Berhenti kerja untuk memulakan perniagaan

August 18, 2015
Berhenti kerja untuk memulakan perniagaan | Persepsi setengah orang yang bekerja yang ingin mulakan perniagaan, mereka mesti :-

  1. Berhenti kerja serta merta untuk bisnes full-time - Ini tidak benar
  2. Mesti mulakan dengan modal duit yang besar - Ini tidak benar
  3. Kena ada kedai fizikal - Ini tidak benar
  4. Kena keluarkan produk sendiri- Ini pun tidak benar
  5. Kena mengadap bisnes 24-jam- Ini pun tidak benar. 

Janganlah fikir macam tu, cuba ikut cara Azizan Osman ni

  1. Jangan berhenti kerja jika baru nak mula berniaga melainkan anda memang kena buang kerja atau anda memang telah mempunyai simpanan yang cukup untuk "survive" kos sara hidup dan komitmen bulanan anda untuk sekurang-kurangnya 6-bulan sehingga 12-bulan. 

  2. Teruskan bekerja sambil buat sedikit "research" apakah produk atau perkhidmatan yang orang perlukan samada di pejabat, di media sosial atau di kejiranan anda. 

  3. Mulakan bisnes sampingan anda samada dengan memasarkan produk atau perkhidmatan orang lain

    contoh menjadi ejen atau pengedar produk atau servis orang lain atau dengan menawarkan perkhidmatan menggunakan bakat, pengalaman, ilmu ataupun kelebihan diri anda.

    Contoh:
    Mengajar tuisyen subjek2 yang anda mampu ajar dirumah pada hujung minggu atau perkhidmatan anda ialah menguruskan atau menawarkan guru-guru tutor yang anda boleh pasarkan home tuisyen di mana anda tidak perlu mengajar tapi pasarkan perkhidmatan tersebut dan aturkan guru-guru untuk mengajar. Anda akan letakkan harga yuran/jam atau satu subjek dan bayar sebahagiannya kepada guru tuisyen tersebut. Ini contoh #1. 

    Contoh lain ialah anda mungkin bagus dalam bidang pengurusan akaun dan percukaian, maka anda tawarkan perkhidmatan tersebut kepada usahawan-usahawan kecil yang tidak mampu lagi membayar gaji penuh akauntan dan anda caj kadar perkhidmatan yang tidak membebankan. 

    Perkhidmatan mengurut tapak kaki, perkhidmatan gubahan bunga, perkhidmatan tempahan kek adalah contoh-contoh perkhidmatan yang anda boleh jadikan perniagaan permulaan tanpa anda perlu tahu buat tapi anda perlu tahu pasarkan produk atau perkhidmatan tersebut. 

    Contoh lain yang bagus ialah memulakan dengan menjadi perunding takaful, perunding kewangan ataupun Real Estate Negotiator. Tapi pastikan ada disediakan latihan yang bagus.

  4. Mulakan bisnes tanpa kedai. Anda bagus mulakan melalui FB, InstaGram, Twitter dan melalui rakan-rakan dengan gunakan WhatsApp atau SMS dan lain-lain. Gunakan teknologi dan media sosial sebagai alat untuk "buat duit" dan bukan tambah dosa atau perkara sia-sia! 

  5. Jangan mulakan bisnes dengan meminjam bank apatah lagi jika jumlahnya besar! 

6 beleter:

PeRdU cINta said...

Nice sharing mimin..menjadi rujukan untuk kita semua..

che mid said...

Assalamualaikum sis..memang tepat sekali. Ada RM atau modal saja bukan bermaksud boleh buat bisnes dan terus berjaya. Ramai yang silap faham..

Amanda Suria said...

Nice sharing Mimin..betul tips2 tuh..walau apa pun plan jangan buat keputusan mendadak..slowly...

rubiah kadir said...

Bgs sharing mimin ni...

Hidup skrg byk sgt tekanan melalui kewangan..sara hidup tinggi..so nk xnk..kita pandai amik peluang &ruang..

Boleh buat duit melalui fb,ig,blog yg xpakai kos yg tinggi..cm kak DAO tulah

Sapa2 yg ade kepakaran..xkira la ape pun..kek ke..kuih muih ke..skrg da mcm trend dah..sampai boleh COD..

Hehehe..sebab ruby suka beli kek yg COD..

Nur Arifa said...

betul tu ....kena fikir sebelum bertindak dan jangan fikir sekali buat bisnes terus berjaya ....kena fikir pro n cons

Farhain Azmi said...

tips yg berguna mimin..akk pn pnah rasa nak berhenti keja..tp husb nasihat suh keja jg smbil2 bt bisnes

Powered by Blogger.
Back to Top