Carian Shopee Meningkat 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

February 14, 2018

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.



“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina

 



Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut:
  • Pakaian Wanita - Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
  • Mobil & Gajet - iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
  • Permainan : Kanak-kanak & Bayi - Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
  • Kasut Wanita - Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal
  • Beg Wanita - Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas
 

Pembelian paling popular 

 




Nampak sangat rakyat Malaysia sekarang sudah terbuka untuk pembelian secaraatas talian. Haha, aku pun sekarang beli barang pun prefer beli kat Shopee. Sebabnya, harga kita boleh buat perbandingan. Setakat ni, barangan shoppe semua kualiti terbaik. Cuma kena bersabar sikit laa untuk barang sampai kat tangan. Kadang-kadang kita beli barang terus dari China yang memakan masa selama 2 minggu paling cepat. Berikut Pembelian paling popular:

  • Kasut Wanita - Kasut Terbuka
  • Permainan, Kanak-kanak & Bayi - Set pakaian Bayi 
  • Perhiasan Rumah - Set Hadiah Tupperware
  • Kesihatan & Kecantikan - Set solekkan mata Tahun Baru Cina
  • Runcit & Haiwan Peliharaan - Kitkat Edisi Khas

Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Kempen Menarik Bersama Shopee


Stay tuned dengan Shopee ! Jualan murah bukan cuma ada pada tahun baharu cina je tau. Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer RibaShopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. Haaa ! Cepat download apps Play Store dan App Store di telefon bimbit korang.

#WangWithShopee 

Apa Itu Shopee





Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. 

 --------------------------------------------------------------

Info Shopee 


0 beleter:

Powered by Blogger.
Back to Top