Buah Mangga Harum Manis

May 14, 2015
Buah Mangga Harum Manis | Assalamualaikum w.b.t . Pernah dengar mangga harum manis? pernah makan mangga harum manis? Minggu lepas, ayah angkat Mimin ikut trip ke FAMA Perak. Angin segar membawa aroma harum di Perlis, ia sebenarnya membisikkan petanda bahawa musim harumanis telah bermula. Seperti musim-musim panen yang berlalu, banyak pelancong “harumanis" tiba di negeri paling utara ini sebaik musimnya bermula pertengahan April dan berakhir awal Jun.

Mereka bukan sekadar ingin menikmati keenakan harumanis yang baru dituai dari ladang malah untuk membawanya pulang sebagai ole-ole istimewa bagi sanak saudara dan rakan. Perlis adalah satu-satunya negeri pengeluar harumanis di negara ini dan ia bermusim hanya sekali dalam setahun. Selepas berakhirnya musim tuaian, para penggemar harumanis terpaksa menunggu setahun lagi untuk menikmati keenakannya.
nyum nyum.. Isi dalam mangga harum manis

Antara lokasi utama yang sering menjadi tumpuan orang ramai setiap kali tiba musim harumanis ialah Bukit Bintang, Paya Kelubi dan Chuping. Biasanya orang ramai melihat keistimewaan harumanis kerana aroma dan keenakannya namun sebenarnya buah itu begitu kaya dengan vitamin antioksidan seperti vitamin C dan E. Selain itu, ia juga dikatakan mempunyai serat yang membantu sistem pencernaan dan larut dalam air dan baik untuk mengawal paras kolestrol selain mencairkan kahak.

Sebenarnya, tidak ramai yang tahu atau bertanya mengenai khasiat harumanis kerana kebanyakan pembeli hanya ingin memburu keenakannya meskipun terpaksa berbaris untuk membeli. Di restoran serta warung, para penggemar buah itu kadang-kadang terpaksa menunggu giliran yang lama bagi menikmati hidangan harumanis yang disajikan bersama pulut atau dibuat jus. 

Ketika permintaan harumanis terus meningkat, masalah yang sedang dihadapi oleh pengeluar harumanis termasuk para pengusaha kebun persendirian ialah untuk memenuhi permintaan para penggemarnya. Ini kerana saban tahun permintaan terhadap harumanis begitu tinggi berbanding keupayaan pengeluarannya yang hanya sekitar ratusan tan metrik sahaja setiap musim.

Seperti musim sebelum ini, banyak yang hampa kerana tidak dapat membeli harumanis berikutan banyak buah yang masih bergantungan di atas pokok telah ditempah lebih awal termasuk secara dalam talian. Para peniaga telah membuka tempahan itu seawal 1 Mac lepas bagi memastikan mereka yang membuat tempahan awal mendapat mangga yang harganya paling mahal itu apabila penuaiannya bermula April. 

Harga yang ditawarkan oleh seorang peniaga bagi empat kilogram harumanis yang ditempah secara dalam talian untuk Semenanjung Malaysia ialah RM100 berdasarkan harga RM25 sekilogram. Jika dicampur dengan kos penghantaran sebanyak RM38 menjadikan kos keseluruhan RM138 dan empat kilogram harumanis hanya sesuai untuk hidangan antara satu dan tiga orang.

Bagi cadangan hidangan untuk lebih 20 orang, peniaga itu mencadangkan pembelian 30 kilogram harumanis pada harga RM750 manakala kos penghantaran sebanyak RM158 yang menjadikan keseluruhan kos RM908.

Susah nak dapatkan kat Johor >.< Stock yang ayah bawak balik dah habis ..


10 beleter:

Siti Rohaida Yusof said...

uih..mahal jugak kan...tapi puas hati la kalau sedap

Nik Ainaa said...

baru je tadi beli buah mangga utk cikgu2. hehe

shamiera osment said...

mahalnya kan...nak makan mangga beratus-ratus harga..nangis...

ewento marcello said...

sedapnya...terliur

✿ Ina Ainaa ✿ said...

Mahal jugakkk.. tapi kalau manis lemak berkrimmm puas hati!!! dulu pernah beli kat perlis, deiiii tawarrr! dah la mahal

Fendi Rocka said...

dulu blaja kat perlis,dah puas makan.

anajingga said...

memang sedap buah mangga ni, feveret kak ana Min .

DRAMATIC UNIQ said...

adoiiiii.. best nya kalau dapat tu Mimin oiiii... :)

suhaila Johar said...

bestnya..tgk dah terliur..bila nk boleh rase tah..

Mama Niza said...

teringinnya nak rasa..

Powered by Blogger.
Back to Top