Takziah Dato' Siti Nurhaliza Keguguran

Kandungan dua bulan gugur

Salam takziah buat Dato' Siti. Satu satu musibah melanda buat keluarga bahagia ini. Semoga, akan mendapat rezeki yang baik pada masa akan datang dan waktu terdekat. Amin..


Spekulasi mengenai kehamilan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, terjawab apabila beliau mengesahkan kandungannya yang berusia dua bulan gugur.

Berita sedih itu dikongsi Siti, 36, menerusi laman Instagramnya yang dimuat naik kira-kira jam 10 pagi tadi.

"Bukan niat Siti mahu menafikan berita kehamilan itu kerana ia adalah anugerah terindah yang sekian lama Siti nantikan. Pun begitu, untuk mengiyakannya juga takut kerana kandungan ini masih terlalu awal untuk dihebahkan dan Siti mahu menunggu masa yang sesuai.

"Bagaimanapun, Allah SWT sempat meminjamkan anugerah ini untuk sementara saja. Sempat dua bulan Siti kandungkan dan mengalami keguguran," kata Siti.

Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, namun penyanyi Jaga Dia Untukku itu reda menerima ketentuan takdir sambil mengharapkan doa daripada peminat agar rezeki untuk menimang cahaya mata terus berpihak kepadanya.

"Siti reda dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah beri Siti jawapan di atas doa selama ini.

"Insya-Allah, semoga ia permulaan untuk anugerah yang seterusnya," ujarnya.

3 Comments