Kenapa Tunku Mahkota Johor Tuku Ismail Sultan Ibrahim Meletakkan Jawatan?

July 14, 2015
Sumber malaysiakini
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletakkan jawatannya sebagai presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) pada jam 5 petang tadi.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Kehormat persatuan bolasepak Negeri itu Mohd Fahmy Yahya dalam Facebook rasmi pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Johor Southern Tigers.

Namun tidak dinyatakan dengan jelas mengapa peletakkan jawatannya dibuat secara mengejut.

Dalam kenyataannya, Mohd Fahmy berkata Datuk Ismail Karim selaku setiausaha kerajaan negeri dilantik menggantikan baginda sebagai presiden Persatuan Bolasepak negeri itu yang baru.

"Bagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan.

"Segala perancangan jangka masa panjang dalam sukan bola sepak Negeri Johor termasuk dari segi infrastruktur dan segala yang berkaitan akan tetap dilaksanakan," kata Mohd Fahmi.

5 beleter:

PeRdU cINta said...

sedih..tapi mungkin TMJ nak buat pembaharuan..

muhammad nizam said...

deme orang johor ke

Ika said...

Eh, nak letak jawatan dah.

LOTUS said...

wooow..

LOTUS said...

woow..

Powered by Blogger.
Back to Top