Berita | Minyak adalah faktor perlaksanaan GST

April 10, 2015
Berita | GST Jadi Sumber Pendapatan Tambahan Negara Yang Terkesan Oleh Kejatuhan Harga Minyak, Najib | ikuti berita selanjutnya.

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) — Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dibuat pada masa yang tepat kerana ia merupakan satu sumber pendapatan tambahan kepada negara ketika kejatuhan harga minyak dunia memberi impak negatif ke atas pendapatan dan dividen petroleum.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada masa yang benar-benar sesuai untuk melaksanakan GST, namun kejatuhan harga minyak dunia menjadi antara faktor yang menyebelahi langkah kerajaan untuk memperkenalkannya.

Katanya kerajaan telah membuat persediaan yang begitu lama untuk GST, sejak tahun 80-an lagi, dan ia bukan satu perkara baharu.

“Bila harga minyak jatuh, bermakna harga petrol dan diesel juga jatuh, yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Jadi, kita laksanakan (sekarang), dari segi makronya, sesuai masanya, di mana kerajaan perlu kepada punca kewangan tambahan berikutan hasil dividen daripada Petronas akan berkurangan apabila harga minyak jatuh, jadi amat sesuai kita perkenalkan (GST) sekarang.

Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama Hamdan Ahmir dalam program Edisi Khas Soal Jawab TV3 yang disiarkan malam ini.

pm1
DS NAJIB DI Edisi Khas Soal Jawab TV3
Najib berkata kerajaan juga telah memilih lebih daripada 4,000 barangan perkhidmatan dan keperluan rakyat, sama ada diberi kadar sifar atau dikecualikan daripada GST, langkah yang hanya dilaksanakan oleh Malaysia.

Katanya GST merupakan penggantian kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan bukan cukai tambahan yang disalah ertikan oleh rakyat.

Selain GST, Najib berkata kerajaan juga telah menambah nilai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), di samping mengurangkan cukai peribadi antara satu dan tiga peratus dan cukai korporat sebanyak satu peratus.

“Jadi, (ini adalah) pakej, jika kita lihat keseluruhannya, yang tidak membebankan rakyat, kerana kita nak pastikan perlaksanaannya (GST) dari segi penguatkuasaan.

“Kalau ada pihak yang membuat aduan, ia bukan kerana GST sebenarnya, tetapi pihak peniaga, yang mengambil kesempatan dan (sesetengah) peniaga yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Najib memberi contoh beberapa syarikat besar yang memberi jaminan mengekalkan harga selepas perlaksanaan GST seperti Giant dan Mydin, di samping penurunan harga sesetengah barangan lain seperti kereta.

“Yang kita mahu, penguat kuasa ambil tindakan ke atas peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.

“Kalau pihak itu sepatutnya tidak mengenakan GST, tolong laporkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, di sinilah letaknya kuasa pengguna. Kita mesti tahu bahawa kita ada kuasa,” katanya.

Perdana Menteri berkata rakyat boleh memilih untuk tidak mengunjungi kedai-kedai yang telah mengambil kesempatan ke atas perlaksanaan GST dan menyalahkan pihak kerajaan di atas kenaikan harga barang.

Beliau juga berkata pengguna harus melaporkan kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Gunakanlah kuasa sebagai pengguna, lambat-laun, mereka yang mengeksploitasikan keadaan ini akan kehilangan pembeli,” katanya.

Pelaksanaan GST adalah sebahagian daripada program penyusunan semula cukai oleh kerajaan ke arah menjadikan sistem percukaian lebih cekap, berkesan dan telus.

Ia menyaksikan Malaysia menyertai lebih 160 negara di dunia melaksanakan GST, termasuk tujuh negara ASEAN – Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura, Vietnam, Kemboja dan Laos.Malaysia melaksanakan GST dengan kadar enam peratus iaitu kadar paling rendah dalam kalangan negara ASEAN.
Ketahuilah, GST sangat membebankan pengguna yang berpendapatan rendah. Setakat RM300 setahun, buat taik gigi pun rasanya x sempat ada taik gigi terus kena hadam balik gara-gara ikat perut semua barang dikenakan GST-mimin

16 beleter:

Zaidalifah Hussin said...

GST oh GST...

DRAMATIC UNIQ said...

hehehehehheee...
kelakarlakar la berita niii... :p

"lahir dalam dulang emas" boleh la cakap...

anajingga said...

malas nak komen dah kan Mimin bab GST ni... so sad :(

sufi said...

semua orang tengah pening dgn GST..cukai yg sebenarnya x perlu di jalankan;-(

Nik Ainaa said...

xtau smpai bila gst ni bertahan. hmm...

syira yaya said...

GST yg peningkan orang.

ejulz said...

GST? Ermmm.. no komen.. hehe


Jemput Join ek.. :) "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei"

zuhdi sanusi said...

mnyusahkan

Akif Imtiyaz said...

Takleh nak kata gapo dah hehehe..GST GST

Nazlee Ismail PCL said...

tak reti komen bab GST nih...dah ramai yg mentafsirkan baik buruknya. Terkesan jugak lah..

Nurul Shahira said...

Hurmm. Dah tak boleh nak elak GST. Cuma kita kena jadi pengguna bijak T_T

ejulz said...

Jemput singgah sini k. tq "Hati Perempuan"

Jemput Join ek.. :) "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei"

sayidah napisah said...

GST dan GST dan lagii

Eny Abdullah said...

betul GST mmg membebankan T__T

Husein Rider said...

GST. Golongan Susah Tertindas.

Btw, jom baca entri terbaru saya mengenai GST. Kali ni dari berlainan konsep.

aRz MoHa said...

Gst membebankan golongan berpendapatan rendah

Powered by Blogger.
Back to Top