Review | Haunted Hotel

Minggu lepas kecoh rakan-rakan blogger join contest yang akan diadakan di salah 1 hotel berhantu di Genting Highland iaitu Amber Court. Rupanya contest tu dibuat untuk tujuan promosi tak silap aku, cuba kau try serch by hastag AmberCourt. Sebelum ni memang tak tahu langsung berkaitan hotel ini berhantu. Tak pasti zaman ada arwah apak dulu pergi Genting Highland stay dekat mana.

Amber Court Hotel

Haunted Hotel Movie

Aom (nama Cinanya ialah Li Haina) memainkan Bai Ling, seorang wanita muda dari China yang Ke Malaysia tujuan perniagaan bersama tunangnya Jun (pelakon China Leon Li Chuan). Mereka memenangi banyak wang di sebuah kasino di Genting Highlands. Bersama kemenangan itu, mereka terpaksa menginap di hotel Amber Court yang memang terkenal sebagai Haunted Hotel (hotel berhantu). 
 
 
Tanpa disedari, beberapa "pertemuan" dengan penyewa yang menyeramkan, dia cuba melarikan diri dengan bantuan lelaki tempatan (pelakon Malaysia Teddy Chin) untuk keluar dari hari yang menakutkan di mana banyak perkara yang aneh yang mula berlaku terhadap mereka, dan mereka juga sering diganggu oleh seorang wanita yang berpakaian serba putih. Apakah yang bakal terjadi kepada pasangan ini? Mampukah mereka keluar daripada malapetaka ini?

Barisan Pelakon

Tajuk : Haunted Hotel
Bahasa : Mandarin ; subtitle Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Tarikh Tayangan : 19 Oktober 2017 ( Malaysia )
Genre : Seram ( P13 )
Durasi : 1 jam 32 minit
Format : 2D
Pengedar : Mega Films Distribution Sdn Bhd
Produksi : Lomo Pictures
Barisan Pelakon : Aom Sushar ( Thailand ), Li Chuan ( China ), Teddy Chin ( Malaysia ), Alvin Chong ( Malaysia ), Azman Hassan ( Malaysia )
Pengarah : Ryon Lee
Penerbit : Aron Koh dan Ming Yi

Komen Selepas Menonton Haunted Hotel

Sedikit hampa dengan jalan cerita Haunted Hotel ni. Awalan jalan cerita Haunted Hotel ini dah menarik tetapi, bila pada part tengah macam dah tak logik langsung sampailah penghujungnya. Jalan cerita yang bercelaru. Dan part betul-betul yang penghabisan paling buat aku rasa macam bazir tengok cerita ini kat wayang. Ini adalah komen daripada aku, dan apa pulak komen dari anda selepas tonton Haunted Hotel ini ? Aku berikan 2.5/5 star untuk cerita ini. Sebab, part seram memang seram. Cuma jalan ceritanyalah tak boleh masuk dengan aku.



3 Comments