tak berapa faham). Adik beradiknya lain, tak sanggup kalau darah tersebut mengalir dalam darah pakndak. Dan redha berlaku apa yang bakal terjadi. Pada hari Jumaat, Pakndak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pakndak pakcik paling sempoi dan kuat semngat pernah mimin jumpa. Semoga Pakndak ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta terlepas dari azab siksa kuburMu. Al-Fatihah.  

6 beleter:

Mila Hilas said...

semoga pak ndak mimin tgolong dikalangan org2 beriman

yang baik Ishak said...

semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang2 yang beriman. AlFatihah buat Pak Ndak Mimin. Semoha mimin tabah dan kuat semangat.

Diana Rashid said...

akak ada sms alamat kat min hari tu. dapat ke tidak ye..tak de reply apa pun..

Diana Rashid said...

kat no tel 0177499932 tu la.

aRz MoHa said...

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. takziah diucapkan. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang briman

first time singgah sini
done follow

acik watie said...

Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..

Powered by Blogger.
Back to Top