Zikir Tarawikh

June 17, 2015
Zikir Tarawikh | Assalamualaikum w.b.t | Pejam celik pejam celik akhirnya berpeluang lagi kita menyambut bulan Ramadhan bulan yang mulia. Malam ni kita dah boleh start tarawik ! Taaazzaaabaarrnyaaaa.


Solat tarawih hanya dilakukan pada malam bulan Ramadhan sahaja. Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan (Qiyam Ramadhan) ialah solat Tahajjud atau ‘shalatullail’ (solat malam)yang dilakukan pada malam-malam bulan lainnya.


Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.

Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT.

Jesteru itu Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja.

2 beleter:

Farah Waheda Wahid said...

selamat menjalani ibadah puasa dan salam ramadhan mimin...

✿ Ina Ainaa ✿ said...

InshaAllah kita usaha untuk berterawih setiap malam.. mudah mudahan Allah permudahkan

Powered by Blogger.
Back to Top