Gores dan Menang Tesco Ampang

November 22, 2015

Gores dan Menang

Tahun 2014, kejadian yang berlaku kat kakak mimin di Tesco Ampang. Di mana ada seorang lelaki berbangsa Cina menawarkan kakak min iphone 5s (masa tu baru keluar) dengan wang tunai. Jumlah dia min tak ingat dah. Kakak min boleh pulak terpedaya dengan cina tuu.   

Sebelum ni pernah terjadi kat ibu. Ibu terkena dekat aeon big Batu Pahat. Kejadiannya sama macam kakak kena. Di mana dia suruh gores dan kononya luck baik rini sebab menang. 

Tesco ampang


Yang bijaknya, dia nak pergi kat tempat dia.. tempat yang mana untuk collect hadiah tu. Dia naik kereta kita. 

Dalam kereta tu, lelaki cina tuu cerita laa itu ini itu ini laa kan. Sampai je dekat HQ dia, dia mintak kakak bagi dia deposit. Masa tu, kakak memang takde sen langsung. Sebab baru setup bisnes.  

Kebetulan mak follow kakak. Lelaki cina tu cakap, kalau kakak takde wang takpe laa. Mak pun boleh bagi duit deposit tu. Dalam masa sama, dia tunjukkan laa gambar gambar orang yang pernah terima hadiah hebat hebat. 

Mak pun cakap, yang mak takde cash dalam tangan. Masa tu, mimin dalam kereta.. tunggu anak buah mimin tengah nyenyak tidur. Lebih kurang sejam setengah, mak n kakak pun keluar dari bangunan tu. Eh! Cina lelaki tu masih follow lah. Pelik masa tuu. 

Rupanya, lelaki cina tu suruh mak keluarkan duit yang kat dalam akaun mak tuu. Tapi, mak request nak balik solat dulu. Dalam maksud lain, nak berfikir secara waras. Cina lelaki tu tunggu kat bawah je. 

Ingatkan taknak keluar dah dari rumah tu, tapi dia bantai call tak sudah sudah. Mak pun suh siap siap jugak lah. Pergi ke HQ RHB. Tempat kerja lama mak. Mak minta pendapat dengan kawan office dia. 

Alhamdulillah, kawan kawan mak tolong. Dengan minta tolong polis bantuan dekat HQ RHB. Secara tiba tiba cina tu hilangkan diri tanpa tinggalkan jejak sampai sekaramg. 

Syukur, kami bukan mangsa berjaya mereka. Tolong eh orang ramai. Alert dengan kes ni. Kes ni tak de la sampai viral. Tapi.. kalau tak hati hati susah jugak tau. Merana hidup. Polis pun takde tindakkn. 

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan sebarang tawaran yang diberikan kerana tiada apa yang boleh diperolehi dengan mudah di dunia ini.

2 beleter:

PeRdU cINta said...

Macam2 cara orang nak dapatkan duitkan..

aRz MoHa said...

Senang kata jangan harap pada sesuatu yang bernilai dapat dimiliki dengan mudah. Begitu juga program yang janjikan kekayaan

Powered by Blogger.
Back to Top