Jikalau dosa boleh dikenalpasti

December 7, 2015
Jika Dosa boleh dikenalpasti | Jikalau dosa itu berbau, pasti tiada orang mahu mendekatiku. Jikalau dosa itu terlihat seperti kudis dan nanah pada tubuh dan mukaku, pasti manusia memandangku hina.

Jikalau amal-amalku yang tak seberapa itu yang ku harapkan untuk masuk ke dalam syurgaNya, pasti aku hampa.

Hakikatnya, Dia sahaja tempatku bergantung & berharap sentiasa. Pada rahmatNya dan maghfirahNya. Tanpa keduanya, aku hina di dunia dan di akhirat sana.

Dari Abu Hurairah, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
"Tidak ada seseorang yang dimasukkan ke syurga oleh amalnya.” Lalu ada yang bertanya: “Tidak pula engkau wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Tidak pula aku, kecuali Tuhanku melimpahkan rahmat-Nya kepadaku.” (HR. Bukhari dan Muslim).


Kematian pasti akan datang pada setiap dari kita. Dari golongan raja, mahupun rakyat biasa. Dari golongan hartawan mahupun golongan papa kedana.

Ia lah yang bakal menyentap manusia dari lena Dunia, kepada realiti Akhirat. Tak perlu tunggu orang yang dekat dengan kita meninggal, baru kita mahu ambil pengajaran akan hakikat ini. Kematian org2 di sekeliling kita, sebenarnya adalah peringatan dari Allah buat kita yang masih hidup.

Masya Allah, bulan Disember 2015. Dari ke hari kita dikejutkan dengan berita-berita yang semestinya kita tak nak dengar. Tapi siapa kita untuk menolak takdir dan perjanjian yang pernah dibuat sebelum dilahirkan? Sesamalah kita motivasi untuk diri sendiri untuk mengubah diri dari zero to hero. Insya Allah.. Allahuakhbar!

0 beleter:

Powered by Blogger.
Back to Top