Kemalangan Maut | Bekas Pelajar SMK Seri Gading

July 30, 2015
Inalillaiwainalillahirojiun. Seorang lagi rakan mimin sama sama kat sekolah seri gading pergi menghadap Illahi. Damailah kamu di sana. Allah amat menyayangimu kawan. 
Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian. 







Batu Pahat: Dua beranak masing-masing berusia 52 dan 21 tahun maut selepas Proton Wira dinaiki mereka dirempuh sebuah lori simen di Jalan Parit Karjo, di sini, petang tadi.

Kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa, Mesran Isnin, 52, dan anaknya, Muhammad Shahril Azam, 21, maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata, kejadian berlaku sewaktu kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan dari pekan Sri Gading ke Senggarang

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu Mesran secara tiba-tiba terbabas lalu memasuki laluan bertentangan sebelum dilanggar oleh sebuah lori simen.

"Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa terperosok di bawah lori berkenaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami pendarahan serius di bahagian badan.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat, manakala pemandu lori yang mengalami kecederaan kaki dan badan dirawat di hospital sama," katanya.


Sumber: harian metro-facebook

4 beleter:

sa'adah by atiehilmi said...

kemalangan tu mungkin menjadi penyebab sahaja.. ajal nya memang dah tertulis.l sama2 la kita mendoakan yang baik2 untuk arwah.. al fatihah..

Mama Myja said...

sedih dan takut nak tengok gambar2 tu semua.
dijemput memeriahkan segmen mamamyja.

SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA

aswaleyla said...

ya Allah teruknya remuk .

kisah earty said...

innalillahwainnalillahirojiun..moga tergolong dalam golongan beramal soleh..

Powered by Blogger.
Back to Top