Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari

Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari |  Tak boleh lupa, asyik teringat kat kepala Mimin ni nak cerita pasal Hari keluarga yang telah diadakan sepanjang 11 September - 13 September 2015 iaitu 3 Hari 2 malam di sebuah resort di Hulu Langat. 



Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari 

family day kbba
credit : Ida bahrum

Buat kali pertamanya Mimin join event Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari. Tak pernah jumpa semua, semua kenal dari alam maya je kecuali Mera Hussain. Tapi, semua boleh masuk ibarat dalam sebuah keluarga yang besar yang tak ada masalah. tak terasa tersisih sebagai ahli keluarga baru ^.^

11 September 2015 (Jumaat) | Datang agak lambat sikit. lebih kurang dalam pukul 4.30 petang sampai ke Resort Hulu Langat tu. Sampai-sampai sana eheeee ! segannyaaa macam nak masuk dalam beg baju jee rasanya. Apa pun cari Mera baru jumpa kak sue izza untuk buat pendaftaran dan dapat kunci bilik serta diagihkan kumpulan mengikut warna baju.

Aktiviti malam bermula pukul 8.00 malam untuk makan malam yang dijamukan makan ala-ala kampung. Sambil-sambil makan tu dengar depa karoke. Tak sangkat depa yang 'menyumbangkan' suara. semua ada bakat p Akademi Fantasia. Antara pesertanya, Yaya Cendana, Ayu Jean, Yanie, ABe Que, Kyle dan ramai lagi

12 September 2015 (Sabtu) |  Aktiviti seterusnya bermula seawal pukul 7.30 pagi selepas bersarapan kami semua berpoco-poco dan Flying Fox. Fuhh! dah lama tak berpoco-poco. haha. Tak ingat step langsung dah. Tapi sebelum semua tu, wajib laa kami berselfie.

Habis semua 43 orang naik flying fox terus makan dan rehat sementara tunggu pukul
2 petang untuk aktiviti seterusnya iaitu sukan rakyat. Sukan rakyat yang terbahagi kepada dua iaitu sukan darat dan sukan air. 

KBBA in group

antara sukan air
Malam kemuncak bagi yang ditunggu-tunggu oleh seluruh Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari dimulakan dengan makan malam, karoke bebas, cabutan bertuah dan Fire show. show habis kami malam tersebut. As usual my name really unlucky T.T so, neber mind n dungibap. hahaha. oh yee! tak lupa ada surprise birthday cake. Sedap jee kak uzu, okay laa tu. Cuma kek keluar lambat sangat laa kak uzu. Masing-masing kekenyangan. sayang betul kek tu. kalau disimpan kan bolehbawak balik makan.




Selepas semuanya untuk hari sabtu yang menyeronokkan, ada sesi suai kenal antara blogger otai dengan blogger fresshie. Mana yang baik di jadikan panduan yang mana yang kurang baik dijadikan sempadan. 

credit : kak rara

13 September 2015 (Ahad) | Pagi ni kita semua macam lambat sangat bergerak. hehe, Sebelum berzumba yang di mando oleh Razi, kita pekena makan sarapan nasi lemak dulu. Masa berzumba pagi ni memang had fun habis sambil sambil boleh kuruskan badan. Tapi mimin tak dapat follow sangat. Sebab tak nampak Razi buat. Razi terhalang dengan pokok-pokok yang ada kat atas pentas tuu.

Fuhh fuhhh ! Abang Ben. jom repeat Family day ni lagi. hehehe. Enjoy sangat. Kalau korang nak tengok gambar lagi banyak boleh tengok ke Instagram KelabBloggerbenashaari


Gambar-gambar yang awesome di ambil dari Kaio Studio.
Website:  Kaio Studio
Instagram: @KaioStudio
Google+ : +KAIO STUDIO 
Email: kaiocreativestudio@gmail.com 
Contact: +6017-2360967

6 Comments