Tips: 4 Panduan membeli Handphone

January 29, 2016
Sebenarnya, mimin takde laa pandai sangat nak belek-belek fon ni macam mana. Tapi, apapun sedikit banyak tips ni berguna untuk panduan korang semua. 



Panduan membeli handphone

1. Ram.
Ram mempengaruhi hang ke tak hang hp. Ram kecik, phone tak bolek bukak banyak apps sekaligus, dan akan hang. Seeloknya elakkan membeli phone yang mempunyai ram 512mb. Cari yg sekurang-kurangnya 1 gb ke atas. 2gb kalau boleh lagi bagus.

2. Brand.
Elakkan beli brand tidak terkenal seperti leagoo, ninetology dan lain-lain. Hal ini dapat menyukarkan anda mencari accessories dan sparepart repair. Terutamanya casing, susah nak dapat casing ninetology atau leagoo di kedai-kedai handphone 3 tahun akan datang.

3.Value phone.
Cari phone yang at least ada harga lagi walaupun second. Seperti iphone, samsung, sony, nokia dan banyak lagi. Elakkan phone seperti ninetology. Pengalaman ibu mimin sendiri yang dah beli phone ninetology U9P1+ harga 300+. lepas 3 bulan. nak tolak kat kedai. paling tinggi dia amik ialah rm50. Takpe lah, pakai lagi. Bila masuk tahun ke 3 pulak. Nak cari spare batery pun dah tak jumpa.

4. Memory phone.
Memory phone agak penting, kerana kebiasaannya apps yang nk didownload akan disimpan di dalam memory phone dan bukan memory card a.k.a SD card. SD card hanya boleh menyimpan lagu, gambar, dan sesetengah apps dan lain-lain. Jika memory phone anda hanya 4gb, system phone anda akan makan 2 gb dan anda hanya tinggal 2 gb sahaja. Selepas menghampiri 2gb. Phone anda tidak boleh download apps dari playstore. Dan akan dapat warning "Sorry your phone storage is insufficient to download this apps" masalah yang seringkali dihadapi oleh pengguna telefon pintar di malaysia.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan antara perkara-perkara lain yg patut dilihat juga adalah dari segi ;
  • Processor, Camera (optional kalau suka selfie dan nak gamba lawa),
  • Internet punya line, sama ada 3g or 4g. 4g lebih pantas dari 3g punya internet.

Freeport Afamosa Outlet | Freeport A'famosa Outlet Village Melaka

January 25, 2016
Selepas menghadiri bengkel fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari bersama En. Adhadi Mohd di Resort Agrofarmstay Melaka, Mimin dan rakan-rakan blogger Mera Hussain, Kecik Meiza dan kak Bella jejakkan kaki di MPO ni.

Melaka Premium Outlet

Mimin menganggapkan, MPO ni baru lagi. Jadinya masih banyak lagi kekurangan MPO ni, Shop lot masih tak banyak lagi, kedai makan tak banyak pilihan. Kalau nak cakap barang mahal tuu, memanglah mahal. Normal lah zaman GST ni. Tapi sebenarnya bukan point tu min nak cakap. Cuma nak cakap tak banyak pilihan barang untuk di beli.

Melaka Premium Outlet

Shop Lot masih banyak yang belum dibuka lagi, menyumbang faktor MPO krik krik. Tapi, dalam masa yang sama, ada slot untuk kasi 'chan' laa kat mak mak ni nak shopping.

Melaka Premium Outlet

Takde lah bosan anak-anak tunggu mak menyoping. Bapaknya boleh layan jap anak-anak. Tips tak stress tunggu bini shopping. Haha


Tempat wajib bergambar bila dah sampai sini

Melaka Premium Outlet

Kalau nak santai-santai dan window shopping, boleh jee mai sini. Lepas penat-penat mandi-manda kat WaterPark A'Famosa tu kan. Boleh laa singgah kejap beli souvenir ^.^ 








Urban, Rooftop Vertical Farming | Pertanian Bandar Bawa Banyak Manfaat!

Pada minggu lepas (16 Januari 2016), Di bawah kepimpinan besar Tan Sri Dato 'Soong Siew Hoong, hari ini, yang dilancarkan dari Urban Rooftop Vertical Farming Association (URVFA), di DF FarmHouse


"Urban Rooftop Vertical Farming Association is a Not for Profit, Non-Political, Non-Governmental, Non-Religious Organization aimed to promote urban farming, with simple, easy to follow, modern, and fun activities to ourselves, family, friends, communities and whole nation"

Dato 'Liew Sew Yee memberikan ucapannya

Projek Ternakan Urban telah dimulakan oleh Tan Sri Dato 'Soong kembali pada tahun 2014 dengan usaha yang besar daripada ahli-ahli organisasi:

  • ACCCIM (Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia, jawatankuasa ITI)
  • ERA (Keahlian Persatuan Sumber)
  • MRCA (Malaysia Persatuan Rangkaian Runcit) Bahagian Belia

Agensi-agensi kerajaan:

  • Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, 
  • Jabatan Perdana Menteri
  • Jabatan Pertanian, 
  • Jabatan Pertanian

Founder Urban Rooftop Vertical Farming Association


Bersama VVIP 

Urban Rooftop Vertical Farming Association di DF FarmHouse, Kajang dalam keadaan yang sangat aman dan damai. Pertama kali mimin menyaksikan pertanian yang serba ringkas (menggunakan barang terpakai untuk dijadikan tempat pertanian) tapi mampu menghasilkan pulangan yang lumayan untuk diri sendiri serta orang sekeliling. Mimin sangat beruntung dan sangat bertuah sebab menjadi salah seorang yang hadir ketika majlis berlangsung. Serba sedikit Mimin dapat belajar tentang pertanian tanpa cangkul! Tidak perlu batas dan tanah yang lapang untuk memulakan pertanian.

Sesuai untuk taman perumahan seperti apartment, rumah pangsa atau pun taman-taman perumahan yang limited tanah untuk bercucuk tanam.






Urban Rooftop Vertical Farming Association telah dilancarkan oleh Dato 'Liew Sew Yee (Vice President of Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry Malaysia, ACCCIM) dan VVIPS, Tàn Sri Dato' Soong Siew Hoong (Honorary Adviser of Urban Rooftop Vertical Farming Association).



Hari ini, menandakan satu peristiwa penting yang baru, dengan menyatukan dan pembentukan Urban atas bumbung menegak Persatuan Pertanian. Kita akan teruskan dengan cara yang teratur, untuk menggalakkan apa-apa projek yang bermakna untuk seluruh Malaysia


Tema yang telah diangkat pada hari tersebut ialah tentang Manfaat Pertanian Bandar. Objektif utama nya ialah untuk melibatkan para ibu terutamanya dalam acara Pertanian Moden. Ibu adalah orang paling penting dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Ibu juga merupakan orang yang sangat berpengaruh terutamanya kepada anak, suami, ibu mertua, adik beradik dan orang sekeliling. Dengan cara ini, Pertanian Bandar dapat dilaksanakan dengan berjaya bermula dari rumah seterusnya kepada negara!


Pertanian bandar adalah menyeronokkan, dan mampu untuk mendapatkan seluruh keluarga bersama-sama dan mempengaruhi rakan-rakan dan jiran kita. Ia memberi manfaat untuk kesihatan, dari segi fizikal dan mental, dan boleh mengurangkan perbelanjaan sara hidup kami dengan berkembang sayur-sayuran organik kita sendiri, herba, mendapatkan telur ayam kita sendiri, ikan dan menyelamatkan bumi ibu kita dengan mengurangkan sisa makanan dan hijau alam sekitar kita. Wah! Begitu bermanfaat


Manfaat Pertanian Bandar : 

  • Makan lebih banyak sayuran untuk kekal sihat.
  • Meningkatkan aktiviti fizikal untuk mengekalkan berat badan yang sihat
  • Menukar tabiat pemakanan yang seimbang
  • Tanaman secara organik dan berkhasiat
  • Dari segi pendidikan pula, anak - anak akan lebih menghargai kesusahan petani.
  • Meransang perkembangan minda kanak - kanak melalui Alat Bantu Mengajar (ABM) - Pendidikan Asas Sains
  • Tanaman bebas bahan kimia dan racun perosak
  • Kurang tenaga kerja
  • Penghasilan pelbagai jenis sayuran dalam satu masa
  • Tanaman mudah alih tanpa peralatan
  • Menjimatkan ruang
  • Penghasilan baja organik
  • Menghijaukan alam sekitar



Realitinya, Pertanian Bandar sangat menyeronokkan. Dalam usaha mengekalkan aktiviti ini secara berterusan, Estee Leong telah melancarkan 'Life Ribbon' untuk mengumpulkan seberapa ramai wanita untuk memulakan pergerakkan seperti perkongsian ilmu, menyokong antara satu sama lain agar kekal seksi, cantik dan berkeyakinan. Dan yang paling penting mencapai 2H, Healthy & Happy dari segi fizikal dan mental.


Urban Rooftop Vertical Farming Association

Sebagai langkah untuk terus kekal makan makanan yang sihat dan bersih, digalakkan untuk anda semua mengambil bahagian dalam Urban Rooftop Vertical Farming Association untuk belajar bagaimana memulakan pertanian tanpa cangkul! Datang, dan menemui diri sendiri. Bawa bersama anak-anak anda dan keluarga. Mari kita melakukannya bersama-sama sekarang!

----

Jeff Kong
Presiden Pengasas, URVFA
Urban Rooftop Vertical Farming Association
16 Januari 2016
@ DF FarmHouse, Kajang

LEGOLAND® Malaysia Resort Mencipta Book Of Record 2016 LEGO monkeys

Lunar New Year adalah saat yang istimewa untuk mengunjungi LEGOLAND® Malaysia

Jadikan LEGOLAND® Malaysia sebagai destinasi percutian raya cina anda sekeluarga ! Ini adalah saat yang istimewa anda sekeluarga untuk bercuti di sini. Pelbagai reka bentuk yang di bina dari LEGO ! Sekiranya anda sekeluarga datang pada raya cina ini, anda berpeluang untuk melihat 2.016 Lego Monyet. WOW !!

LEGO monkey building activity

22 Januari 2016 (Jumaat), aktivit membina monyet di LEGOLAND® Malaysia Resort  dalam usaha mencipta rekod membina LEGO Monkey terbanyak sempena menyambut Lunar New Year with Lego Ninjago Live Show dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records!

Monkey Replica lego brick



Majlis pelancaran dan perasmian

Majlis perasmian dan dilancarkan oleh Ketua Pengarah Tourism, Dato' Mirza Mohammad Taiyab telah diadakan di City Stage, Legoland Theme Park di mana dalam majlis tersebut Legoland Malaysia Resort mengajak pengunjung turut serta membantu menjayakan pembinaan bilangan Lego Monyet terbanyak untuk mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records iaitu sebanyak 2016 replika Lego Monyet!

Malaysia Of Record, 2016 monkey replica lego

Mark Germyn sebagai Ketua Pengarah Legoland juga tidak terlepas untuk membuat ucapan sebelum perasmian dilancarkan.
Mark Genmyn, General manager of LEGOLAND® Malaysia Resort
“Lunar New Year is quite a special time for our visitors, and we wanted to make sure that they’d be in the mood for this special occasion even at LEGOLAND Malaysia Resort! It’s the perfect opportunity with the long weekend to come and celebrate at the park and hopefully our visitors will help us get into the Malaysia Book or Records with all their Monkeys, too,” Mark Germyn, General Manager of LEGOLAND Malaysia Resort said.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan Tarian Singa yang menjadi simbolik kepada Sambutan Tahun Baru Cina. Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke LEGOLAND® Malaysia pada 8hb dan 9hb Februari 2016 ini turut akan menyaksikan persembahan Tarian Singa khas sempena Tahun Baru Cina.



Membina Replika Lego Monkey

Lepas menyaksikan tarian singa ni, para media dan para bloggers juga berpeluang untuk membina replika monkey daripada Lego. Sebenarnya senang je buat replika Monkey daripada Lego ni. Tapi, sendiri kalut. Cuba perhatikan muka Mimin ni =,= Stress dalam seronok dalam menyiapkan replika Monkey ni. 


Demam-demam pun gigih tau nak siapkan Lego ni. Bukti demam tuu haa, ada sapu tangan ada di mana-mana. Heh, Ninjago ni buat mimin tambah kalut. hahaha

Mimin excited build Monkey Replica

Blogger create Monkey Replica

Lunar New Year-Yee Sang

Pertama kalinya, berpeluang ber 'yee sang' ni. Tak pandai makan sebenarnya. Tapi bertuah juga untuk merasai keenakkannya. 



Book of record 2016 Lego Monkey

Mari datang LEGOLAND® Malaysia Resort serta menjadi sebahagian yang menyumbang kepada pembinaan Lego Monkey ni tidak akan datang sia - sia. 

Anda boleh dapatkan PROMOSI (p/s: sementara stok masih ada). Ingat senang ke LEGOLAND® Malaysia nak beri PROMOSI. Masa ni jelah peluang keemasan untuk merebut. Lepas ni susah dah nak nampak PROMOSI macam ni. Cepat! Jangan menyesal pulak. Jangan cakap Hakak tak payung haa ^.^
  1. Bawa kawan dengan separuh harga! (Sah dari 12 Jan - 5 Feb 2016) 
  2. Beli '3 percuma 1' pas tahunan! (Sah dari 12 Jan - 29 Feb 2016)
  3. Retail Promotion - Sebarang pembelian lego akan mendapat paket angpow lego dan hadiah monyet ekslusif (Sah dari 5 Feb - 14 Feb 2016) 
  4. Pemegang Kad Maybank boleh menikmati penjimatan sebanyak RM60 apabila membeli sebanyak 4 keping tiket dan layak mendapat limited Lunar New Year brick.

Nak tahu lebih lanjut boleh layari :

Untuk maklumat lanjut, korang boleh usha
Website: www.LEGOLAND.my
Hotline (Daily 9am - 7pm): +607 597 8888
Email: info@LEGOLAND.my

[NEWS] Dr Vida mahu PQPTRW guna jersi syarikatnya

January 21, 2016


PENAJA Utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman . - Foto Zulfadli Zulkifli KOTA BHARU: Penaja Utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman tetap dengan pendirian mahu Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) memakai jersi yang dikeluarkan syarikatnya, bukan daripada syarikat barangan sukan, Nike. 

Hasmiza atau lebih dikenali dengan Dr Vida, berkata ini kerana syarikatnya sudah menyediakan tiga jersi baharu untuk disediakan kepada pemain Kelantan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. 

"Saya sudah menyediakan tiga jersi dengan kualiti kain tertentu, cuma lakaran dalam proses untuk disiapkan. Saya sudah sediakan semua itu, sebaliknya perkara seperti ini pula berlaku. 

"Saya mahu semua jersi Kelantan dikeluarkan oleh syarikat saya sendiri. Saya sudah sediakan jersi untuk perlawanan di laman sendiri berwarna putih dan merah jambu, tempat lawan (merah jambu dan hitam) dan jersi ketiga (merah dan putih). 

"Apa yang saya lakukan ini, saya sendiri sudah mengeluarkan peruntukan berjumlah RM4 juta kepada Airtime Management Programming (AMP) bagi kempen promosi skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) baru-baru ini," katanya. 

Akhbar sebelum ini melaporkan, Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Dr Vida kecewa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang mengumumkan jersi rasmi PQPTRW kekal dengan warna tradisi iaitu merah dan putih sepanjang saingan Liga M musim ini.

Menerusi laman Facebook milik Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, beliau dilaporkan berkata jersi jenama Nike akan dilancarkan pada 10 Februari ini manakala jersi kedua berwarna merah jambu yang akan ditetapkan Dr Vida sendiri. 

Berikutan itu, Dr Vida mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan tertinggi KAFA bagi membincangkan perkara itu bersama peguamnya pada Ahad lalu. 

Mengulas lanjut, jutawan kosmetik itu menyifatkan tindakan Annuar tidak adil apabila warna merah jambu sekadar digunakan untuk jersi ketiga sedangkan beliau sudah menghabiskan banyak dana untuk melakukan promosi pasukan PQPTRW. 

Tidak adil bagi saya kerana sudah mengeluarkan banyak dana untuk melakukan promosi, tapi pihak lain pula yang mendapat promosi percuma disebabkan hanya menaja jersi Kelantan. 

"Saya akan terus berjuang habis-habisan bagi memastikan jersi utama PQPTRW berwarna merah jambu. Saya tak peduli, yang penting mereka (KAFA) perlu selesaikan warna jersi ini dan saya kena dapatkan hak sebagai penaja utama," katanya. 

Difahamkan Kelantan masih mempunyai kontrak selama setahun lagi dengan Nike yang juga penaja peralatan dan jersi rasmi skuad berkenaan sejak 2014. 

Ditanya mengenai dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan beliau seorang yang 'demanding', Dr Vida berkata beliau mempunyai perancangan jangka panjang untuk melakukan penjenamaan semula kepada PQPTRW, bukan tanpa mempunyai sasaran tertentu. 

"Saya tidak mahu apa yang dilakukan ini menjadi sia-sia apabila pada awalnya sudah mempunyai masalah. Oleh itu, jika saya sudah membuat keputusan untuk menaja Kelantan, saya akan usahakan habis-habisan," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi Mimin, Mimin pun kalau jadi Dato' Seri Vida pun akan buat macam dia. Ye lah ! Duit kita dia mau, tapi tak mau ikut apa yang kita mau. Kan KAFA boleh agak perkara sebegini boleh berlaku. Tapi kenapa masih nak teruskan perjanjian dengan Dato' Seri Vida kalau tak nak ikut apa yang ditetapkan oleh penaja rasmi Heh, kalau kereta ferarri dia boleh beli sebab "saja suka tengok rekabentuk kereta ferrari" ini kan pula nak taja korang. Mesti KAFA ada jawapannya tersendiri..

[News] 'Saya hiba ketika kutip cebisan daging atas jalan'

January 19, 2016


SUNGAI PANJANG - "Walaupun itu bukan anak saya, tapi perasaan saya hiba setiap kali saya kutip cebisan daging yang berselerakan atas jalan raya," luah seorang penduduk yang mengambil masa kira-kira lima minit mengumpulkan cebisan daging kaki seorang mangsa kemalangan di sini, petang tadi.

Jamalulail Md Alias, 52, berkata, dia dimaklumkan tentang kejadian itu salah seorang anaknya menerusi aplikasi WhatsApp kira-kira jam 3.15 petang.

"Anak hantar WhatsApp ada kemalangan dekat rumah. Tanpa berlengah saya terus ke tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian.

Dia yang menetap di Parit 16 Sungai Panjang berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat pihak perubatan sedang melakukan bantuan kecemasan terhadap mangsa sambil dia terus mengutip daging bertaburan menggunakan kertas surat khabar.

"Saya masukkan daging yang dikutip ke dalam plastik. Masa tu saya tak fikir apa, melainkan dalam hati berdoa supaya dia (mangsa) selamat," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, membonceng sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Dalam kejadian itu, Siti Nuraisyah putus kedua-dua kakinya selepas digilis sebuah lori, manakala kakak tirinya, S Shamim Amira Roslan, 14, mengalami kecederaan terseliuh kaki kanan dan kiri.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, kedua-dua mangsa itu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Parit 16 Sungai Panjang.

"Sebelum kejadian, sebuah Perodua Kancil dipercayai memintas motosikal mangsa dari arah sama sebelum kedua-dua mangsa tergesel lalu terjatuh.

"Pelajar tingkatan satu terbabit jatuh ke tengah jalan sebelum sebuah lori dari arah bertentangan sampai di tempat kejadian lalu menggilis kaki mangsa , manakala kakaknya tercampak di kiri jalan," katanya.

Katanya, Siti Nuraisah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaaah (HTAJ) Sabak Bernam sebelum dihantar ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut.

Sehubungan itu, katanya, beliau meminta pemandu Perodua Kancil dan lori serta saksi kejadian tampil menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di talian 0332242613 bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan kes kemalangan itu dikendalikan Inspektor Afiq Azhar Azrul Hardav di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kualiti Masa Bersama Mereka (Part 1)

January 17, 2016
Meluangkan masa bersama adik beradik bukan senang, sebab semuanya bekerjaya dan yang bongsu masih kat Solo, Indonesia.

Heritage


Sempena ulang tahun kelahiran Mak extra adik yang bongsu balik ni. Kita lepak laa jat Hotel Heritage. 

Walaupun krik krik kat sini tak ada benda. Tapi.. bukan senang nak macam ni selalu. 

(TAHNIAH) Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Umum Bakal Berkahwin Februari Ini

January 13, 2016
Polis Evo


Setelah beberapa bulan berdiam diri dan saling menafikan sedang menjalinkan hubungan cinta, akhirnya pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mengumumkan bakal berkahwin pada 8 Februari ini.

Pengumuman tersebut dilakukan dalam satu sidang media khas yang berlangsung di Hotel Sunway Putra sebentar tadi.

Majlis perkahwinan juga bakal menjadi Wedding Of The Year apabila menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM25 juta.

Menurut Sam beliau sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenai penajaan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menaja perkahwinan beliau dan Syatilla.

Sejujurnya saya sendiri tidak tahu siapa penaja majlis kahwin kami. Bukan apa, saya menyerahkan segala urusan perkahwinan kepada ibu. Apa pun terima kasih kepada semua pihak penaja. Apabila dimaklumkan jumlah keseluruhan, saya memang terkejut.

Majlis nikah pasangan itu akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang disusuli majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Majlis resepsi sebelah pihak Sam pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan majlis meraikan peminat pada 20 Februari.


p/s: Tahniah SHAEIZY SAM & Syatilla Melvin ! sesuai. Orang kata, pasangan rendah dapat pasangan tinggi murah rezeki. hehehe. Amin !

Resort AgroFarmstay @ Skill-Tech, Durian Tunggal

Agrofarmstay Tarikan Baru Tempat Pelancongan Di Melaka

Pernah dengar Agrofarmstay di Durian Tunggal? Mimin pun tak tau wujudnya Agrofarmstay Durian Tunggal sebelum ni. Selama ni ulang-alik dari rumah mak mentua kak long ke rumah cik yah memang lalu jalan ni, tapi tak perasan pun ada Agrofarmstay ni.


Daripada nama Agrofarmstay, tentu kita boleh bayangkan suasananya macam apa. Sebelum sampai Agrofarmstay ni, mimin bayangkan tempatnya ada dusun, ada kandang, mestilah mimin fikir macam balik kampung.

  • RUANG SEMINAR
Untuk gambar-gambar yang cantik, mimin creditkan buat kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik Kelabbloggerbenashaari ye ! Hp mimin tak ada bateri time ni ! Spoil mood betei =.= 


Haa ! Kemudahan seminar yang superb lengkap disediakan di Agrofarmstay ni. Memang selesa lah ! tak rasa stress tau buat bengkel ke, seminar ke, reunion ke familyday kat agrofarm ni. Agak-agak kalau rasa stress kat agrofarm tu. silalah main dengan BUJANG (kuda padi) kat situ.

ruang santai ahli-ahli Jawatankuasa program

Bilik kursus
Bilik Mesyuarat
Dewan 

  • RUANG SOLAT

Di Agrofarmstay juga menyediakan ruang solat buat pengunjung yang menginap di situ. Mimin teringat masa zaman sekolah dulu. Selalu ikuti program bina jati diri. 


Jadi, Agrofarm tempat yang sangat sesuai untuk melakukan aktiviti di luar bilik darjah di sini. Kalau sekolah-sekolah nak adakan event kat sini, mesti senang nak kawal anak-anak murid dia.

  • Challet

Terdapat 10 buah Challet yang setiap satunya boleh menempatkan 10 orang. Juga sesuai bagi sesiapa yang ingin mengadakan kem motivasi ke, team building ke, hari keluarga atau apa-apa pun boleh, Tandas juga disediakan tapi bukan di setiap challet, tetapi di luar. zyang paling uniknya challet ni, mempunyai warna berlainan setiap satu challet. Jadi, tak payah risau kalau terlupa challet yang mana satu.




Agrofarmstay @ Skill Tech



  • Jenis Penginapan yang lain
  1. River View (2 katil)



     2.   River View (6 Katil)




 

   3.   Garden View (8 Katil)




   4.   D' Lodge (6Katil)






  5.  Villa



Agrofarmstay @ Skill Tech

Agrofarmstay @ Skill Tech

Agrofarmstay @ Skill Tech

Agrofarmstay @ Skill Tech

Agrofarmstay @ Skill Tech


Agrofarmstay @ Skill Tech

  • Tempat Rekriasi / Riadah
Bilik Kasut (Karoke)


Agrofarmstay @ Skill Tech
Main dengan Bujang
Haiwan Ternakkan

padang rekreasi
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi:


Encik Bari - 012-211 8246
Encik Mat - 016-209 8623



Alamat:
Lot 453,
Batu 13, Jalan Tebong/ Machap, 
76100, Durian Tunggal, 
Melaka 




Powered by Blogger.
Back to Top