HUAWEI P10 DUALKAMERA TERBAIK

Aku sebagai blogger sangatlah mementingkan gambar yang cantik dan jelas untuk menampakkan hasil blog yang menarik para pembaca membaca entri aku. Bukan setakat hasil tulisan aku atau blogger lain yang memainkan peranan, malah gambar yang baik juga perlu ada untuk menampakkan ianya lebih menarik. Untuk aku yang kurang mahir dan tiada budget untuk membeli camera khas untuk mengambil gambar, kamera handphone lah menjadi pendamping setia aku. Hehe

Carosel Huawei P10

HUAWEI P10


Carosel Huawei P10

Aku ada usha hp lain, bukan tak bersyukur ada smartphone yang sedia ada ni, tapi, aku ada 2 no. Hp 1 lagi mana tah..Sampai No telefon 1 lagi kena recycle tau…..sebab hp nya mana tah. Tak jumpa sampai sekarang. Ni, aku dah renew no aku yang kene recycle tuu, tapi takde hp nya. Jadi aku tengah rancang nak beli hp lain. Banyak-banyak aku survey, tertarik dengan Huawei P10. Fuhh aku tengok kamera dia mengancam.

3 Model Huawei

Huawei P10 ni banyak model rupanyaaaaa. Tiga model dari Huawei P10 antaranya Huawei P10 Lite, P10 dan P10 Plus.

carosel Huawei P10

Huawei P10 Lite merupakan model yang dikeluarkan dengan spesifikasi sedikit rendah manakala P10 dan P10 Plus hadir sebagai flagship smartphone. Seperti yang anda boleh jangkakan daripada upgrade kepada Huawei P9 yang laris dijual pada tahun lepas, model terbaru ini bakal memberi penambahbaikan dari segi processor, RAM, bateri dan kamera.

Kamera Huawei P10 dari Teknologi Leica


carosel Huawei P10

Sebut pula mengenai kamera, Huawei turut menjanjikan kamera yang lebih baik pada model terbaru mereka ini. Buat korang yang pernah menggunakan smartphone terbaru daripada Huawei, aku yakin korang akan berpuas hati dengan kualiti bokeh yang ditampilkan menerusi teknologi daripada Leica.

Melalui P10, teknologi ini diperkemaskan lagi dengan penggunaan teknologi ‘LeicaSelfie’. Kini pengguna bukan sahaja boleh menghasilkan gambar bokeh menggunakan kamera belakang namun menggunakan kamera hadapan ketika selfie. Gambar yang lebih detail dan sharp antara yang bakal diterima pengguna. Seperti juga smartphone flagship yang lain, Huawei turut menyertakan fungsi kalis air pada siri Huawei P10 ini sebagai pertambahan terbaru untuk model keluaran mereka.

Perghh ! gilerrrr ahhhh.. Terbaik kamera, aku survey macam ni pun rasa macam hari ini jugak nak ambik. Tapi, Hr yang settled gaji aku mak nya meninggal. Jadinya, kene postpone sikitlah.

Figure Print

Macam smartphone iphone, Huawei P10 juga mempunyai pengimbas cap jari di bahagian hadapan handphone.

carosel Huawei P10
Pengimbas cap jari
Menurut Huawei, pengimbas cap jari ini adalah yang paling sesuai dan utuh dalam industri untuk tempoh ini. Teknologi "predictive fingerprint tracking" telah digunakan untuk komponen ini yang dapat meramalkan lokasi jari anda untuk meningkatkan kesan input.

Warna yang dikeluarkan Huawei P10

carosel Huawei P10
antara warna Huawei P10
Sejumlah 8 warna ditawarkan untuk kedua-dua telefon, antaranya adalah Dazzling Blue, Graphite Black, Dazzling Gold, Rose Gold, Greenery, White Ceramic, Mystic Silver dan Prestige Gold. Greenery adalah warna yang hadir dengan kerjasama Huawei dengan Pantone. Tetapi untuk Huawei Malaysia, Graphite Black dan Prestige Gold saja terawal djual.

Harga Huawei P10

Huawei P10 dijual dengan harga permulaan awal Mac yang lalu dengan RM2,499 manakala Huawei P10 Plus dijual dengan tanda harga RM3,099. Dikatakan warna Prestige Gold dan Graphite White merupakan warna model terawal yang bakal dijual.

carosel Huawei P10
Pelancaran Huawei P10 - sumber google
Tapi, itu harga awal pelancaran Huawei P10 Malaysia.. Mesti sekarang harganya ada yang lebih murahkan. Hahahha. Tengah cari handphone jugak kee tuu? Marilah ikut aku survey Smartphone Huawei P10 berjemaah. Buat apa bayar lebih kalau ada harga yang lebih berbaloi.

7 Comments