Selamat Menyambut Hari Jururawat (12 Mei 2015)

May 12, 2015
Selamat Menyambut Hari Jururawat (12 Mei 2015) kepada seluruh warga jururawat seluruh Malaysia - "Nurses A Force of Change: Care Effective, Cost Effective"




Hari Jururawat Antarabangsa ialah sambutan tahunan yang diadakan pada setiap 12 Mei untuk menghargai sumbangan para jururawat terhadap masyarakat. Idea tentang sambutan hari ini pertama kali muncul pada tahun 1953 apabila Dorothy Sutherland, seorang pegawai di Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mencadangkan agar presiden Dwight D. Eisenhower mengisytiharkan "Hari Jururawat" Bagaimanapun sambutan rasmi yang pertama hanya mula diadakan oleh Majlis Jururawat Antarabangsa (MJA) pada tahun 1965.
 
Pada bulan Januari 1974, keputusan telah dibuat untuk mengadakan sambutan pada 12 Mei sempena ulang tahun kelahiran Florence Nightingale yang dianggap pengasas kejururawatan moden. Setiap tahun, MJA menyedia dan mengedarkan kit Hari jururawat antarabangsa yang mengandungi bahan pendidikan dan maklumat awam untuk kegunaan jururawat.
 
Pada tahun 1999, kesatuan pekerja awam British UNISON mengundi agar MJA mengubah tarikh sambutan ke hari lain, kerana menurut mereka Nightingale tidak mewakili kejururawatan moden.

Florence Nightingale


 


Florence Nightingale ni adalah seorang jururawat orang Puteh ( English Nurse ). Beliau ni dikenali sebagai “The lady with the lamp” , maksudnya “Wanita bersama dengan lampunya”, kalau dalam bahasa Melayu lah. Lebih kurang lah tu. Kenapa?

Pada zaman perang Crimean dalam tahun1854, Beliau selalu melawat pesakit pada waktu malam dengan lampunya untuk melihat askar-askar perang yang cedera yang memerlukan bantuan. Lebih kurang macam buat ward round lah di hospital. Sebab tu di panggil Lady with the Lamp.

                            

Apa sumbangan Florence dalam bidang kejururawatan?

Florence telah memperkenalkan jururawat-jururawat wanita dalam perang ketika perang crimean di Turkey.

Pada tahun 1860, Florence juga telah menubuhkan sekolah jururawat di St Thomas Hospital di London. Beliau telah menghasilkan ramai nurse-nurse yang membantu dalam proses kejururawatan. Florence juga adalah seorang penulis dan telah menulis sebuah buku yang bertajuk "Notes on Nursing" iaitu buku pengenalan tentang kejururawatan yang mengandungi 136 muka surat.

Florence juga adalah seorang yang berpengetahuan dan dia juga seorang pakar statistik. Beliau telah menjalankan beberapa kajian dan menerbitkan lebih 200 laporan dan pamplet tentang pelbagai isu kebersihan, pengurusan hospital dan kesihatan. Dan banyak lagi sumbangan beliau…
“The lady with the lamp”
Florence Nightingale telah meninggal dunia di bilik tidurnya di 10 South street, Dauk Lan, London pada usia 90 tahun pada 13 Ogos 1910. Sempena Mengingati Jasa Florence, 12 Mei di jadikan sebagai Hari Jururawat sedunia.

5 beleter:

safurara said...

hai mimin, akk dtg ni.hehehehe.akk x smepat lg nk BW.blog mimin cantik lahhh~

YieN said...

thanks 4 sharing.. baru tau ni, hehe~

Karya Mahirah said...

klu mcm ni KM kena kasi kad kat nurse g jaga KM siang malam kat hosp hari tu...

Amy J said...

wow, siap ada tugu tu. x sangka tu nama gelaran dia eh...

anyways, selamat hari jururawat untuk semua jururawat di dunia :)

Akif Imtiyaz said...

Wah ..tak perasan la pulak hehe..

Powered by Blogger.
Back to Top