Kembara Mahkota Johor 2015

August 11, 2015

Kembara Mahkota Johor 2015 | Alhamdulillah Mimin berpeluang tahun ni tengok jelajah Mahkota Johor depan mata semalam. 




Temtatif Kembara Mahkota johor

Kembara Mahkota Johor kembali lagi dengan menyaksikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menjelajah seluruh negeri ini, bermula 10 hingga 13 Ogos ini.


Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim berkata, kembara yang sudah memasuki tahun ke-15 dan edisi ke-18 itu bakal membawa tema ‘Muafakat Bangsa Johor’.


“Objektif penganjuran Kembara Mahkota Johor kali ini adalah merapatkan hubungan antara rakyat, pemimpin dan Istana Johor.


“Pada masa sama, kembara kali ini mahu merapatkan perhubungan antara kaum yang ada di negeri ini,” katanya pada Majlis Pra-Pelancaran Kembara Mahkota Johor 2015 Bersama Media di Istana Pasir Pelangi di sini semalam.


Ismail berkata, kenderaan yang digunakan oleh Sultan Ibrahim pada kali ini adalah motosikal dan bas.


“Pada hari pertama, kedua dan keempat, Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan menggunakan motosikal, manakala hari ketiga menggunakan bas ‘Prevost Marathon’.


“Bas digunakan semasa melalui kawasan-kawasan bandar. Motorsikal pula digunakan semasa melalui kawasan-kawasan perkampungan di seluruh daerah,” katanya.


Beliau berkata, peserta Kembara Mahkota Johor 2015 terdiri daripada Sultan Johor sendiri selain Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta paduka-paduka anakanda.


Katanya, selain itu kerabat-kerabat, ahli Jumaah DiRaja, ahli perniagaan, pegawai kerajaan serta 10 wakil dari kaum Cina dan 10 dari kaum India.


“Majlis perasmian akan diadakan di Laman DiRaja Pontian pada jam 8 pagi, manakala pelepasan (flag off) sekitar jam 9 pagi.


“Bagi majlis penutup akan diadakan di Hutan Bandar Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah pada jam 3 hingga 4 petang,” katanya.


Ismail memberitahu Kembara Mahkota Johor 2015 akan melalui laluan-laluan kampung dan bandar dengan jarak keseluruhan iaitu 858 kilometer.


Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dato Dr Khairi Yakub berkata, bersempena dengan Kembara Mahkota Johor 2015, Sultan Ibrahim berkenan untuk memaklumkan kepada seluruh rakyat di negeri ini, telah wujudnya Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.


“Yayasan ini akan menyalurkan bantuan kepada rakyat Johor yang kurang berkemampuan untuk rawatan kanser.


“Terdapat juga gerai pameran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor dibuka di beberapa lokasi sempena kembara bagi meningkatkan kesedaran umum mengenai kanser selain beberapa aktiviti dan taklimat berhubung yayasan ini,” katanya.

3 beleter:

PeRdU cINta said...

Wah seronoknya..nak juga rasa suasana tu.,

adk dayah said...

teringinnya..macam best jer

sayidah napisah said...

wah bagusnya da kembara mcm ni :)

Powered by Blogger.
Back to Top