[Part 3] Canopy Walkway Taman Negara

March 15, 2016
Assalamualaikum. Salam sejahtera. 

Walaupun hampir sebulan cerita, tapi masih segar dalam ingatan sepanjang kita semua kat sana. Limited moment ! tak semua orang merasai apa yang kami rasa ni.

Titian Silara, Canopy Walkway

Dah baca KBBA di taman negara sebelum ni? Kalau belum boleh baca ni Part 1 dan Part 2 ? Lepas aktiviti kiteorang panjat gunung, Inilah aktiviti kiteorang. Canopy Walkway. Seram weyh ! Mimin dah laa gayat. Buat Flying fox pun dah menggigil kaki, Taknak buat sebenarnya. Tapi, bila lagi pulak kan nak merasa. Makanya, redah saja canopy walk itu. 

Canopy Walkkway Kuala Tahan
Canopy Walkway Ticket
Jangan lupa bawak duit sekurang-kurangnya RM10 dalam ni. Sebabnya di sini lepas penat panjat pokok, korang boleh beli air lepas dah penat kan mendaki. Spend RM5 untuk naik Canopy Walkway.

Canopy Walkway Kuala Tahan
Checkpoint pertama
Ini adalah checkpoint pertama canopy walkway ni. So, kalau korang datang ramai-ramai. kena beratur. Kalau serentak jalan kalau putus tali kat situ. Pandai-pandai laa jadi Tarzan. Haha. Tapi, jangan risau. Ada guide yang jaganya.

view dari checkpoint pertama
 

Sepanjang jalan kat atas canopy walkway tu, mimin laa paling kecoh kat atas tu nak bandingkan Yayacendana atau Abang Sohoque. Hahaha. Abg Hoq bertabah jee laa aku bebel kat belakang dia. Yang yaya aku jadi guide dia jangan jalan hampir dengan Mimin. Gayat oo rasa macam nak jatuh. Bila tengok bawah fikir macam-macam. Perghh. Tinggi betul . Kalau Jatuh tu, 50-50 rasanya nyawa tinggal. Haha. Jangan risau. Sepanjang jalan tuu kukuh. Semua size boleh jalan kat atas ni.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pautan:
Han Rainforest Resort, Kuala Tahan
[Part 1] KBBA di Taman Negara Kuala Tahan 2016
[Part 2] KBBA di Taman Negara Kuala Tahan, 2016
[Part 3] KBBA di Taman Negara 2016








1 beleter:

najwa zahid said...

canopy ni plg sya suka....suka kacau org yg gayat..kikiki

Powered by Blogger.
Back to Top