Perbezaan Domain dan Hosting

September 6, 2015
Kenali perbezaan Domain dan hosting | Sempena Mimin dah bertukar ke domain sendiri hari ni atas bantuan Sayidah Napisah, jadi hari ini Mimin nak kongsikan dengan awak semua berkenaan dengan perbezaan diantara Hosting dan Domain. Mungkin ramai di antara awak semua yang sememangnya sudah mengetahui perbezaan ini. Kepada yang sudah tahu tu.. yang mana salah mintak tegur laa aeh.

www.com


HOSTING
Nak lebih senang faham, hosting boleh di  sewa atau beli. Hosting digunakan untuk anda meletakkan dan menyimpan kandungan blog anda, gambar-gambar didalam blog dan sebagainya.

Terdapat dua jenis hosting iaitu Hosting percuma dan Hosting berbayar. Untuk hosting percuma, anda boleh gunakan hosting yang disediakan oleh pemilik hosting seperti blogspot.com ataupun wordpress.com.

Beza hosting percuma dengan hosting berbayar ialah awk boleh lakukan apa sahaja dengan hosting berbayar tadi kerana anda telah menyewa atau membeli rumah tersebut. Dan anda boleh meletakkan apa sahaja didalam website atau blog anda selagi ianya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan dan tidak melebihi ruang atau saiz hosting yang telah anda beli tadi. 

Manakala untuk hosting percuma, website atau blog anda adalah dibawah kawalan dan seliaan pihak yang memberi pinjam hosting tadi. Dengan hosting percuma ini, website atau blog kita berisiko untuk dibuang atau didelete oleh pihak pemberi pinjam tadi.

DOMAIN

Domain pula ialah ibarat alamat kepada rumah atau hosting anda tadi. Terdapat dua jenis domain iaitu Domain Sendiri dan subdomain. Contoh domain sendiri ialah miminadam.com, miminadam.my dan sebagainya. 

Manakala contoh subdomain yang diberikan percuma oleh Blogspot dan Wordpress ialah miminadam.blogspot.com atau pun miminadam.wordpress.com.

Kepada sesiapa yang mahukan domain dan hosting sendiri, anda boleh beli di mana-mana syarikat hosting dan domain yang wujud di malaysia ni, contohnya NetKL dimana syarikat penyedia hosting ini menawarkan domain berharga RM 38.00 setahun siap pasang. Memang amat berpatutan. Untuk pengetahuan anda semua, mimin beli domain ini dari NetKL.

Credit: jamal

7 beleter:

Puan Wawa said...

Owh, tq mimin..")

Inani Hazwani said...

Tambah info baru :)

ruslanafiq said...

Tq kenalkan.. Boleh survey tu

Belang Tarung said...

gud info ni..igt nak buat domain jgk la

Nadia Johari said...

ilmu dikongsi bersama

Mama Myja said...

good info and nice sharing walaupun 2 perkara sahaja hosting and domain.

DRAMATIC UNIQ said...

hehehehe.. good info Mimin..
ingatkan domain dgn hosting sama je... :)

Powered by Blogger.
Back to Top