JUMANJI WELCOME TO THE JUNGLE

Hai ! korang dah tonton cerita panas di pangung wayang hari ini ? Mana best Jumanji ke Star Wars ? Kalau aku, aku akan ketepikan cerita berkaitan aksi macam star wars ke transformers ke. Hahaha, tak tahu kenapa, sebabnya kalau tengok cerita-cerita macam tu, cerita start je aku terus tidur. Padahal dah keluarkan duit ni tengok kat wayang. Kalau jenis seram, haa, ajak aku. Aku on..

Jumanji | Welcome To The Jungle


Sony Pictures telah melancarkan video treler pertama untuk filem ini, Jumanji: Welcome to the Jungle. Filem ini berlatarbelakangkan ‘permainan video klasik’ Jumanji yang diterbitkan pada tahun 1980-an tidak seperti filem Jumanji yang pertama, dimana Robin Williams telah menjadi watak utama, filem lama tersebut mengisahkan tentang huru hara yang diwujudkan oleh haiwan liar kerana disebabkan oleh permainan papan yang telah disumpah. Filem ini akan dibintangai oleh Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black dan Karen Gillan.


Jumanji: Welcome to the Jungle mempunyai beberapa penambahbaikan, permainan video yang dimainkan di dalam filem ini turut dipanggil Jumanji, permainan lama ini telah dijumpai oleh empat orang rakan-rakan yang dipaksa untuk mengemas ruang bawah tanah oleh pihak sekolah sebagai denda kesalahan yang masing-masing lakukan.


Sebelum empat orang watak disedut ke dalam permainan tersebut, mereka mempunyai pilihan untuk memilih watak mana yang ingin dilakonkan oleh mereka di dalam permainan itu. Malangnya salah seorang daripada mereka, Karen Gillan, tidak bersetuju dengan keputusan yang telah dipilih oleh dia, dia berpakaian seperti seorang wanita yang memakai seluar pendek dengan dan juga baju tanpa lengan – siapa yang pakai baju macam tu bila masuk hutan? 

Review Jumanji : Welcome To The Jungle by Mimin Adam


Aku puas hati dengan cerita Jumanji ni, Jumanji dulu pun aku suka lagikan Jumanji baru ni. Sejak Trailer kat wayang ditayangkan dalam bulan September aku dah excited nak tengok. Hehehe, Dari start cerita Jumanji ni sampailah habis memang best! Kau akan ketawa dari mula sampai habis. Takde yang spoil dalam cerita ni . Bestlahhh, tak rugi kau pergi tengok kat wayang cerita ni. Tak lama pun cerita ni, dalam 2 jam je. Aku kasi 9.99/10 .  Haaa, nampak tak nampak tak bertapa bestnya. huhu. Aku tak nak cerita storyline dia kat dalam ni, sebab.. kau patut pergi tengok sekarang ! hahahhaha. kbai, jumpa next entry. Tinggalkan komen korang.. aku nak terjah kau punya entry pulak



11 Comments