Mayat pertama mangsa lemas di Pantai Rhu

Mayat Muhamad Naim 

Mayat mangsa pertama dibawa pasukan penyelamat untuk dihantar ke Hospital Setiu. Manakala Adik Wafiq masih belum ditemui. Allahuakhbar. Semoga Cikgu Zabedah, Zulaika sekeluarga sabar menunggu sebarang berita berikaitan Adik Wafiq dan menerima Qada' dan Qadar.

Kes Pantai Rhu Sepuluh: Mayat Muhammad Naim ditemui




SETIU - Mayat pertama mangsa lemas di Pantai Rhu Sepuluh, di sini, yang hilang ketika bermain air semalam, ditemui kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Mayat Muhammad Naim Adnan‎, 17, ditemui terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa dan seorang rakan, Muhamad Wafiq Mohd Noor, 17‎, dipercayai hanyut ditarik ombak.

Ketua ‎Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan, Elias Abu Bakar berkata, pihak penyelamat berdepan kesukaran untuk membawa naik mayat mangsa ke kawasan pantai berdekatan lokasi pencarian berikutan keadaan ombak kuat.

"Mayat mangsa terpaksa dibawa menaiki bot ke Jeti Kuala Merang sebelum dihantar ke Hospital Setiu dan berdasarkan pengecaman mayat yang ditemui adalah Muhammad Naim.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dua pelajar dikhuatiri lemas]

"Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh pihak berkuasa, pada awalnya dua objek terapung kelihatan, namun hanya satu yang berjaya ditemui.

"Justeru, kita percaya dengan petunjuk itu, mayat seorang lagi mangsa akan ditemui dalam masa terdekat dan usaha dan gerakan mencari dipergiatkan lagi," katanya.

Sinar Online sebelum ini melaporkan dua pelajar berasal dari Johor yang sedang mengikuti program keagamaan sempena cuti sekolah di Masjid Kampung Banggol, Setiu dikhuatiri lemas ketika bermain air di Pantai Rhu Sepuluh Setiu kira-kira jam 9.30 pagi semalam

Sumber: Sinar Harian




Lemas di Pantai Peranginan Rhu 10: Suasana pilu menyelubungi pesisir Pantai Rhu 10. Apabila Zabedah Kamdan,55 tahun, terpaksa dipapah ahli keluarga setelah gagal menahan sebak. Ibu kepada mangsa lemas yang masih belum ditemui iaitu Muhammad Wafiq Mohd Noor,17 tahun itu masih berharap anaknya masih hidup dan selamat ditemui. Bagaimanapun, Zabedah redha dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.
Posted by Buletin TV3 on Monday, 21 December 2015

Ahli keluarga masih mengharapkan kepulangan Adik Wafiq dengan penuh bersabar. Allah, tak dapat bayangkan Cikgu Zabedah hadap semua ni. Allah takkan menguji kalau hambanya tidak mampu. Doakan terbaik buat cikgu Zabedah sekeluarga. Amin

3 Comments