Adikku Semakin Membesar

June 5, 2015
Adikku Semakin Membesar | Assalamualaikum w.b.t | Abdul Hamid Rashid Sallehuddin. Nama cukup tua kalau cuma sebut nama je. Padahal umurnya baru mencecah 11 tahun. Adik merangkap adik angkat Mimin.  Walaupun sekadar kakak, menjaga dirinya sangat mencabar minda. 

Panjang akalnya. Ada saja perkara yang dilakukannya. Tak senang duduk. Perkara terkinj dia tunjukkan bakat mencukur rambutnya sendiri. Katanya nak buat style M. Aduhai dik ! Tak payah bujang sangat laa dik kalau tidur masih mintak teman.


Bukan tu je, dia ada akal nyorokkan kerja sekolah yang dia tak siapkan atau tak suka cikgu yang mengajar dia. Dia tersangatlah pandai masa kecik-kecik. Tapi, pengaruh rakan sebaya buatkan perbuhan dirinya sebegini rupa. Membesar dengan baik ye dik !

1 beleter:

Cikgu Norazimah said...

budak memang cepat membesar, cn pun tak sgka adik bongsu dah form 3 thn ni, rasa mcm baru semalam dia baru belajar berjalan

Powered by Blogger.
Back to Top