Filem Pendek TNB sempena Chinese New Year 2017

Selamat Tahun Baru Cina semua. Belum terlambatkan nak wish. hihihi... Tahun 2017 adalah Tahun Ayam Api, yang dimulai dari tanggal 28 Januari 2017 (Tahun Baru Imlek China atau Festival Musim Semi China) dan berlangsung sampai dengan tanggal 15 Februari 2018. Elemen Api (Yin) menjadi unsur dominan di tahun ini yang menunjukkan kehangatan serta ketenangan batin di dalam menjalin hubungan antar pribadi dan keluarga.

Tahun Ayam Api

Keberanian untuk menghadapi persaingan, tekanan dan masalah, akan diperlukan untuk memenangi pertempuran. Hal inilah yang memaksa mereka menjadi bersifat keras kepala, terus berjuang, pantang mundur dan selalu mencari jalan keluar untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Ayam jantan termasuk dalam kategori ayam yang komunal (perkauman). Itulah sebabnya tahun 2017 akan memberikan prospek terbaik bagi kerjasama usaha, disyorkan untuk menandatangani beberapa kontrak perniagaan yang membolehkan bagi perniagaan anda dan membentuk perkongsian baru di tahun ini. Lingkaran hubungan perniagaan akan membantu anda dalam perluasan perniagaan. Namun perlu diingat, bahawa kepentingan keluarga tetap harus selalu lebih diutamakan!

Iklan Perayaan Tahun Baru Cina 2017 Paling Harmoni Dari TNB


Tenaga Nasional Berhad ( TNB) dengan bangganya membawakan CNY webfilm teristimewa bersempena meraikan Chinese New Year pada tahun ini yang boleh ditonton melalui youtube di
 

Klise iklan-iklan perayaan yang mengharukan, TNB sekali lagi berjaya mempersembahkan iklan perayaan yang tak kalah hebatnya. “Cooking Hustle” diarah oleh Quek Shio Chuan dengan plot dan jalan cerita berkisahkan tentang tiga puteri yang cuba mengambil hati ibu mertua mereka yang sangat garang melalui masakan.
#TNBCNY2017 webfilm ini menyampaikan mesej yang sangat mendalam dengan menekankan erti sebenar Table Of Harmony atau makan besar. Tahun Baru Cina adalah masa untuk keluarga mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan. Dengan kehadiran ahli keluarga dari jauh berkumpul untuk makan besar lebih penting dan bermakna daripada aneka juadah yang terhidang. Walaupun kadang kala sikap dan pendapat yang berbeza diantara ahli keluarga yang menyebabkan pertelagahan Seharusnya perbezaan tersebut diraikan bukan diketepikan sama seperti meraikan dan menikmati hidangan tahun baru yang beraneka saiz, rasa dan rupa... begitulah juga ahli keluarga kita. Bersatu teguh, bercerai pasti roboh. Seharusnya sesama ahli keluarga menerima kelebihan dan kekurangan barulah wujudnya kebahagiaan dan kemesraan.
 
Sinopsis dari webfilem tersebut, seorang ibu mertua telah mengarahkan semua menantunya memasak sempena makan besar mereka.. Adakah menantunya berjaya menyediakan makan besar mereka? Kenapa ada sampai keluar kung fu masa masak? Ada pulak antara mereka yang diam-diam tak tahu masak.. kalau nak tau apa jadi, korang kena tengok sendiri. hihihi...

 Table of Harmony 

Apa menu makan besar korang?  Untuk ketahui apakah Mystery Dish makan besar, korang boleh menjawab soalan ini. Selepas menjawab soalan, akan dipaparkan menu Mystery Dish yang boleh digambarkan sifat peribadi korang. Jadi,  kalau nak tau Mystery Dish korang boleh ikut step ini :
2) Klik Unveil Mystery Dishes 


3) Klik Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table 


4) Lepas tu korang pilih antara jawapan A,B,C atau D..

Macam aku Monkey Head Mushroom....haha katanya, walaupun aku ni macam kelihatan tenang dan pasif di luar, hakikatnya minda aku sentiasa fikirkan benda-benda yang besar....hahaha. macam pak menteri pulak rasa..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1 Comments