Kereta Terbakar Jalan Kluang, Batu Pahat

Semalam, Batu Pahat digegarkan dengan berita yang amat memilukan.. Perodua Myvi terbakar dalam kemalangan. Kebetulan malam tadi aku kejarkan Bonanza Sushi King. Macam pelik, kenapa jalan start slow dekat traffic light Taman Perindustrian Sri Gading. Share kan sikit gambar dari sumber group whatsapp Batu Pahat dan artikel sumber dari Utusan Online

2 Beranak Maut, Kemalangan 4 Kenderaan

DUA beranak maut selepas Perodua Myvi dinaiki terbakar dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer 9 Jalan Kluang - Batu Pahat Johor 8.30 malam



Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Irwan Shah Mohd Yusop, 36, yang juga pemandu kenderaan berkenaan dan anaknya Nur Syahzanani Munirah, 17.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Irwan Shah Mohd Yusop, 36, dan Nur Shahzanani Mohd Irwan Shah, 17, kedua-duanya berasal dari Kampung Parit Bengkok, Sri Gading, Batu Pahat.


Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan mangsa dari arah Sri Gading menghala ke bandar Batu Pahat hilang kawalan di tempat kejadian.
 Ekoran itu, ujarnya, kenderaan terbabit melanggar penghadang jalan dan masuk ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Ford Fiesta.
 

“Kemudian, sebuah Honda Civic dari arah Batu Pahat cuba mengelak Ford Fiesta tetapi tidak berjaya dan melanggar belakangnya, manakala di arah bertentangan sebuah Proton Satria telah melanggar serpihan kereta mangsa yang maut.
 “Akibat perlanggaran itu kedua-dua mangsa yang dipercayai terbakar dalam kenderaan mereka disahkan mati di tempat kejadian sebelum dikeluarkan pihak bomba,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
 Menurut Abdul Wahib, pemandu Ford Fiesta tersebut mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini untuk tindakan lanjut.
 Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE



6 Comments