Berita | Budak rahsia kena rogol

January 30, 2015
Berita | Budak rahsia kena rogol

SELANDAR -  Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dirogol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan lanjut semalam.

Difahamkan sebelum kejadian mangsa yang bakal menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika di sekolah sebelum pihak sekolah membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Selandar.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kelmarin.

Menurutnya dalam laporan itu, mangsa yang berusia 12 mendakwa dirogol seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri mangsa.

“Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa disahkan mengandung 7 bulan,” katanya

Hasil daripada laporan itu polis menahan seorang warga emas di kediamannya di Selandar pada hari sama laporan diterima.



-Tak ada hati perut betul atuk dia ni rogol cucu umur 12. Mesti cucu dia ni dah akil baligh sampai disahkan mengandug 7 bulan. 7 bulan okay! bukan 7 minggu. Kisannya budak ni.-

5 beleter:

Nelly Sapri said...

Gila r..7 bulan kot..pelik kan..smp 7bulan br terbongkar..mak bapak dia xnmpk perubahan ke..

Najib Ariyan said...

Salam kenal dan salam singgah

Hmmmm 63 tahun...?? kejam nya.... nak rotan pun dah tua sangat...

Nazlee Ismail PCL said...

Bila nafsu menguasai diri..; risau dengan sikap binatang yg ada pada manusia . Na'uzubillah, semoga allah melindungi kita semua.

aishah nin said...

Macam-macam kes sekarang ni ;(

Ngeri jadinya!

nayfatimah rasyid said...

org tua nak mampus ;)
rejam jew sampai mati

Powered by Blogger.
Back to Top