Review | Kisah Seram Jalan Puncak Alam

May 21, 2015
Kisah Seram Jalan Puncak Alam  | Assalamualaikum w.b.t. Kisah misteri Jalan Puncak Alam sudah difilemkan dan sudah ditayangkan di pawagam. Mimin kalau citer seram Malaysia memang nak amik tau. Macam unik macam tu. Tapi, nak tengok kat pawagam nantilah.. tunggu cerita keluar kat Tv. hikhik. Apa pun cuba baca ulasan akhbar Sinar Harian.

Jalan Puncak Alam, simpan kisah misteri
Salah satu babak yang diselitkan dalam filem tersebut.
UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam merupakan antara kampus terbaharu UiTM yang telah memulakan operasinya secara rasmi pada 1 Jun 2009.

Sebelum pembinaan kampus ini, UiTM telah menubuhkan kampus yang berdekatan dengan kawasan ini iaitu UiTM Kampus Puncak Perdana.

Kawasan ini lebih sinonim dengan golongan pelajar walaupun ada beberapa kawasan perumahan baharu telah diperkenalkan kepada penduduk di kawasan berdekatan.

Namun ketika itu, jalan untuk menuju ke kampus berkenaan masih sunyi sehingga mengundang beberapa kisah-kisah seram yang dikongsi oleh pengguna jalan berkenaan.

Menyedari kisah-kisah yang pernah menghantui pengguna jalan berkenaan boleh dijadikan karya yang diangkat ke layar perak, syarikat produksi, Mangkin Prestij Sdn Bhd, tampil dengan filem terbaharunya, Jalan Puncak Alam yang bakal ditayangkan mulai 7 Mei ini.

Memberi kepercayaan penuh kepada pengarah baharu, Dharma Aizat, dalam membawa penceritaan ini kepada penonton, Jalan Puncak Alam sememangnya ada misteri yang tersendiri.

Menurut pengarah filem Ia Wujud ini, tidak dinafikan, jalan ini adalah laluan yang sunyi dan menyimpan pelbagai kisah seram yang tersendiri.

"Idea menghasilkan filem ini adalah daripada pihak produksi. Namun, untuk memecahkannya kepada beberapa kisah itu adalah tanggungjawab saya sendiri.

"Untuk menghasilkan filem ini, saya mengumpul beberapa kisah dan bertanya sendiri kepada pengguna jalan tersebut yang terdiri daripada golongan pelajar dan penduduk di situ.

"Pelbagai kisah yang mereka kongsikan dan saya adunkan dalam satu filem ini. Namun yang pasti, Jalan Puncak Alam adalah salah satu jalan sunyi yang ada misterinya," katanya yang sebelum ini bertindak sebagai pembantu pengarah, Pierre Andre.

Tambah Dharma, beberapa insiden seram telah berlaku kepada pelakon dan kru produksi di sepanjang proses penggambaran mereka di sana.

"Ketika menjalani penggambaran berkenaan, tiba-tiba pelakon, Nizam Zaidi, hilang kawalan emosi dan saya sedar, itu bukanlah sikap sebenar Nizam. Dia tidak dapat memberi fokus kepada watak dan emosinya terganggu.

"Begitu juga dengan pelakon cilik yang memegang watak sebagai hantu budak, dia turut berdepan gangguan.

"Apabila kami mahu 'shoot' di kawasan tasik, dia menolak dan asyik memandang ke arah itu. Kami juga turut membawa ustaz ke lokasi.

"Kemudian, dia bercerita kepada ibu dan bapanya yang dia ternampak susuk badan budak kecil di dalam tasik berkenaan. Namun, saya tidak menceritakan perkara itu kepada kru kerana bimbang mereka ketakutan. Selepas siap semuanya, baru saya buka mulut," katanya yang terpaksa menukar babak lain ekoran keengganan kanak-kanak itu.

p/s: Okaylah. Hari ni Mimin nak blogwalking entri Kisah Jalan Puncak Alam jee. Sambil tunggu customer masuk ni. huahua

8 beleter:

Mar Mansor said...

seram..macam tak pernah pula dengar kisah seram dari kawan-kawan dulu

Zizie Zack said...

dorang shoot kat jalan yang lalu puncak perdana ke ni? situ memang keras.. masa saya study kat PALAM, bas lalu jalan lain.

Inani Hazwani said...

Ayooo banyak pulak cerita hantu sekarang

ewento marcello said...

erkk....budak tu mcm ju on

Tetamu 89 said...

ramai yg kata ,kat jalan puncak alam tu tempat Alltantuya mati dibunuh..

anajingga said...

seram tengok gambar tu Min, :)

aRz MoHa said...

macam menarik ja cerita ni

sayidah napisah said...

baru tgk beberapa hari yg lepas. tak seram sgt pun huhu

Powered by Blogger.
Back to Top