WordlessWednesday | GST membebankan rakyat Malaysia

December 30, 2015
WordlessWednesday | GST membebankan rakyat Malaysia | Berbaki lagi berapa hari kita nak langkah ke Tahun baru 2016. Sedia atau tak sedia, hari tetap berlalu. GST jugak akan dilancarkan. Bila tengok yuran sekolah Mamet, Masya Allah !! Mahalnya. Macam mana keluarga yang kurang bernasib baik nak  berikan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak. Macam ibu mimin, cuma mengeluarkan perbelanjaan sekolah mamet tahun 2016 darjah 6. Sekolah agama sahaja yurannya cecah RM200 lebih. Itu baru sorang. Kalau ada keluarga mempunyai anak kembar bagaimana pula. contoh nya mamakembar3. Huisshh ! seramnyaa Najib ni. eh !! 

Alangkah elok keperluan sekolah dikecualikan GST!

Kenapa perlu bebankan rakyat? Dengan naikkan BR1M sikit je, tapi mansuhkan subsidi dan GST makin berleluasa. Padahal kerajaan tahu rakyat membantah. Ada pulak tu menteri kata dia pun melakukan kerja 3 dalam 1. Anda seorang menteri yang berada dalam zone selesa. Bagaimana pulak keluarga yang perlu turun ke laut pagi hari, petang hari memotong rumput dan malam pula jadi pak guard. Bila dia nak luangkan masa bersama keluarga? Tepuk dada tanya selera ..








Boleh dah nangis ramai-ramai ye ^.^


0 beleter:

Powered by Blogger.
Back to Top