BERITA | Pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap GST


BERITA | Pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap GST | Assalamualaikum.

 

Kuala Lumpur: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyarankan kerajaan agar mengkaji semula pelaksanaan GST pada 1 April ini atau akan kehilangan undi untuk PRU akan datang. Menurut Tun M apabila dikenakan lebih banyak cukai terhadap rakyat maka harga barang sudah semestinya akan naik. "Adalah menjadi hak rakyat untuk bertindakbalas atau memberitahu kerajaan jika mereka tidak mahu lebih banyak cukai dikenakan." "Merujuk kepada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bulan depan, katanya, terpulang kepada rakyat untuk memberitahu kerajaan sekarang bahawa mereka tidak akan dipilih semula jika lebih banyak cukai dikenakan," kata bekas Perdana Menteri. Watch "Batalkan GST atau hilang undi, kata Dr Mahathir" on YouTube - Batalkan GST atau hilang undi, kata Dr Mahathir.

Nak komen, nak bersuara memang tak dapatlah Menteri-menteri yang bijak ni nak mendengarnya. Macam angin sepoi-sepoi tengah lalu jee. haha. Kalau suara rakyat tak mahu dengar. Minta sangat-sangat dengar Bekas Perdana Menteri kita ni bersuara. 

10 Comments

  1. kan., sebenarnya aku xder maslah pun dengan gst nih., tp ape jaminan krjaan bhwa perniaga yg dikenakn gst xkn menaikkan hrga barang.,

    ader eloknya klu kita mkn kangkung jer pas gst ni., err kangkung murah kan., huhu

    ReplyDelete
  2. biar apapun kata menteri terbabit pasal GST yang tidak membebankan walhal lebih menguntungkan, harga barang pasti naik

    ReplyDelete
  3. tak pandai jugak nak komen lebih lebih pasal gst ni

    ReplyDelete
  4. Belum apa lagi tambang bas teksi keretapi dan lain2 dah naik ni kan ...lps gst nanti siang2 lg kedai2 dah bagi tahu semua barang akan di naikkan. Susahnya hidup penuh dgn cukai sana sini..kasihan pd mereka yg gaji kecil dahlah susah bertambah2 lagilah susahnya..gst..ganyang sampai telingkup..itulah nasib rakyat malaysia..

    ReplyDelete
  5. Masa ramai tinggal dlm kemah pasal banjir aritu..gst pulak mari....duduk kl 3 ribu mcm 3 ratus jer.semua benda naik ..lani gegula hacks 5 biji 50posen. Najib pk la sikit org kat bwh nie hoi.

    ReplyDelete
  6. Dulu yg senang je byr cukai lani miskin ..fakir...pun kena.nasib.nasib.

    ReplyDelete
  7. Kalau GST ni bagus zaman tun lagi dah buat lagipun pemerintah sekarang bukan dari golongan miskin tak macam zaman tun yg berniaga di pekan rabu alor setar bapa beliau bukan dari golongan kaya tapi cuba lihat zaman sekarang latar belakang mereka asal usul mereka sebab tu tiada peminpin berjiwa rakyat kecuali tun mahazir ,fikirlah demi untk masa hadapan pilih peminpin yg boleh bantu rakyat bukan sebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman tun dulu populasi warga asing terkawal. kalau check populasi sekarang warga asing sudah 2 kali ganda melebihi kaum india. warga asing majoriti berpendapatan rendah..tetapi pada masa yang sama membeli beras minyak gula dan lain lain keperluan rakyat malaysia yang disubsidikan pada harga YANG SAMA dengan rakyat malaysia. dan jangan lupa mereka mereka ini membawa penyakit tibi. malaria memenuhkan klinik hospital kerajaan. mereka juga bergaduh dan membawa jenayah sosial ke malaysia. sepatutnya penylesaian yabg betul mereka ini dihantar balik ke negara asal masalah baru timbul jika dihantar balik siapa yang nak gantikan tmpat mereka? so x nak pening kepala GST. duit dari GST ini akan menampung balikk kos kos yang saya katakan tadi. berita baiknya rakyat malaysia mencapai 30juta (termasuk warga asing) dan collection dari GST ini dianggarkan berbilion.

      Delete
  8. Respect pandangan Tun M..
    Dia still ambil berat tentang Malaysia.. :)

    ReplyDelete