TAHNIAH | Keputusan JDT VS Balestier Khalsa 12 Mei 2015 Piala AFC

May 13, 2015
Keputusan JDT VS Balestier Khalsa 12 Mei 2015 Piala AFC | Perlawanan keenam saingan piala AFC 2015 pada 12 Mei 2015 menyaksikan pertembuga kumpulan F menyaskikan pasukan JDT VS Balestier Khalsa FC di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos larkin, Johor jam 8:45 malam. Siaran langsung perlawanan piala AFC ini turut disiarkan secara langsung di saluran Media Prima TV9 bermula jam 8:30 malam. 

Untuk info, pada perlawanan kelima sebelum ini iaitu pada 28 April 2015, JDT telah menewaskan East Bengal dengan jaringan 1 – 0 dan kemenangan itu menempatkan pasukan JDT di tangga teratas kumpulan F dengan 12 mata. Untuk keputusan perlawanan JDT VS Balestier Khalsa di Stadium Larkin, berikut adalah keputusan perlawanan.  

Pemain Balestier Khalsa FC, Hanafi cuba mengeluarkan bola dari kawasan golnya sambil diasak beberapa pemain JDT pada perlawanan kumpulan F Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin malam Selasa.



Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) melengkapkan aksi terakhir kumpulan F Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan bergaya setelah membenam wakil Singapura, Balestier Khalsa FC 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, di sini, malam Selasa. Kemenangan tersebut menyaksikan skuad 'Harimau Selatan' muncul juara kumpulan F dengan kutipan 15 mata daripada enam perlawanan.

Pasukan JDT yang sudah mengesahkan kejayaan lebih awal ke pusingan kedua pada 28 April lepas, terpaksa menunggu pada minit ke-75 untuk membuka tirai jaringan menerusi Mohd Safee Sali hasil tendangan percuma Mohd Nazrin Mohd Nawi. Skuad kendalian jurulatih dari Argentina, Mario Gomez itu menambah jaringan kedua pada minit ke-85 menerusi perancang tengah, Safiq Rahim yang memanfaatkan hantaran lintang Mahalli Jasuli.


Penyerang import JDT, Luciano Gabriel Figueroa mengesahkan kemenangan skuad 'Harimau Selatan' pada minit ke-89 selepas percubaan beliau terkena pemain pertahanan pelawat sebelum menerjah jaring. JDT dijadual bertemu naib juara kumpulan H pada pusingan kedua di gelanggang mereka pada 27 Mei ini.

Kelab Liga Super Indonesia, Persib Bandung dan Ayeyawady United FC dari Myanmar akan membuat perhitungan di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, Rabu, bagi menentukan juara dan naib juara kumpulan H. Dalam pada itu, wakil dari Hong Kong, Kitchee SC berjaya mengiringi JDT ke pusingan kedua kejohanan dengan kutipan 11 mata walaupun seri 2-2 menentang kelab dari India, East Bengal pada satu lagi perlawanan kumpulan F di Stadium Mongkok, Hong Kong.
Tahniah Johor Darul Takzim 



3 beleter:

ewento marcello said...

ale ale....

Akif Imtiyaz said...

Tahniah

aRz MoHa said...

tak sangka mimin peminat bola juga rupanya

Powered by Blogger.
Back to Top