3Bskin | Masalah Anda , Penyelesaian Kami

Pemilihan pencarian Duta 3Bskin bagi peringkat terakhir

Masalah Anda, Penyelesaian Kami | Seramai 100 peserta yang terpilih akan diberikan sampel percuma. Pemilihan peringkat terakhir akan diadakan pada 15 Desember – 31 Desember 2015. 3 jenis sampel dari 7 jenis produk 3B Skin akan diberikan sebagai percubaan. Sampel bagi produk tersebut ialah “ Detox mask, Hydrating mask, and Scrub Mask”. 

Pencarian Duta


Keputusan pemilihan akan di umumkan pada tarikh yang sama dengan perasmian “X Brand Ambassadors Search Malaysia 2016 (XBAS Malaysia 2016)” iaitu pada awal Januari 2016. 20 peserta “3BSkin BA” yang terpilih akan dijemput untuk menghadiri sidang akhbar “XBAS Malaysia” dan pelancaran “3BSkin Soft Launch”. (Di jangka akhir bulan Januari atau Febuari 2016).

Apakah matlamat pencarian 3Skin BA? 

Peserta yang terpilih hendaklah petah berbicara, boleh berkongsi maklumat tentang jenama 3B Skin dengan baik dan mempromosikan kebaikan tentang jenama 3B Skin dengan orang ramai.

X Brand Ambassadors Search (Pencarian Duta X Brand Malaysia 2016)

X Brand Ambassadors Search“Duta bagi jenama X hendaklah mempunyai watak yang sentiasa positif, mampu mengetuai ataupun memberi pengaruh positif kepada masyarakat. Selain itu, duta jenama X juga hendaklah memainkan peranan sebagai penasihat dalaman mahupun luaran untuk meningkatkan jualan, memberi perkhidmatan nasihat serta memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan produk atau perkhimatan X Brand. 

Peserta yang terpilih akan diberikan peluang bagi menunjukan bakat dan kebolehan yang mereka miliki. Pengiklanan, promosi dalam laman sosial dan aturcara majlis bagi program XBAS Malaysia 2016 sehingga peringkat akhir bulan Jun . (Tarikh dan tempat akan diberitahu kemudian) 

Pemilihan 3B Skin dibuat melalui laman sosial “Facebook”.

Lebih 200 penyertaan dan 100 peserta yang terpilih akan memasuki peringkat akhir. Penangguha pemilihan peserta adalah disebabkan pemprosesan produk yang lambat demi mencapai kualiti produk yang bagus dan tinggi sebelum produk tersebut di edarkan di pasaran. Pemilihan ini dianjurkan oleh MMK, iaitu penganjur Miss Malaysia Kebaya. Dengan sokongan padu daripada pihak penaja dan rakan kongsi, program 3B Skin BA dan XBAS Malaysia 2016 dapat berjalan dengan lancar.

Pencarian duta bagi 3B Skin BA terbuka untuk semua rakyat Malaysia, semua bangsa, peserta lelaki dan wanita yang berumur 21 tahun sehingga 40 tahun.

Peserta hendaklah menekan butang “Like”/ “Suka” di laman Facebook 3BSkin dan XBAS Malaysia 2016. Semua maklumat akan disiarkan dalam laman tersebut. 

https://m.facebook.com/X-Brand-Ambasaddors-Search-Malaysia-2016-1694646237446989/
https://www.facebook.com/3BSkin-1452580875055397/?ref=hl

Sampel dan arahan akan diberikan sebelum 15 Disember 2015
Masa diberikan adalah 14 hari :
1. Percubaan sampel produk 3BSkin.
2. Ambil gambar semasa mengunakan produk tersebut.
3. Berikan testimoni berkenaan produk tersebut. (ringkas dan pendek)
4. Peserta hendaklah memuatnaik video berdurasi 1 minit (tidak wajib).

Pemilihan adalah daripada gambar dan maklumbalas / testimoni atau video yang diberikan. 
Kami akan memilih 20 peserta bagi 3BSA, 1 peserta atau lebih sebagai duta rasmi produk 3BSA. 

Segala maklumat hendaklah dihantar kepada pengajur sebelum 31 Disember 2015. Keputusan akan di umumkan pada awal Januari 2016 di 3Bskin Facebook & XBAS Malaysia Facebook. 
Perhatian : Jason Hee 
PM atau whatsApp 012-9211486 atau email missmalaysiakebaya@yahoo.com 

Pemilihan dibuat berdasar gambar anda bersama produk tersebut, testimoni dan video. 

*Pengasas 3Bskin akan berjumpa dengan duta yang terpilih ke peringkat akhir* 

Pemilihan terbuka kepada umum bagi Like terbanyak, gambar paling kreatif, selfie terbaik, tertimoni terbaik dan video terbaik. 

25 peserta daripada 100 peserta akan dipilih sebagai 3Bskin BA dan setiap peserta akan mendapat produk bernilai lebih RM150.00 

5 peserta terbaik 3Bskin BA akan mendapat set lengkap produk 3Bskin bernilai lebih RM 500.00 setiap satu berdasar kepada...

1. “LIKE” / “Suka” paling banyak.
2. Video paling kreatif.
3. Selfie terbaik.
4. Testimoni terbaik.
5. Video terbaik. (bagi yang menghantar video)

Selain menjadi duta bagi produk 3Bskin, kebaikan lain yang boleh didapati ialah produk percuma, pengiklanan, gambar anda bersama produk 3Bskin di laman sosial berbayar, diberi gaji, peluang menjadi rakan kongsi, dan kontrak pekerjaan akan diberikan (tertakluk kepada terma dan syarat).

Pengenalan Syarikat 3Bskin


jelly mask 3bskin

-Siapakah syarikat 3Bskin ? 
Syarikat penjagaan kulit secara online yang di asaskan oleh Jun Hee, usahawanita muda yang berumur 25 tahun yang mempunyai impian dan minat yang mendalam untuk menceburi industry kesihatan dan kecantikan. Produk di edarkan dan dipasarkan oleh “Three Bskin Enterprise”. 

-Apakah 3BSKIN? 
Produk yang menawarkan kualiti yang tinggi dengan harga mampu milik dan diperbuat daripada bahan terbaik yang sesuai digunakan oleh masyarakat Asia terutama bagi golongan remaja. Ciri-ciri produk yang unik, pek produk menarik perhatian dan terkini sesuai digunakan oleh wanita dan lelaki. 

-Bilakah 3Bskin diwujudkan? 
Setelah bertahun pengalaman dalam jualan dan promosi produk kecantikan pihak lain, pengasas menyedari kepentingan untuk mencapai kepuasan pelanggan, mendapat kepercayaan daripada pelanggan, memastikan produk yang dibuat berkualiti tinggi, meletakan harga produk dengan harga mampu milik berserta kualiti yang terjamin baik . Untuk mencapai kepuasan pelanggan, pengasas hadir dengan idea mencipta produk keluaran serta jenama sendiri bagi memenuhi segala kepentingan pelanggan. Oleh itu pengasas mengeluarkan produk berjenama 3Bskin yang “Trademark” pada bulan September 2015 dan produk bakal dilancarkan pada Januari 2016. 


-Dimanakah terletak nya pejabat 3Bskin?

Anda boleh lawati kami di:
Pejabat:
Penthouse (Level27)
Centerpoint South, The Boulevard
Mid Valley City Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur Malaysia
(Sila Buat Temu Janji)

www.3bskin.com
(website masih dalam pengurusan)
FB : 3BSkin
Instagram : 3BSkin



-Kenapa 3BSKIN? 
Penamaan bagi jenama tersebut adalah daripada 3 ayat ajaib iaitu “Bouncy,Brighten and Baby skin” yang bermaksud kulit anjal, cerah dan nampak cantik seperti bayi. Konsep bagi produk kami adalah penyelesaian masalah kulit yang efektif, berkualiti tetapi mampu dimiliki (tidak mahal). Ciri-ciri produk yang unik, pek produk yang menarik perhatian serta mudah digunakan. Visi kami adalah memberikan pelanggan pengalaman bagi merasai produk kami yang memberi kesan yang efektif dan mengejutkan. 

-Bagaimanakah 3Bskin diformulasikan? 
Produk kami di formulasikan di Perancis dan telah melalui pelbagai penyelidikan, perkembangan dan pemprosesan selama setahun oleh OEM(Original Equipment Manufacturer) terbaik. Di berikan sijil di Malaysia oleh GMP (Good Manufacturing Product) yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Pengenalan Produk 3BSkin 1. Detox Mask
2. Hydrating Jelly Mask
3. Diamond UV SPF35+++
4. Cleansing Milk
5. Toner
6. Enzyme Scrub
7. Serum 

Kenyataan lebih lanjut akan di maklumkan di 3Bskin pelancaran

0 Comments