10 TIPS | Buang Rasa Nervous Ketika Presentation

October 26, 2015

DEFINISI NERVOUS | Skhuatir, gelisah, gentar, berkenaan dengan saraf

presentation

Pernah tak alami perasaan seperti ini ketika melakukan pembentangan dihadapan kelas? Mimin dari sem 1 sampai lah sem 6. Tak boleh nak lari dengan perasaan nebes ni masa buat perbentangan. Tabiat selalu bila dah kat depan mesti main hidung sendiri. hahaha. Ada jugak lecturer perasan tabiat mimin masa buat perbentangan.

10 tip boleh kongsikan supaya kita lebih yakin dan bertenang.

1) Fahami dan dalami slide yang bakal bentangkan. Kalau tidak keberatan, cuba berlatih buat presentation beberapa kali agar sebutan dan percakapan kamu jelas dan lancar.


2) Pakai pakaian yang  selesa dan kemas. Jangan jadikan ia sebagai peluang untuk kamu memperagakan fesyen dan gaya.

3) Perlu di ingat, tujuan utama yang harus kamu lakukan adalah untuk menyampaikan sesuatu maklumat pada pendengar. Jadi pastikan segala maklumat yang kamu masukan dalam slide ringkas dan mudah di fahami.

4) Minum air putih dan tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mulakan presentation. Keadaan ini akan membuatkan kamu lebih tenang dan berada dalam keadaan yang terkawal.


5) Cuba berlatih di hadapan cermin. Pastikan kamu bercakap dalam keadaan tersenyum bukan berkerut. Ini kerana, apabila kamu berkerut, kamu akan membuatkan penonton kamu rasa lebih tertekan dan tidak selesa dengan kewujudan kamu di hadapan mereka. Oleh itu, senyuman mampu membuatkan penonton memberi feedback yang positif.

6) Hati-hati, ada sesetengah pihak memang menunggu peluang untuk ‘menghentam’ kamu. Jadi cuba minimalkan segala kesalahan dan jika ada masalah yang timbul bertenang dan jangan terlalu panik.

7) Bagi sesetengah pihak, eye contact sangat penting saat membuat presentation. Tetapi, jika terlalu banyak membuat eye contact juga boleh membuatkan kamu hilang fokus dan rasa lebih gugup. Jadi, tiada salahnya jika kamu tetapkan satu titik fokus agar hilangkan rasa gugup.

8) Sesuaikan gaya bahasa kamu dengan penonton yang ada. Jika banyak golongan muda, pastikan bahasa yang kamu guna mudah di fahami dan lebih bersahaja. Jika banyak dewasa gunakan bahasa yang lebih formal dan teratur.

9) Ketika membuat presentation jangan lupa selitkan sekali elemen-elemen lawak dan mencuit hati. Jadi, penonton tidak akan bosan dan hilang minat mendengar segala maklumat kamu.

10) Jika kamu jenis yang gugup. Saat memberi ucapan / membuat presentation cuba gengam sesuatu seperti klip kertas, tisu, pen atau apa sahaja yang boleh membuatkan kamu rasa lebih yakin. Tetapi perlu di ingat, sebolehnya jangan sampai orang tahu yang kamu sedang menggengam sesuatu ya.


11 beleter:

Bonda Zahra said...

tips yang bagus.antara org y nervous depan orang ramai.hihi..

singgah & follow.salam perkenalan:)

aswaleyla said...

nice sharing k.mimin

tiga lalat said...

bagusnyer tip ;)

Emy Effendi said...

tipsss yg baguss ni.. haha
teringat zaman diploma.. masa present nevessss gila T_T

Melissa Muklis said...

nice tips!
boleh praktikan bila buat presentation nanti hehe

Maisarah Humaira said...

tips yg bagus ni

AziRahmanDot Com said...

dulu masa mula2 kerja..memang nervous bila kena buat presentation tp sekarang tidak lagi....tips yg mimin share tu memang berguna..

Azlinda Azman said...

akk dulu pun selalu ada perasaan mcm ni. tapi bila dah selalu buat presentation. alhamdulillah ok

✿ Ina Ainaa ✿ said...

Ena la tu antara suka nebes bila buat presentation.. Thanks mimin, boleh cuba try test ni

careno said...

Nice sharing...

Farah said...

Bestnyer min 10 tips ni...
rupanya minum air suam banyak-banyak dan tarik nafas dalam-dalam dapat redakan kegugupan dan darah gemuruh ya.

Good luck Min for your next presentation...:)

Powered by Blogger.
Back to Top