De Palma Eco Resort, Kuala Selangor

November 2, 2017
De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Ia merupakan kali pertama aku datang ke De Palma Eco Resort, Kuala Selangor ni. Penginapan 3 hari 2 malam sepatutnya, tapi menjadikan 2 hari 2 malam sahaja aku dapat explore apa menarik di De Palma Eco Resort dan Kuala Selangor atas sebab-sebab yang tidak dapat aku elakkan langsung. 

De Palma Eco Resort
De Palma Eco Resort, Kuala Selangor
De Palma Eco Resort, Kuala Selangor

Credit Kuala Selangor website

Sebelum aku cerita pengalaman aku di sini, mari aku terangkan serba sedikit berkaitan De Palma Eco Resort, Kuala Selangor ni. Terletak berhampiran tebing Sungai Selangor, De Palma Kuala Selangor berkonsepkan "back to nature" anda akan rasai sendiri ketenangan, keharmonian dan resort percutian yang pasti akan membawa anda ke suasana yang berbeza. 

Menawarkan makanan yang baik dan sedap serta dekat, dengan aktiviti luar seperti hiking, memancing, melihat kelip-kelip dan baru tak baru laaa Sky Mirror wajib anda pergi. Kalau tak mahu pergi, aku tak rugi apa . hahaha

Penginapan dan Kemudahan 

Terdirinya 48 chalet dan 12 vila boleh dipilih oleh tetamu boleh di menjadikan penginapan anda yang selesa di De Palma Eco Resort. Semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, TV warna atau TV plasma, bar mini di suite, telefon dan tentu saja Al-Quran, dan tikar sejadah di setiap bilik khusus untuk tetamu muslim. Jangan panik kalau tidak bawak kelengkapan mandi. Sebab di De Palma Eco Resort dilengkapi dengan shower bath, toiletries, tuala pelbagai size nak memerut pun ada tandas khas tak perlu kacau orang yang tengah mandi (yang ni ikut jenis bilik ya).

Chalet (Junior Suite)
Credit : www.kisahemasputih.com
Jenis bilik:
Katil Queen Size

2 katil single size

bagilah "chan" berangan

TV Plasma bersiaran astro di dalam bilik
48 Chalet tersedia, antaranya:
  • Suite Superior - 1 Katil Queen ATAU 2 Katil Single
  • Junior Suite - 1 Katil Queen DAN 2 Katil Single
  • Deluxe Triple - 3 katil Single
  • Dara Suite - 1 katil bersaiz Queen dengan lounge yang selesa
Dara Suite
Tandas

Bilik mandi dilengkapi shower bath, toileteris dan tuala pelbagai size
Ruang santai yang selesa dilengkapi penghawa dingin, telefon dan tv plasma bersiaran astro

12 Vila khusus untuk tetamu yang mahukan keselesaan
  • Superior Villa - 2 katil Single
  • Malawati / Tanjung / Desa Suites - 2 katil Queen
  • Suite Anjung - 1 Katil Raja
Kemudahan Di Dalam Bilik
  • Penghawa dingin
  • TV Plasma /  TV Warna dengan saluran ASTRO
  • Kemudahan membuat kopi & teh
  • Mandi air panas
  • Minibar (suite)
  • Peti keselamatan
  • Telefon
  • Al-Quran, tab mandi doa & solat (disediakan untuk bilik Islam)
Restoran Rumbia
Swimming Pool untuk anak-anak bersuka ria
Grand Ballroom
(Boleh sewa untuk majlis besar seperti Majlis kahwin, Annual Dinner)

KemudahanDi Luar Bilik
  • Kemudahan bankuet
  • Tempat letak kereta
  • Grand Ballroom
  • Musollah
  • Court Luar 
  • Kemudahan mesyuarat
  • Kolam renang
  • BBQ di tepi kolam renang
  • Makan Malam di Cabana 
  • Perkhidmatan Wi-Fi percuma
  • Kotak Muzik Karaoke
  • Perkhidmatan dobi
  • Basikal Gunung
  • Surat khabar atas permintaan
  • Pakej Perjalanan Luar / Medan
  • Servis bilik
  • Rumbia Coffee House
  • Keselamatan 24 jam Lokasi
Pengalaman Di De Palma Eco Resort

De Palma Eco Resort
Pengalaman aku sepanjang 2 hari 2 malam di De Palma Eco Resort, macam yang aku cakap tadilah. Aku ada masalah yang tidak boleh dielakkan untuk siang di hari Jumaat. Aku tiba di De Palma Eco Resort jam hamper 2 pagi. Wah ! lambatkan. Sebab aku dari Johor. Jam 8.30pagi pada hari sabtu kami mulakan hari Sabtu dengan sarapan pagi di Restoran Rumbia. Selepas sarapan pagi, kami melakukan beberapa aktiviti yang menarik di dalam dan sekitar terhampir dengan De Palma Eco Resort. Scroll bawah untuk aktiviti yang menarik di De Palma Eco Resort. 

Tarikan De Palma Eco Resort

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di dalam De Palma Eco Resort
  • Horse Riding
Horse Riding

Tarikan terbaru di De Palma Eco Resort. Jangan lepaskan peluang untuk merasa sendiri menaiki kuda. Macam aku jenis penakut haiwan, ai still can do it. ahahhaa

  • Team Building 
Staff yang bertanggunjawab dalam aktiviti mencabar ini

Beliau akan menerangkan ciri-ciri keselamatan ketika aktiviti di jalankan. Jadi sekiranya ada masalah berkaitan aktiviti boleh rujuk kepada beliau
SISTER GO !!!


Credit foto : www.projektravel.com











Ini antara aktiviti team building kami, di mana kami akan bawa bola golf dalam batang pipe hingga ke hujung garisan. Bukan itu aja, kami ada main game susun cawan siapa paling laju. Bawah ni, aktiviti seperti mencabar diri sendiri

Halangan Pertama


Halangan pertama

Halangan ketiga

Halangan keempat


  • Night Jungle Tracking
Warming up di court terbuka De Palma


Jungle night walk. Sebelum melakukan aktiviti jungle walk ni, kami perlu panaskan badan juga ya untuk elak dari perkara yang tidak diingini. Selepas panaskan badan, pihak jurulatih De Palma memberikan beberapa peralatan seperti lampu suluh sekiranya ada kecemasan sahaja boleh digunakan.
  • Zumba

    De Palma Eco Resort juga ada aktiviti Zumba setiap hari Ahad Jam 8.30pagi. Terbuka untuk orang luar juga tau, bukan tertumpu pada Penginap De Palma Eco Resort.

    Aktiviti berhampiran De Palma Eco Resort

    Sekiranya anda niat datang ke Kuala Selangor untuk bercuti dan menenangkan fikiran ini jawapannya.
      • Bukit Malawati


      Hanya satu jam memandu dari kesibukan Kuala Lumpur, De Palma Kuala Selangor terletak di pusat bandar Kuala Selangor dan hanya beberapa minit sahaja dari Bukit Malawati, bukit bersejarah yang mempunyai rumah api dan rumah-rumah kolonial lama yang dibina pada zaman British. Beberapa keluarga monyet Silver-Leafed dan kera panjang berjalur berkeliaran di sini untuk menerima makan seperti kacang yang di bawah dari pengunjung yang datang di sana.

      • Kelip-Kelip Kampung Kuantan
      Kawasan Kelip-kelip
      Sedikit rugi di sini, masa ni aku belum tiba di De Palma. Jadi, mampu tengok gambar macam korang semua. Hahahaha!
      • Sky Mirror
      Dah duduk dekat De Palma Eco Resort, Kuala Selangor.. Bermaksud korang betul-betul sudah hampir dengan Sky Mirror tau, Pernah dengar tak sky Mirror ni ? Sky Mirror ni dinamakan sempena cermin seperti cermin langit adalah pulau misteri yang hanya akan muncul selama beberapa hari setiap bulan: Pada hari ke-1 dan ke-15 bulan lunar, serta 4 hari sebelum atau selepas tarikh-tarikh ini. Masuk ke sana RM80 untuk dewasa. Memang agak mahal sikit kerana mereka adalah ejen rasmi bawa ke Pulau Misteri tu. Kalau pergi percuma atau murah, kemungkinan besar apa-apa akan berlaku kat anda di tengah-tengah laut yang bergelora kencang anda tidak akan selamat.
      Jeti ke Pulau Misteri
      Tidak crowded, dilengkapi dengan keselamatan pastikan ada termasuk insurance yaa

      Bagi "chan" lagi yaa
      Paras air masih tinggi
      Paras air paras betis kaki
      Paras air dah turun ke buku lali
      Air dah semakin surut di tengah-tengah lautan

      Tips : Jika bercadang untuk rasai keseronokan di Sky Mirror ni, digalakkan pakai baju yang terang, bawak props seperti sign board ke, payung warna warni ke dan ikut kretiviti anda
      • Taman Alam Kuala Selangor

      Taman Alam Kuala Selangor

      Jom nikmati keindahhan hutan Taman Alam Kuala Selangor

      Menuju ke hati awak! ehh,, salah.. Menuju ke menara tinjau
      Menara tinjau

      laluan misteri. hahaha. tidaklah. kat sini boleh nikmati pemandangan paya

      haa, ini lahh yang aku tengah nikmati. hihihi

      • Pasar Penambang (Pasar Basah & Kering) 

      Kawasan Pasar


      Hmmm, giteww.. kite rumah jauh. Takdan nak beli barang

      Di Pasar Penambang, adalah kawasan wajib untuk mereka mahu beli ikan fresh yang baru naik oleh nelayan. Disebabkan perjalanan aku ke Johor ambil masa 3-4 jam dan kawasan rumah aku senang untuk dapatkan ikan fresh. So, kita lihat je lah 

      Suasa makan di De Palma Eco Resort
      Di De Palma Eco Resort, anda boleh rasai sendiri konsep yang berlainan ketika anda nikmati makanan. Terbaiklahh De Palma Eco Resort

      Suasana Di Restoran Rumbia
      Ber Hi Tea di tepian Swimming Pool
      Suffer
      Gambar takde kaitan, cuma nak beritahu.. Di kawasan Swimming pool diwaktu malam lawa. Sesuai untuk konsep BBQ out door
      Berkonsepkan Nature





      Macam mana De Palma Eco Resort . Baik tak baik? Jomlah rasai sendiri pengalaman sepanjang berada di De Palma Eco Resort. Memang terbaik. Pemandangan di De Palma Eco Resort memang lain dari yang lain. Jadi, di bawah ni kalau korang nak survey tempat dia bawah aku kasi details berkaitan De Palma Eco Resort.
      ---------------------------------------------------------------------------------------------

      De Palma Eco Resort Kuala Selangor
      (Innovative Modern Syariah Hotel)

      Jalan Tanjung Keramat,
      45000 Kuala Selangor,
      Selangor Darul Ehsan

      Telefon
      +603-5526 7668

      Faks
      +603-5526 7601

      Mobile
      +6013-298 0907

      Email

      info@depalmahotel.com

      FACEBOOK | INSTAGRAM | TWITTER | www.depalmahotelonline.com



       



      12 beleter:

      YB Shehan said...

      Besnye.. banyak aktiviti..

      Diana Dy said...

      Dah lama tak kesini...dulu ada bawak peserta2 kursus dari luar negara duduk situ

      Salina Johari said...

      Ni kalau pegi memang relax sungguh...hilang stress walaupun banyak aktiviti kat sana..chalet tu sangat memukau !!

      azni said...

      wah.. ada horse riding jugak? pernah dengar tpt ni ... tapi tak pernah p pun... boleh le lajak ke sini nnt

      Leyla Nurjatiey said...

      bestnya..teringin nak pi..

      yaya_flanella said...

      Wah bestnya! Yaya rasa macam yaya pun pergi sekali bila baca pengalaman mimin hee

      Akif Imtiyaz said...

      Wah bestnya Min..seronok nampak kat sana.. Fewittt tak hajak ahkak pon..Gambar cantik2 laa Min..

      Lisa Nurulain said...

      bestnya... ingtkan sky mirror tu diatas bangunan heeheh

      qaseh dalia said...

      Fuhh terbaik .. gambar lawa2

      mas saari said...

      Tak sangka kat Kuala Selangor banyak aktiviti menarik, paling teringin nak pergi Sky Mirror tu.

      Mar Mansor said...

      pengalaman yang menarik
      Janji Kita

      Siti Rohaida Yusof said...

      wah//best betullah. ke sana..banyak aktiviti yang boleh buat ye...

      Powered by Blogger.
      Back to Top