Review Nota Purba | Penuh Misteri

Review Nota Purba | Penuh Misteri | Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Exchange Feed Group atau dikenali sebagai EFG. Dari entry sebelum ni, Mimin ada memberikan pengenalan apa itu EFG. Ada yang sudah mengenali apa itu EFG. EFG merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog melalui perkongsian feed link di blog yang terlibat. Setiap blog yang menyertai EFG secara langsung pautan feed blog mereka akan terpapar di blog lain mengikut jadual yang dipersetujui. Ini bermaksud pertukaran yang membantu meningkatkan trafik blog secara sihat melalui ukhwah blog atau blogwalking dan mempelajari teknik untuk meningkatkan prestasi blog ahli.

logo rasmi EFG
Bermula hari ini, setiap seorang ahli akan direview. dan insan pertamayang bertuah untuk direview adalah blogger yang menetap di Selangor.

FENDI ROCKA. 
Fendi Rocka atau gemar dipanggil FR, pemilik blog yang misteri ini menggarapkan hasil tulisan yang berseni lantaran dari sifatnya yang menyerupai seorang anak seni yang mengacarakan rancangan Melodi di TV3 iaitu Awal Ashari.

Blog beliau "Nota Purba" pasti akan menjadi salah satu blog yang anda tidak lupa untuk singgah. Sebab apa? Yang tu anda kena pergi sendiri ke blog Fr. Satu entry sahaja sudah cukup untuk menjawab persoalan di atas.
FR, EFG , #exchangefeedgroup
Fendi Rocka
Blog yang jauh dari gosip-gosip liar. Nota Purba berkisar tentang apa yang terjadi kepada penulis itu sendiri di dalam kehidupan seharian. Jika di lihat dari mata kasarnya dan di baca dari nalurinya, pasti pembaca di luar dapat merasakan aura di sebalik pemilik blog Nota Purba yang penuh misteri.

Nota Purba, FR, EFG, #exchangefeedgroup
Sikacak ^.^

Fr merupakan ahli EFG yang ke 24 daripada 41 orang ahli EFG. Walaupon EFG mempunyai ramai adik-beradik, Fr sangat disayangi dan disenangi oleh semua adik beradik EFG. Fr yang kuat mengusik itu mengeratkan hubungan kami semua bagaikan sebuah keluarga besar yang bahagia di alam maya.
Kata-kata kekuatan FR dalam hidup adalah "Move on!"
Fr seorang yang kelakar. Pasti semua terhibur bila ada fr. EFG sudah menemuramah Fr secara maya dan jawapan bagi soalan di bawah ini dah boleh memberi clue siapakah Fr sebenarnya. 

"Chemistry adalah bila mata kita saling berpandangan, timbul buih-buih cinta, dan common sense mula keluar dari kepala, kat situ kimia jahat memainkan peranan. ulang 50 kali utk cukupkan 200words.", Fr.
Blog Nota Purba
Url : http://notapurba.blogspot.com
Ahli ExchangeFeedGroup

19 Comments

  1. memang penuh mister like his writing..hehe

    ReplyDelete
  2. Entry FR buat pcl banyak fikir, jiwa muda barangkali..jauh beza dgn pcl ni .

    ReplyDelete
  3. cubaan sel2 puitis mula masuk ke dalam ruang kosong di pojok minda saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cam saya dah baca komen ni di blog saya.. haha

      Delete
  4. memang misteri orangnya.. jom kita bongkar ^_^

    ReplyDelete
  5. FR yang kelakar... tp misteri hahahhahaha

    ReplyDelete
  6. nota purba yang misteri ttp tak jemu membaca sebab ia mencuit hati..

    ReplyDelete
  7. Kegelapan BLOG FR mencerminkan kepurbaan nota yang ditulisnya.., Namun, kepurbaan notanya membawa 1001 nilai yang berharga..

    ReplyDelete
  8. Kegelapan BLOG FR mencerminkan kepurbaan nota yang ditulisnya.., Namun, kepurbaan notanya membawa 1001 nilai yang berharga..

    ReplyDelete
  9. Banyak entry yang membuatkan kita berfikir sejenak. Good read, good blog, good person :)

    ReplyDelete
  10. penulisan yang kreatif yang menarik perhatian saya ke blog nya Nota Purba

    ReplyDelete
  11. Entry yang bersahaja, suspens dan mencuit hati menarik sesiapa sahaja untuk membaca blog Nota Purba... Semoga Fr diberi idea yang banyak untuk terus berkarya dan mewarnai dunia blogger...

    ReplyDelete
  12. Entry yang bersahaja, suspens dan mencuit hati menarik sesiapa sahaja untuk membaca blog Nota Purba... Semoga Fr diberi idea yang banyak untuk terus berkarya dan mewarnai dunia blogger...

    ReplyDelete
  13. blogger FR yg penuh misteri~ *bca dgn nada menakutkan*

    ReplyDelete
  14. jangan biarkan diri anda diselebungi misteri...

    ReplyDelete
  15. Hehehe fr mmg misteri adoiimisteri sangat..

    ReplyDelete
  16. penulisan yang tak jemu dibaca :)

    ReplyDelete
  17. Blog nota purba memang misteri tapi terbaikk ! ;)

    ReplyDelete