Agent PruBSN Takaful

Agent PruBSN Takaful |  Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Pernah dengar tak berkenaan PruBSN Takaful atau terlibat secara langsung atau secara tak langsung sebagai Agent PruBSN Takaful?

PruBSN TAKAFUL

Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) terbentuk daripada usahasama Prudential Holdings (Prudential) dan Bank Simpanan Nasional (BSN), dua syarikat yang kukuh dari segi kewangan dalam bidang pasaran dan kepakaran masing-masing. Di awal 2006,PruBSN mendapat kelulusan Bank Negara untuk menjalankan perniagaan Takaful.

Diasaskan pada tahun 1848, Prudential bermula sebagai menginsurans nyawa dan pencen utama di United Kingdom. Hari ini, berdiri sebagai kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar dunia. Melalui Prudential Asssurance, jenama Prudential telah betapak di Malaysia selama lebih 80 tahun. BSN yang ditubuhkan pada 1974, pada hari ini mempunyai 9 juta pelanggan, di uruskan oleh 5,100 pekerja , di 400 cawangan seluruh Negara. Ia adalah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan

Usahasama ini membentuk stuktur yang kukuh buat PruBSN dari segi kekuatan dan kekukuhan Prudential Assurance dalam penyebaran agensi, dan juga imej korporat BSN yang mengagumkan. Penjenamaan dan identity kedua-dua syarikat ini yang kukuh telah mencipta peluang yang besar dan luas untuk PruBSN meningkatkan perkembangan industri Takaful di Malaysia.

Perlu atau Tidak

Sebenarnya, mimin nak minta pendapat. Sekarang mimin freelance designer dekat satu company di bawah prudential. Rasa-rasa mimin rugi tak kalau mimin tak buat sekali sebagai agent pruBSN ni? atau pun, tak payah pun tak pe. Sebabnya, ramai jugak orang nak tarik mimin buat insurance ni. Tapi, Mimin masih tak sure nak buat ke tak.  Bukannya apa, mimin sebenarnya tak gemar nak cari customer. Lebih kurang MALAS laa nak mencari tuu... hehe

0 Comments