FoodHunter | Luggage Cafe, Batu Pahat

June 1, 2015
FoodHunter | Luggage Cafe, Batu Pahat | Assalamualaikum w.b.t. Kat Batu Pahat ni ada apa? Apa yang menarik dekat Batu Pahat melainkan ada nama kampung banyak Parit. Sebenarnya, Batu Pahat banyak sangat tempat yang menarik yang belum pernah Mimin selongkar. Almaklumlahh... Mimin zaman sekolah terperap kat asrama, lepas tu bila zaman belajar lebih banyak kat Melaka. Haaa, sebulan berapa kali je balik Batu Pahat. 

Pedamping 3 malam
Minggu ni tak keseorangan kat rumah. Ada teman gosip mak jemah malam malm. Bila dah lapar, apa lagi cari tempat yang boleh boncitkan perut ni. Cari punya cari, Luggage Cafe jadi pilihan malam ni. Mana nak dapat makanan western bawah RM10? Lamb Chop + meat ball + air (2) jumlah makan malam ni hanya RM21. Wahh ! Jimat tak jimat tak. 
Lamb Chop RM11.90
Kedai makan ala Hipster ! alahaiii. terinagat aku kat Abang Lan  dengan projek hipster dia. Berdekatan dengan Luggage Cafe, kelab kopi adalah sasaran Mimin akan datang dengan kelab gosip di waktu berbuka nanti. Tapi sekarang Kelab Kopi dah pindah jauh sikit dari Luggage Cafe ni

10 Meet ball RM5.90
Siapa mai Batu Pahat, jangan lupa mai Luggage Cafe ye ! Sedap pun sedap murah pun murah. Puas hati . Kalau siang-siang teringin nak makan western food, boleh pergi kat Taman Universiti Parit Raja. 


Lokasi : Jalan Md Akil, Batu Pahat, Johor. 
Hubungi 0178860073 (Mr. Hans)
Facebook : Luggage Cafe
Instagram : @Luggagecafe
Waktu Operasi : 6 petang sampai tutup





3 beleter:

Cikgu Norazimah said...

wah, nampak menggoda

fatynatyra :) said...

dekat mana ek cafe ni

Cikk Mimin said...

@fatynatyra :) cafe ni area batu pahat. Landmark berhadapan B&S hotel.

Powered by Blogger.
Back to Top