Kalkulator Ringgit Malaysia | Yang terburuk sejak krisis kewangan Asia 1997

August 12, 2015

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Kerajaan tidak merancang untuk menambat mata wang negara kerana percaya langkah itu bukan strategi terbaik dalam memulihkan semula kedudukan ekonomi Malaysia.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, sebab utama langkah tersebut tidak boleh dilakukan di negara ini kerana ekonomi Malaysia yang bersifat terbuka dan banyak menjalankan urus niaga perdagangan dengan beberapa negara luar.

Embedded image permalink
sumber google awal tahun 2015
Katanya, Malaysia bakal berhadapan dengan kesan buruk seperti kelembapan ekonomi sekiranya menambat mata wang negara berikutan tidak mampu bersaing dengan negara-negara lain dalam jangka masa panjang.

“Sebenarnya ter­da­pat beberapa fak­tor yang menjadi punca penurunan ringgit antaranya penurunan mendadak harga komoditi minyak mentah dan minyak sawit milik negara.

“Selain itu, tindakan pelabur-pe­la­bur asing yang menjual pelaburan jangka pendek ma­sing-masing di negara ini dan menukar kepada dolar Amerika Syarikat berikutan jangkaan peningkatan kadar faedah di negara itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Johari, berdasarkan statistik, harga minyak mentah misalnya menurun sebanyak 50 peratus daripada AS$100 (RM396.4) tahun lalu kini nilainya jatuh kepada AS$50 (RM198.21) setong manakala minyak kelapa sawit pula merosot ke paras sehingga RM2,000 bagi satu tan.

Katanya, berita dan khabar angin mengenai situasi politik negara turut menyumbang kepada kejatuhan mata wang negara kerana pelabur-pelabur asing dan usahawan luar tidak yakin dengan pelaburan Malaysia terutama di bursa saham.- See more at: 

Ikuti langkah-langkah berikut:
  • Masukkan jumlah yang hendak ditukar di dalam kotak "Amount". Sekiranya anda hanya ingin menyemak kadar tukaran mata wang, masukkan "1".
  • Klik pada kotak "FROM" dan pilih mata wang asal (contohnya Ringgit Malaysia)
  • Klik pada kotak "TO" dan pilih mata wang sasaran (contohnya Chinese Yuan Renminbi)
Mimin letak widget di sidebar untuk anda membuat pengiraan ----->

5 beleter:

adk dayah said...

kesian kezen dayah yang dekat jordan bila ringgit malaysia jatuh..hurmm

yoorin melacolea said...

teruk dah ekonomi negara sekrg ni..takut haihh tengok jatuh macam tuu.. baru plan nak pergi holiday kat bora bora island.. tak jadi lah gini.. hahahaha

yoorin melacolea said...

teruk dah ekonomi negara sekrg ni..takut haihh tengok jatuh macam tuu.. baru plan nak pergi holiday kat bora bora island.. tak jadi lah gini.. hahahaha

Hanis Amanina said...

utk tukar ke Euro pun dah mahal. T_T

baru few months lepas RM3.9 dah dapat 1 Euro. Skrg RM 4.3?? T_T

hanisamanina.com

sayidah napisah said...

good info kak mimin :)

Powered by Blogger.
Back to Top