penjualan aset elektrik kepada syarikat asing (TNB)

November 25, 2015

Penjualan aset elektrik kepada syarikat asing (TNB)

Aduhai, Kerajaan Malaysia sekali lagi buat kejutan untuk warga Malaysia. 1MDB semalam mengumumkan penjualan aset penjana bebas (IPP) dibawah anak syarikat Edra Energy kepada konsortium China-Qatar yang akan memiliki 100% aset penjanaan.



PETALING JAYA - Langkah kerajaan menjual aset penjana bebas (IPP) milik anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada syarikat asing bertentangan dengan dasar negara.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, aset-aset strategik negara seperti penjanaan dan pembekalan elektrik tidak boleh jatuh ke tangan asing.
"Anak syarikat 1MDB, Edra Energy telah menjual IPP kepada konsortium China-Qatar yang akan memiliki 100 peratus aset penjanaan.
"Ia bertentangan dengan dasar negara kerana had pegangan ekuiti asing tidak boleh melebihi 49 peratus," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Terdahulu, Rafizi selaku Setiausaha Agung PKR telah memfailkan dua usul di Parlimen untuk menghalang daripada perkara tersebu berlaku.
Antaranya menghadkan bidaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada nilaian RM8 bilion bagi ekuiti Edra Energy untuk menghalang kerajaan daripada menggunakan syarikat TNB itu membayar hutang 1MDB.
Rafizi juga berkata, usul tergempar membincangkan keputusan menghapuskan had pegangan ekuiti kepada syarikat asing itu bagaimanapun ditolak Speaker Dewan Rakyat.
"Saya kesal kerana tiada seorang pun Ahli Parlimen dari Umno yang bangun mempertahankan hak TNB serta kepentingan strategik negara.
"Kegagalan mereka bersuara mengiyakan bahawa Umno tidak lagi peduli dengan kebajikan rakyat dan kepentingan negara," jelasnya.
Naib Presiden PKR itu turut melahirkan kebimbangan terhadap penjualan aset strategik itu jika tidak dibendung.
Antara risiko penjualan IPP itu ialah memberi kesan kepada kelangsungan dan kestabilan pembekalan elektrik tempatan; kenaikan tarif; kemasukan pekerja asing menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan; risiko lebih banyak kontrak IP diberikan kepada syarikat asing pada masa hadapan dan menjejaskan kedudukan TNB sebagai pembekal tenaga nasional.
"Kini kita terpaksa pasrah menerima keputusan songsang menggadaikan keselamatan dan kelangsungan pembekalan elektrik negara kepada syarikat asing demi menyelamatkan 1MDB," katanya lagi.

Walaweyhh ! macam duduk negara asing pulak sekarang ni, Sikit-sikit rakyat Malaysia takde hak dalam negara nya sendiri. wallahualam. Semoga diberikan penjelasan sewajarnya dari pihak terbabit.

4 beleter:

Haffizul Iskandar said...

uishh!! Dah kenapa nie! huhuhuhu

Kim Chaa said...

Syukurlah Malaysia masih aman .. hmmm *moga Malaysia dilindungi dari tangan tangaan zalim *

shameel Iskandar said...

Rakyat bakal terseksa

Puan Wawa said...

Ya Allah.. Smg Allah lindungi rakyat malaysia

Powered by Blogger.
Back to Top