8 Tips Percutian Semasa Perayaan

Diam tak diam, lagi beberapa hari je kita dah nak masuk bulan kedua dalam tahun 2018. Sekejap je kan dah nak masuk bulan Februari. Bulan Februari ni mesti jadual penuhkan. Mahu taknya penuh, ada cuti raya cina nanti. Mesti berderet dapat jemputan kahwin dari kawan-kawan. Contohnya jee, sepupu aku kahwin raya cina ini.. Lepas tu dah kalut macam mana nak pergi jemputan kawan sekolah kahwin. Huhuhu. Mesti jalan sesakkan. Sebut cuti sekolah, semestinya cuti hampir seminggu. Korang yang sendu, tak dijemput ke mana-mana tuu takde ke rancang nak ke mana-mana. Hahahha, bunyi macam sendu sangat tuu. Ke korang dah rancang nak pergi bercuti mana-mana? Dah lama rasanya tak bagi tips dalam entri aku. Kali ni, aku nak kongsi tips travel semasa perayaan.



TIPS TRAVEL SEMASA PERAYAAN

Maksud perayaan ni, tak semstinaya raya adilfitri je, raya Deepavali , raya krismas tak juga lupa raya tahun baru cina. Tips ini boleh juga diguna pakai pada waktu kemuncak seperti cuti persekolahan dan cuti peristiwa.

1. Tarikh yang sesuai




Berkaitan dengan tarikh, pastikan cuti diluluskan. Kalau tak macam mana nak bercutikan. Dahlah nak cuti panjang. Selain tarikh, korang kena target nak bercuti berapa hari? Sekiranya mahu lebih jimat wang, korang perlu jadi lebih fleksibel tentang hari dan waktu penerbangan. Membeli tiket pada hari Jumaat atau Sabtu biasanya harga tiket ditawarkan lebih mahal berbanding hari lain. Ambil cuti jika perlu untuk mendapatkan harga tiket berbaloi.

2. Pemilih Destinasi percutian




Dalam masa mencari tarikh yang sesuai, buatlah perancangan percutian di mana. Di dalam Negara atau diluar Negara. Sekiranya mahu percutian lebih bermakna. Aku sarankan pilih destinasi percutian yang jarang menjadi tumpuan pelancong lain. Contohnya elakkan Cameron Highlands, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan lain-lain lagi. Mungkin boleh pilih destinasi seperti Pulau Rawa, Johor, Pulau Perhentian, Terengganu atau Kudat, Sabah.

3. Buat Tempahan Awal.





Ini tips yang paling penting selepas sudah dapatkan tarikh dan destinasi untuk bercuti. Memastikan semua keperluan seperti tiket pengangkutan, hotel atau pun tiket masuk untuk melawat destinasi tumpuan pelancong perlu ditempah awal. Kalau boleh, tempat makan yang viral-viral tuu pun kena buat tempahan awal. Ini untuk elakkan dari korang akan dikenakan cas harga lebih tinggi daripada kebiasaan atau kecewa kerana kehabisan tiket ataupun korang akan mereput beratur sebab tunggu giliran. Kalau kau tanya aku, aku akan booking tiket penerbangan dan penginapan dengan traveloka. Sebab sekali carian je.

4. Tempat Penginapan




Memilih tempat penginapan mestilah bersesuaian dengan berapa orang untuk trip percutian kali ini, sekiranya pergi berdua untuk tujuan berbulan madu, bolehlah pilih hotel ataupun chalet yang boleh memuatkan untuk dua orang. Tetapi, kalau kamu datang lebih daripada dua orang, aku sarankan, korang carilah homestay. Sekarang orang kita dah terbuka dengan perniagaan homestay ni. Homestay pun masih boleh cari nak suasana kampung ke suasana Bandar ke suasana pantai ke tak pun boleh cari yang ada kolam renang juga.

5. Bandingkan Harga.



Bila dah buat perancangan awal ni, korang masih sempat nak survey perbezaan harga sebelum menempah tempat penginapan, sekarangkan kat dalam tv macam-macam iklan berlumba-lumba nak bagi tahu apps dia dapat bandingkan harga berbeza. Kenapa nak bayar lebih? Gittewww.. Untuk bandingkan harga ni, wajib yaa! Sebab korang pilih waktu yang sesak atau tarikh hot. Banyak hotel atau pengangkutan akan berbeza harga daripada hari-hari biasa.

6. Fleksibelkan Waktu.

 
Sentiasa Tiba Ke Lokasi Lebih Awal. Bila bercuti ketika peak season, pastikan korang sampai awal ke destinasi lebih awal. Semestinya bangun awal ! hahaha.. Contohnya jika korang bercuti menaiki kapal terbang, sampai ke lapangan terbang lebih awal kerana ambil kira tempoh masa diperlukan untuk beratur ketika check in luggage. Sekarang kena datang awal 4jam kat airport, haaa.. mereput kita beramai-ramai tidur kat airport.

7. Bertenang.




Kalau dalam diri ada sifat panas ‘sikit’ macam aku ni, kalau dah namanya peak season. Kadang-kadang ada sesetengah orang tidak mampu bersabar bila terpaksa beratur panjang dan bersesak dalam lautan manusia. Bertenang dan tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan. Jangkakan perkara–perkara kurang menyenangkan akan berlaku bila kamu bercuti pada musim sibuk ini.

8. Persediaan kelengkapan




Untuk tips terakhir dari aku ni, korang kena pastikan persiapan kelengkapan sesuai dengan tempat dan aktiviti semasa percutian korang tu. Sekiranya memilih tempat percutian ke pulau atau pantai atau tempat-tempat perairan, bolehlah sediakan kelengkapan baju mandi, casing telefon yang boleh masuk air dan seumpamanya. Begitu juga kalau pergi pergunungan atau tempat-tempat adventure. Haa, kalau pergi tempat untuk shopping-shopping tu, bawa apa adanya je.

Aku berikan beberpa tips untuk panduan penting untuk persediaan korang. Selebihnya macam korang ada anak-anak korang boleh list benda-benda yang paling penting dan terbaik untuk anak-anak dengan cara tersendiri korang tuu. Jadi, korang pun boleh laa buka laman web traveloka untuk survey tiket penerbangan dan tempat penginapan. Aku rasa, traveloka je yang sediakan platform yang boleh bandingkan harga tiket untuk keduanya penerbangan dan penginapan. Staff traveloka pun respon cepat sekiranya kita ada masalah semasa percutian.

25 Comments

  1. minggu depan cuti panjang gak ni.. ngah planing masa tuk perjalanan balik kampung

    ReplyDelete
  2. Cuti sekolah mana-mana pun sesak. Sekarang suka pi bercuti bukan waktu cuti sekolah. Tapi dekat-dekat jer laaa

    ReplyDelete
  3. Lamanya tak gi bercuti, rindu nak travel... Thank untuk tips...

    ReplyDelete
  4. tetiba rasa tak sabo nak beraya ni...hehehe...tapi kalau boleh naik flight kan,syok jugak..takde nak redah jammed

    ReplyDelete
  5. Suka dengan contest Traveloka ni banyak hadiah menarik

    ReplyDelete
  6. Ana sebolehnya akan elak cuti masa public holiday atau school holiday. Harga satu hal lps tu sesak bukan main. Kalau nk bercuti juga kena g tempat kurang tumpuan mcm ke janda baik baru2 ni.

    ReplyDelete
  7. Insya Allah CNY ni nak pi travel, semua persiapan dah buat dah. Nanti nak join jugak contest Traveloka ni, mana tau menang boleh travel lagi.

    ReplyDelete
  8. Bagus tips tu tp lagi bagus awak bawak saya travel juga ahaha

    ReplyDelete
  9. Nak bercuti jugak. Bagi hilang stress keje

    ReplyDelete
  10. Min, belanja tiket flight satu. Hehehhee

    ReplyDelete
  11. Tengah main juga ni. Tapi markah mimin tinggi lagi.

    ReplyDelete
  12. Tingginya scor mimin...aduiii cmne nak menang ni asyik2 kapal terbang jatuh je stress hahahaha ok cuba lagi hahahah

    ReplyDelete
  13. Mmg ade plan nk holiday..boleh ikut tips ni

    ReplyDelete
  14. Wah de game.. Nk try men collect points la... TQ info n tips

    ReplyDelete
  15. contest ni nampak menarik cuma takut dah terjebak , keja lain tak jalan...tapi k.sal nak try join jugakla...huhuh

    ReplyDelete
  16. Hurmmm..macam nak plan bercuti nanti sebelum puasa... thanks for the tips!!

    ReplyDelete
  17. Tips terbaik nie. Plan nak holiday, boleh guna tips nie

    ReplyDelete
  18. Good tips min..nak tnya mcm ne boleh score tinggi macam tu,zura main kapal terbang asik terhempas je..haha

    ReplyDelete
  19. dah lama x bercuti.... thanks for the tips..

    ReplyDelete
  20. Tqvm share tips.. sangat berguna👍🏻

    ReplyDelete